GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

LADAP: Fun Learning!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah, semalam MF dan rakan sekerja telah selesai kursus pendek atau Latihan Dalam Perkhidmatan atau singkatannya (LADAP). Kursus ni biasa bagi penjawat awam kerana ada peruntukan untuk cukupkan hari dan jam kursus dalam setahun. 

Dalam banyak-banyak kursus, kursus kali ni, MF belajar banyak benda... terutamanya ilmu keibubapaan. 

Jika lihat tajuknya, "Pendekatan Didik Hibur (Fun Learning) Dalam Pembelajaran".. macam khusus untuk cikgu je kan, tapi sebenarnya Fun Learning juga boleh diaplikasikan oleh ibu bapa dalam mendidik anak di rumah. 

Pendekatan ni digunakan untuk menarik minat pelajar belajar di sekolah serta mengurangkan gejala ponteng. Fun Learning memperkenalkan konsep game atau bermain sambil belajar. Sebab bebudak generasi Y ni, memang cenderung kepada permainan... dan perkara yang menyeronokkan. 

Dalam kursus semalam, kami cikgu-cikgu ni, diajar beberapa teknik game, hiburan, gerakan dan lagu-lagu selingan yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Memang terhibur betul... Seronok dan enjoy.. 

Dalam pada tu juga, penceramah jemputan juga berkongsi Akronim tertentu berkaitan ilmu "parenting" dan juga pembelajaran di sekolah. 

MF akan kongsikan di entry yang lain... Memang banyak sangat input berguna... MF akan cuba kongsikan mana yang mampu... Sebab ilmu kan.. makin kita sebarkan makin bertambah kan... 

Di akhir ceramah, penceramah berkongsi kisah dan pengalaman hidupnya... Pengalaman beliau sangat menyentuh hati dan membuatkan kami cikgu-cikgu bergenang air mata... Cuma apa yang MF boleh simpulkan dari intipati LADAP yang MF hadiri semalam:
  • Jangan pandang rendah kepada pelajar/anak yang kurang cerdik dalam bidang akademik, kerana ada kelebihan dan bakat lain kita boleh cungkil dan gilapkan.
  • Jangan sesekali banding-bandingkan anak/pelajar kerana setiap manusia Allah ciptakan berbeza dan ada keistimewaan masing-masing.
  • Kita semua dilahirkan sebagai seorang yang hebat! 
  • Walau siapa pun kita, jangan lupa bahawa kita adalah seorang hamba Allah... Kembalilah kepada Dia sama ada ketika susah atau senang.
  • Kita tak kan ada nilai tanpa restu dari ibu bapa. Sehebat mana pun kita, tak kan ada makna jika kita abaikan dan guriskan hati ibu bapa.
  • Semua orang boleh berjaya!
  • Kita adalah apa yang kita fikirkan.
  • Usaha untuk keluar dari Zon Selesa jika mahu berjaya yang luar biasa.
Itu antara yang MF ingat, moga input ni boleh dimanfaatkan, dan sebagai motivasi pembaca entry ni. Insha Allah, MF akan kongsikan input yang lain di lain masa .. Insha Allah.


Terima kasih kerana membaca entry LADAP: Fun Learning!

3Ulasan

  1. Bagus sgt ni mf, blh bantu ibu bapa didik anak..

    BalasPadam
  2. hehehe tingat jugak dulu time sekolah jadi guru praktikal n ganti..
    LADAP memanjang tiap2 minggu..

    BalasPadam
  3. aida hormat para guru yg ajar anak2 aida.
    aida x pernah salahkan guru.
    sebab aida x nak terap kan dlm diri anak2 aida bhw guru tu salah.
    elok la. agar cikgu2 dpt ajar murid dgn lebih baik & kreatif in shaa Allah.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ