GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hinaan Membawa Berkah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Suatu hari, anak muda ini membawa penuh muatan berisi puluhan buku ke pejabat tingkat 7 di suatu perguruan tinggi; ketika dia memikul buku-buku tersebut menunggu di lif, seorang pegawai keselamatan yang berusia 50-an menghampirinya dan berkata: "Lift ini untuk profesor dan pensyarah, lain tidak dibenarkan memakai lif ini, kau mesti melalui tangga!"

Anak muda memberian penjelasan pada pengawal keselamatan itu:
"Saya hanya ingin menghantar buku satu kereta ini ke pejabat tingkat 7, ini kan buku pesanan kampus ini!"

Namun, dengan bengis pengawal keselamatan itu berkata:
"Saya kata tidak boleh, tidak boleh la, kau bukan profesor atau pun pensyarah, tidak boleh menggunakan lif ini!

Kedua orang itu berdebat cukup lama di depan pintu lif, tapi, pengawal keselamatan tetap berkeras tidak mahu mengalah. Dalam benak anak muda itu berfikir, jika hendak mengangkut habis buku satu kereta penuh ini, paling tidak harus bolak-balik 20 kali lebih ke tingkat 7, ini akan sangat meletihkan!

Kemudian, anak muda itu tidak dapat menahan lagi pegawai keselamatan yang menyusahkan ini, lantas begitu fikirannya terlintas, ia memindahkan tumpukan buku-buku itu ke sudut dewan, kemudian pergi begitu saja.

Selepas itu, anak muda menjelaskan peristiwa yang dialaminya kepada bos, dan bos boleh memakluminya, sekaligus juga mengajukan surat perletakan jawatan pada bosnya, dan segera setelah itu ia pergi ke kedai buku membeli bahan pelajaran sekolah SMU dan buku rujukan, sambil menitiskan air mata ia bersumpah, saya perlu bekerja keras, harus boleh lulus masuk ke perguruan tinggi, saya tidak akan membiarkan diganggu orang lagi.

Selama 6 bulan menjelang ujian, anak muda ini belajar selama 14 jam setiap hari, sebab ia sedar, waktunya sudah tidak banyak, ia tidak boleh lagi mengalah, saat ia bermalas-malasan, dalam fikirannya selalu terbayang akan hinaan security yang tidak mengizinkannya menggunakan lif, membayangkan diskriminasi ini, ia akan menyuntik semangatnya, dan melipatkan gandakan kerja kerasnya.

Akhirnya, anak muda ini berjaya lulus masuk ke salah satu institusi ilmu perubatan. Dan kini, selama 20 tahun lebih telah berlalu, anak muda akhirnya berjaya menjadi seorang doktor klinik.

Seorang doktor merenung sejenak, ketika itu, jika bukan kerana pegawai keselamatan yang sengaja menyusahkannya, bagaimana mungkin ia mengesat air matanya dari hinaan itu, dan berdiri dengan berani? Dia telah berhutang budi pada pegawai keselamatan yang menghinanya! 
(Sumber: http://eposlima.blogspot.com/)

Moral:
Setiap ujian dan dugaan yang kita rasa berat ada hikmahnya... Allah tahu kenapa kita diuji begitu.. Jika kita terlalu berada di "ZON SELESA" kita akan selamanya berada ditahap yang sama... sehinggalah Allah uji dengan dugaan yang mulanya buatkan kita rasa kecewa, sedih dan marah, tapi disebalik ujian itu, akan buatkan kita berubah diri untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya.. Bersangka baiklah dengan Allah, kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik kepada kita.

3Ulasan

  1. Ya Allah... Dia Ya Alim... betul tu sis...

    BalasPadam
  2. salam kak, yes . saya pernah rasa macam ni , kadang kadang Allah sengaja letak kita dalam situasi yang kita tak suka untuk kebaikan kita yang kita tak nampak lagi.

    BalasPadam
  3. setakat hari ni, setiap post dalam mariafidz ni memang sangat bermanfaat. teruskan berkongsi ya. :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ