Pekerjaan Yang Hina Dimata Manusia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... Hari ni selesai juga hari Sukan Sekolah.. Setelah beberapa kali tertangguh...

Seperti biasa, program sekolah cikgu-cikgu diberi jawatan kecil pelaksana program... Dan sekali lagi MF ditugaskan sebagai Ketua Bahagian Kebersihan... Alhamdulillah...

Alahhh... Kebersihan... Simple je kerja nya... Itulah antara luahan mulut orang lain yang pernah singgah di telinga MF... MF balas dengan senyuman... Ye lah.. Senang je kan... Jaga Kebersihan je pun. Jadi AJK Kebersihan ni bukanlah yang pertama kali... Tapi banyak juga program MF ditugaskan sebagai AJK kebersihan... Takpe.  MF terima dengan hati terbuka... Kita laksanakan dengan sebaiknya...insha Allah.. Rabbi Yassir Wala Tu'assir.

Tugas AJK Kebersihan... Nampak senang di atas kertas... Tapi cabarannya... Hanya Allah yang tahu... Tambah nak hadapi masyarakat Malaysia akhir zaman yang suka hidup dalam sampah... MF lantik beberapa pelajar pembantu untuk tolong... Tapi ada yang lari nampak MF... Kita minta tolong kutip sampah... Terus tarik muka... Ini realiti ye...

Tabiat, di mana duduk disitu tinggalkan sampah... Susah betul nak ubah tabiat ni... Baik cikgu, baik anak murid sama sahaja kan... Nak marahkan anak murid kadang cikgu pun sama...

MF bukan nak kutuk orang ye... MF tak mention sesiapa... Tapi yang baca entry ni mohon terasa lah ye... Kalau pernah buat perangai macam ni .. Berubahlah...


Memang nampak hina orang kutip sampah kan... MF sendiri kutip sampah tu sebab semua orang malu nak jinjing sampah tu masuk dalam tong sampah... Bukan nak kata MF mulia baik... Tapi amanah dan tanggungjawab kan... Lagipun kalau tak buat kita yang kena...

Sebenarnya, bab sampah ni kena didik dari kecil... MF marahkan anak-anak MF kalau buang sampah merata. MF ajar anak jinjing sampah jika tiada tong sampah... MF ajar anak masukkan sampah dalam poket jika takde tong sampah yang berdekatan... MF ketuk tangan anak MF jika tinggalkan sampah merata.

Tapi tidak di akhir zaman ni... MF lihat kebanyakan mak bapak pun bersikap macam tu.. Sambil lewa je dengan sampah nih... Tong sampah ada.. Tapi tetap tinggalkan sampah merata.. Kat kawasan kejiranan rumah MF pun sama.. Parking kereta dah depan rumah kita pastu, buang tisu la.. Rokok lah.. Siapa tak hangin kan... Nampak hina sangat dengan mengutip sampah tu kan... Biarlah hina.. Asal berpahala... Lagipun... Hina sangat ke kutip sampah ni.. Bayangkan kalau takde pengutip sampah ni.. Apa akan jadi kat rumah kita...

Letih fikirkan dan nak didik manusia akhir zaman ni kan... Sikap yang boleh meruntuhkan tamadun... Sedih tapi apa boleh buat.. Kita didik je la anak kita sebaiknya... Mampu lihat dan doa je la..

Tahniah dan terima kasih semua yang kerja jadi pemungut sampah tu.. Mulianya kerjaya kamu di sisi Allah walaupun hina di mata manusia akhir zaman. 

5 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Tiada mereka sampah umh kita menggunung.... tiada yg hina di sisi Allah.... wlupun realiti kita semua hamba yg hina asal dr air mani yg hina dan tanah yg hina.... kita tak pernanh pun ambil tanah tu simpan letak dlm pasu cantik2 ke letak almari umh kita.... tp klu ada tanah di atas kerusi tentu kita sapa nak jijik.... nak menghinakan org sama la diri sendiri yg hina....

    BalasPadam
  2. Sebenarnya, merekalah manusia berjasa! Betul tu, kdg2 mak.bapak dan anak2 berjemaah buang sampah merata, pernah nampak depan mata

    BalasPadam
  3. setuju part kita kene didik anak2 supaya jgn buang sampah merata2

    ena paling alergik org buang sampah dari kereta kat tengah jalan!

    BalasPadam
  4. ok ena dah komfius FAMF dengan maria firdz..dua2 ena panggil MF.haha.

    BalasPadam
  5. kalau xde la depa semua ni , memang tak bersih la dunia ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama