GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kisah Cucu dan Atok: Tak Guna La Tok!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

“Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si Cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.
Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Dan saya akan lupa apa yang saya baca bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

"Tak ada gunaya” bentak si cucu.

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.

Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.
Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Si cucu masih tidak puashati, “Tapi atuk, bagaimana mungkin seseorang yang hatinya dikatakan TERKUNCI, boleh menjadi bersih pula hatinya?

Datuknya kehairanan, “Hatinya TERKUNCI?”

Cucu pun berkata, “Cuba atuk tengok ayat 24 surah Muhammad, Allah berfirman,
“Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan (tadabbur) isi Al-Quran? Atau telah TERKUNCI hati mereka?”

Apabila kita membaca Al-Quran tetapi tidak mahu berusaha memahami isi kandungannya, maka hati kita seolah-olah telah terkunci, sebagaimana yang dikatakan oleh ayat di atas. Bagaimanakah hati yang telah terkunci akan boleh menjadi bersih. Betul tak atuk?”

Atuk : ????

*****

Bacalah Al-Quran. Walaupun anda tidak faham, anda akan diberi ganjaran pahala yang banyak, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu hasanah (kebaikan) dan satu hasanah itu sama dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Namun, bersihkanlah hati anda, dengan berusaha memahami isi kandungannya. Dan supaya kita tidak dicop sebagai memiliki hati yang terkunci. Tanpa memahami Al-Quran, bagaimana mungkin kita dapat mengamalkan segala suruhan dan perintah dari-Nya.
(Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM)

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ