GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Anti Betul Dengan Kereta Myvi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Anti betul dengan kereta Myvi... Banyak kisahnya... Tapi kisah petang tadi buatkan kami bertambah anti dengan kereta Myvi...  Memang kereta tak salah... Tapi kebanyakan pemandu Myvi macam tu... Buatkan kami jadi lengik kata orang Baling dengan kereta Myvi nih...


Petang tadi geram dengan satu Myvi Putih dipandu seorang perempuan Melayu bertudung... Dia dari lorong kiri nak terus, tapi elok je sampai simpang nak u-turn dia bagi signal dan terus masuk dan potong Q untuk u-turn... Memang menyirap la tengok orang potong Q ni... Buat depan kete kita plak.. Terus himpit dan hon bagi amaran... Ingat nak insaf ngaku salah.. Angkat tangan ke kan... Tapi tak rupanya...  Dia tunjuk lagak... Dia balas hon panjang kat kami... Menyirap en.somi... Terus dia himpit dan bagi signal ke tepi... Jerit dia..  Ko berhenti tepi...  Gelabah badak perempuan tu... Terus mengejut bagi signal masuk simpang laju je menghilangkan diri... Tahu takut... Sayangnya kejadian ni tak dirakam pula oleh car recoder kami sebab tak terpasang la pula.. Tak ingat la no plat kereta tuh... Yang MF ingat WB **** H. No tengah tu tak ingat...

Bukan nak kata kat kereta Myvi tapi selalu dok jumpa pemandu Myvi memang berhantu macam tu... Geram tau tak...

Kebanyakan perempuan yang bawa kereta Myvi ni... Pernah cakap dengan suami... Myvi ni nama Jin ke Syaitan ek ke hantu... Sebab kebanyakan pemandu Myvi ni..  Bawa kereta macam kena rasuk... Kalah bawa Lamborgini dan Ferrari ataupun Audi...

Owhh... Perempuan Myvi... Jagalah adab kat jalan raya... Dah la pakai tudung... Kereta tampal kalimah Allah tu nak bagi orang mengucap dulu ka... Memang buat malu agama sendiri... Orang Islam lain buat... Tapi kita yang tak buat ni malu...

Kalau ingat peristiwa Kiki dan stereng lock... Kisah Enam Myvi Di DUKE... Yang itu semua melibatkan perempuan juga... Dasyat perempuan bila dapat stereng kan... Patutlah Arab Saudi haramkan perempuan memandu pun... Sebab perempuan ni kalau dapat stereng...  Tak tahu la nak kata...

Tak kata kat semua... Ramai juga yang memandu ok.. Tapi bila ada segelintir ni.. Tu yang busuk semua pemandu perempuan kat jalan raya ni kan..

Sebelum kes Myvi tu pun... Hon satu kereta proton Saga lama... Pemandu perempuan juga... Himpit kereta kami sampai ke tepi... Lepas dia laju je siap langgar lampu isyarat merah lagi...

Seram dok KL ni... Memang tak boleh MF nak hadap orang KL ni lelama... Mujur sangat dapat pindah Johor ni... Biarlah dok dalam hutan...ngadap kera lagi ok dari hadap manusia akhir zaman... Yang perangai menyakitkan perasaan...

Maaf kalau entry ni menyinggung mana-mana pemandu perempuan yang bawa Myvi...  Harap korang tak buat perangai macam ni... Ingat!!! Hari ni kita buat kat orang... Satu hari orang buat kat kita... Baru kita tau apa rasa... 

7Ulasan

  1. Sebab tu mama tk beri saya amek lesen kereta gaknya .. sdng bwk motor pun dah mcm2 jadi .. Allah huakbar

    BalasPadam
  2. Ingat pula kes si kaka yg viral tu bila baca ceta nie...anyway hati ok, Duduk KL memang seram bg kebanyakan orang

    BalasPadam
  3. kalau memandu membahayakan dirinya sahaja takpe, tapi jangan libatkan org lain.. kan geram sgt dgn org memandu mcm ni. especially yg masih muda2 tu..darah muda..bawak keta main hentam kromo je

    BalasPadam
  4. myv ni kecik ni memang senang nak cilok.... muda-mudi memang suka sgt la myv terutama student.... kt tpt sy klu tgk student kbnyakan myv prempuan2 lak mmg suka sgt la kereta tu.... tp mmg best drive myv ni sbb tu diorg suka cilok2... apa pun hati-hati k pemandu myv....

    BalasPadam
  5. Kebetulan juga aiza pun selalu jumpa pemandu myvi yang biadap.. sanggup bahayakan nyawa orang lain.. harap sikap mereka berubahlah..

    BalasPadam
  6. cara msg2 bwak x sama..kdg x semua pk mcm kita pk..kata manusia..bukan 'benda' yg kita bawak tu yg salah..myvi mmg kereta yg agak laju..mgkn sbb dia kecik..kompak dn sesuai dgn 'kelajuan' berbanding kereta2 lain..ada pengalaman jugak, tp segelintir dan ada jugak yg salah faham dgn 'kelajuan' myvi..'kelajuan' yg agak 'garang dan berani' dr 'kelajuan biase' yg menyebabkan pemandu kereta lain..'meluat'..'bengang'..wat dek suda..makin dilayan makin naik antu jadinyer..xyah anti kereta laa..xde faedah pon timbulkan isu yg dtg dri 'sikap' manusia yg kita rase kita cuba nk ubah..wats da point, it will go nowhere..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ