GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Buat Alatan Homeschooling Dari Barangan Terpakai!

Sejak join Group Homeschooling di Facebook tu, semangat nak buat alatan homeschooling semakin ada... Kalau tak memang kurang idea... Tapi perkongsian dari ibu terhebat di group tu....buatkan idea kita pun berkembang...

MF suka bila ada ibu-ibu yang kongsi cara homeschooling anak-anak mereka hanya menggunakan barang sedia ada atau guna semula barang kitar semula...

Cara ini bukan sahaja menjimatkan tapi ajar anak berjimat, ajar anak susah dan bina dan jana idea kreatif menggunakan barangan terpakai. 

Idea pertama yang MF praktikkan untuk si kakak ialah guna penutup botol mineral.

Penutup botol mineral ini MF dapat dari Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah yang dibuat Sabtu lepas.

MF ditugaskan sebagai ketua AJK Kebersihan... Jadi, memang peluang MF la untuk kumpul penutup botol ni sebanyaknya... Ramai yang tanya apa MF nak buat dengan penutup botol ni... Inilah jawapannya... Alatan Homeschooling untuk anak-anak...

MF hanya tulis abjad di atas penutup dan minta kakak padankan dengan warna dan abjad pada kertas lukisan...

Alhamdulillah...  Seronok dia main memula tu... Latihan yang senang bagi dia... Sebab dia dah boleh kelaskan...cuma kenal beberapa abjad je setakat ni... Alhamdulillah...  Satu perkembangan semulajadi mengikut usianya.

Banyak bahan lain boleh digunakan untuk buat homeschooling menggunakan bahan kitar semula, antaranya:

Batang ais krim
Lidi
Penutup botol
Botol mineral
Kotak

Jadi, tak payah keluarkan banyak duit untuk homeschooling... Ajar anak berjimat... Guna apa yang ada...

MF tak terlalu teruja nak buat alatan yang nak kena belanja banyak... Bukan kedekut...  Tapi jika ada idea kreatif kenapa perlu sia-siakan ye tak...

Apa pun. Homeschooling untuk kakak ni dah lepas bab Ekonomi Rumahtangga...  Hal kerja rumah dia boleh buat walaupun umur baru empat tahun..  Alhamdulillah...

Itulah..  Jangan memaksa anak untuk homeschooling..  Buat dengan relax dan enjoy... Barulah matlamat mudah tercapai.... Paling penting jangan bandingkan dengan orang...


5Ulasan

  1. Setiap anak ada kelebihan tersendirikan..

    BalasPadam
  2. betul tu,guna kan apa yang ada je..anak akak baru 1y,so tak boleh nak paksa2 dia untuk belajar ,just main dengan dia just for fun,..buat aktiviti yang dia suka,sambil selit2kan pembelajaran untuk dia

    BalasPadam
  3. sambil recycle, sambil didik anak. Jimat dan bermanfaat :D

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ