GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Fakta Mengandung Itu Menyeronokkan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mengandung, siapa yang tak nak.. wanita yang berkahwin pasti nak rasainya... Namun, ada wanita yang mengalami alahan teruk rasa serik nak mengandung... Tapi sebenarnya, mengandung tu fitrah wanita, rasa serik tu biasa, tambah fobia bila berlaku komplikasi semasa melahirkan...

10 Fakta ini, pasti buatkan ibu mengandung tersenyum dan bagi yang dah lepas bersalin, rasa nak mengandung lagi...


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan. Anak sulung MF lahir 2 minggu awal, anak kedua pula lahir satu hari awal dari EDD.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya. Seram je kan... tapi itulah hakikat... perut kita boleh menegang dengan dasyatnya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml. Inilah pengorbanan ibu... Darah banyak hilang...

4. Kira-kira 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa dua minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan. Kalau anak sulung tu memang terasa la... sebab pengalaman pertama... Macam pening lalat dan blurr pun ada... macam tak sangka dan tak tahu nak buat apa... Sebab tu, biasa kalau bersalin sulung, majoriti pilih berpantang rumah mak sendiri kan...

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi. Hanya anak sulung, anak kedua kelahiran yang sangat natural... hehe...

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. errkkk... Seram betul baca nih.. siapa pernah patah tulang??? macam mana kalau 1 je tulang yang patah??? Tapi wanita bersalin 20 tulang patah serentak... Jangan bayangkan...

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya. Insha Allah, kerana itulah syurga dibawah telapak kaki ibu.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa kecil bagi wanita itu. Sebab tu masa sebelum melahirkan, mohon ampun dan jangan lupa buat solat taubat juga.

9. Wanita lepas bersalin sama seperti bayi baru lahir yang bersih dan suci daripada dosa-dosa lalu. Insha Allah, indahkan ...

10. Tetap cantik biarpun perut semakin membesar. Jangan risau tentang penampilan yang semakin berubah kerana ada suami yang suka bentuk badan isteri yang dianggap lebih seksi ketika mengandung. Yang betul... ustaz MF kata kalau nak isteri nak cantik, mengandung-mengandung lah selalu, sebab wanita nampak cantik ketika mengandung... hehe
Sumber: Karangkraf


Mengandung tu best, sekalipun alahan tapi hilang bila menatap wajah si kecil dan comel.. Malah mula rindu moment indah bila telatah si kecil semakin hari semakin mencuit hati... 

MF doakan semua wanita yang berkahwin tapi belum pernah merasainya, akan merasainya suatu hari nanti.. insha Allah, janji Allah itu pasti.

5Ulasan

  1. wahhhhh hehehe first first baca takut dah sbb
    nom 2 darah byk hilang wuuu. nom 6 mcm aaaa takut nya 20 tulang patah haha.

    tapi last last tu alhamdulillah :') jihad, terhapus dosa2 lalu, and suci and tetap cantik hihihi

    BalasPadam
  2. memang menyeronokkan ...walaupun morning sickness yg teruk..tapi saat tu memang antara the best moment kot dlm hidup setiap wanita...especially bila baby dah mula menendang..hihi

    BalasPadam
  3. betul. mengandung memang best
    walau teruk alahan. tetap rasa nak mengandung lagi =)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ