بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tolonglah belajar untuk hargai usaha orang lain.... Jangan tahu komplen dan nak senang je... Itulah antara intro entry ala luahan perasaan sebagai seorang blogger dan seorang designer.

Baca pula entry kak Diana pasal pengiklan yang cari blogger murahan untuk iklankan produk dia... Adoiyaii... Pening kepala layan pelanggan camni kan....

Inilah antara rencah jadi blogger yang tawarkan iklan dan juga designer...

MF ni jadi dua-dua lagilah... Kadangkala hilang sabar tapi sabar juga sebab nama pun pelanggan... Layankan dalam hati rasa nak menyumpah tau!!!!

Macam baru ni MF design kad nama... Alaahai... Banyak pula songehnya.. Dah la harga kad tu RM5 je... Dia punya komplen macam bayar RM500...

Sama juga pengalaman orang tanya nak iklankan produk... Setakat ni ada offer dari dua pengiklan... Satu tu dari orang buat insurans... Dia nak sewa iklan tapi bayarannya adalah 1% dari jumlah insurans yang orang beli insurans dari dia.... Rasa geli hati.... Kita bayar GST pun 6% ni nak bayar komisyen 1% je... Tak berbaloi... Mentah-mentah ku tolak... Biarlah orang kata blogger demand pun...

Sama juga kes kedua... Tanya nak sewa tapak juga... MF bagi harga untuk header RM50 sebulan... Kira rate tu murah la sebab pageview MF sehari 12k hingga 15k... Kalau ikutkan dengan pageview tinggi tu boleh letak harga RM100 ke atas untuk review produk.

Belajarlah hidup untuk hargai hasil kerja orang lain.. Ucap terima kasih takpe juga... Ni komen je pandai... Tapi suruh buat sendiri tak reti... Itu juga yang sering dihadapi oleh para designer... Betul tak designer sekalian???

Kita nak nilai sesuatu tu, cuba letak diri kita pada tempat dia .. Macam blogger yang iklankan produk orang.. Kita nak murah cuba fikir orang tu..masa dia, tenaga dia, akal fikiran dia.. Dan kos lain yang tak nampak dek mata kasar...

Sumber: Google images

Susahkan jumpa orang yang tak reti nak hargai usaha orang lain.. Yang dia tahu hati dan mata dia je puas...

Kalau kita mampu, kita bayar tapi tak mampu diam sudah... Tak perlu nak komen itu dan ini kan... 

5 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. kesian pada designer. cust kena la paham. kalau dah bayar dengan harga yang murah. jnganlah terlalu bnyk komennya. tapi itulah lumrah cust dan designer. huhu.

    BalasPadam
  2. ada terbaca kat blog kak diana.. imacamna la kita ni nak maju, asyk nk murah, diskaun..

    BalasPadam
  3. betul sangatlah tu, ada jugak yang bisnes besar-besaran, tapi kedekut nak bayar lebih kann..apapun, always upgrade kita punya kualiti, insyaAllah yang terbaik dan berkualiti jugak akan cari kita..:)

    BalasPadam
  4. kadang2 diorang ni melampau. ingat senang ke nak buat pengiklanan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama