GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Format Baru UPSR 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Transfromasi Pendidikan berlaku lagi... Kali ni melibatkan peperiksaan UPSR pula... Cikgu, murid dan ibu bapa kena la terima sebab Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) melibatkan semua warganegara, bukan warga sekolah je.. Jadi kena hadam gak la... 

Format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan bermula 2016. Pengarah Lembaga Peperiksaan, Datin Nawal Salleh, berkata perubahan format membabitkan bentuk dan jenis soalan. 

Katanya, soalan objektif aneka pilihan akan dikurangkan dan sebaliknya ditambah objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). 

UPSR format baharu akan membabitkan enam subjek dengan Bahasa Inggeris dipecahkan kepada dua kertas iaitu pemahaman dan penulisan. (Sumber: Berita Harian Online)

Nampak tak.. Penekanan kepada subjek Bahasa Inggeris lagi.. Dan juga dimasukkan unsur soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Sebab ada unsur ni, MF tak galakkan beri jawapan jika anak tanya... Biar dia cari jawapan sendiri dan bantu dia cari jawapan... Sebab nak biasakan dengan unsur KBAT ni lah. 

Hmm... Apa pun... Pendidikan Islam tidak begitu ditekankan... Itulah nasib kan... Dah la ibu bapa kurang bagi penekanan agama, sekolah pun hanya sekadar belajar je... Hmmm... Apa lah maknanya 5 atau 6 A kalau al-Quran tak reti baca. 

Maklumat lanjut, ibu bapa, cikgu dan murid boleh rujuk kat laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia.

DOWNLOAD INSTRUMENT DAN FORMAT UPSR 2016 UNTUK SEMUA MATA PELAJARAN DI SINI

6Ulasan

  1. sedih ... subjek agama seperti tidak diambil berat

    BalasPadam
  2. Anak kathy jadi bahan eksperimen lagiah nampaknya. Dulu PT3 skrg UPSR lak. Pening kepala. :(

    BalasPadam
  3. sepatutnya subjek pendidikan islam tu yg perlu ditekankan. ni balik2 english.

    BalasPadam
  4. Biarpun subjek agama tiada penekanan, semoga guru-guru agama yang ada komited melaksanakan untuk mendidik jiwa anak-anak murid ^_^

    BalasPadam
  5. yang sedihnya, mak bapak pun ramai tak reti baca al-quran. itu lagi mengecewakan..

    BalasPadam
  6. Saya rasa kalau perubahan ini yang dilakukan untuk pelajar UPSR, maka sepatutnya pelajar di beri lebih masa untuk mengadaptasikan diri sebelum peperiksaan UPSR. Sepatutnya upsr di tunda ke bulan October la.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ