بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Sumber: google images |
1. Lidah hikmah
Lidah yang ucapannya sentiasa menyampaikan kebaikan dan perkataannya akan menyentuh hati orang lain.
2. Lidah rahmah
Lidah yang ucapannya sentiasa menjaga hati orang lain, terutama pasangan dan ibu bapa. Dengan ibu bapa, ucapkanlah kata-kata yang menunjukkan orang tua kita dimuliakan (qaulan karima). Dengan orang lain, ucapan kita kategori qaulan layyinan, iaitu kata-kata yang lembut.
Tiada istilah mulut jahat, hati baik. Perah limau, tidak akan mengeluarkan air epal. Apa yang terbit di mulut, pastilah ia berasal daripada hati yang baik.
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga lurus hatinya. Tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya." - Riwayat Ahmad
Intipati Rancangan Al-Kuliyyah. Ustaz Elyas Ismail.
Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM
Agak-agak kita kategori mana??? Jika tak mampu jaga lidah perbanyakan zikir dan istighfar.. insha Allah.. lama kelamaan kita lebih banyak sebut nama Allah berbanding mengumpat dan kata yang sia-sia... Belajar untuk diam dan banyakkan bermuhasabah diri..
nice sharing...
BalasPadamteringat pesanan ustaz tentang bahaya lidah..
BalasPadambersama kita bermuhasabah diri dan menjaga lidah..
BalasPadamnak sgt menjadi org baik2.
BalasPadamselalu berkata2 yg baik2 aje in shaa Allah.
jaga lidah!!!