بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Umumnya terdapat lima kategori ibu di dunia ini. Tapi tak ramai wanita yang masuk sepenuhnya ke dalam salah satu kategori ini. Kebanyakan mereka akan mendekati satu kategori dan sebahagian besar ibu memiliki sifat gabungan antara dua atau tiga jenis kategori. Cuba semak anda kategori ibu jenis mana?
1. Ibu Ceria
Ibu dalam kategori ini bersifat spontan, tidak banyak berfikir, suka bereksperimen, mengikuti perkembangan semasa dan hangat. Dia mendidik anak menjadi seorang yang selalu ingin tahu, ceria, aktif, suka bereksplorasi dan selalu memberi kejutan. Sebagai ibu, anda mampu menjadi teman kepada anak-anak berdasarkan kepada sikap ini. Malah anak begitu senang mendampingi anda.
2. Ibu Semula Jadi
Ibu ini lebih banyak menunjukkan kasih sayang dan mampu menjadi teman dan ibu kepada anak-anak. Selain itu mereka juga berjuang untuk membentuk persekitaran yang lebih sempurna bagi anaknya. Malah mereka sanggup berkorban dalam banyak hal dalam memastikan anak mendapat kesempurnaan yang diinginkan. Tapi dalam masa yang sama mereka juga mendorong anak-anak mereka agar mampu berdikari.
3. Ibu Pelindung
Lebih bersikap berhati-hati dalam tindakan dan keputusan yang membabitkan anak-anak mereka. Ibu ini juga rajin, mengabdi diri sepenuhnya untuk mendidik anak, lembut, konservatif, tidak suka kepada risiko. Dia juga menaruh harapan agar anak menjadi seorang yang lurus, lembut, berharga, terlindung.
4. Ibu Berdikari
Ibu dalam kategori ini adalah seorang yang aktif, berani dan cukup berdikari. Jadi dia juga inginkan hal yang sama dari anaknya. Dia mendidik anak menjadi seorang yang bertenaga, sihat, berdikari. Selalunya ibu ini sangat kompetitif dan fokus kepada perkembangan intelektual anak dan berkeinginan untuk dianggap sebagai ibu yang ‘trendy’.
5. Ibu Penuh Pengharapan
Ibu ini berorientasi pada tujuan, sukses dan suka menuntut. Dia menginginkan anaknya menjadi lebih baik, kalau boleh satu langkah lebih baik dan seorang pemenang. Jadi dia mengamalkan disiplin yang agak tinggi dalam mendidik anak. Ibu ini juga mengimpikan anak-anaknya memiliki kejayaan yang besar dalam hidup. Untuk itu juga dia akan mengasah dan menggunakan bakat yang ada pada anak-anak agar sukses di masa depan.
Kenapa semua kategori ini, yang baik baik saja? Mana kategori ibu yang suka membebel, pemarah, pengongkong dan tegas. selalunya ibu ibu ini bersikap begitu bersebab. Mereka mahu anaknya menjadi yang terbaik.
Sumber: Nurani Karangkraf
semuaa ada dalam mama Lissa :D
BalasPadam