GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Budak 11 Tahun Bersalin: Apa Peranan Kita???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Printscreen: Harian Metro Online

Semalam, dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak umur 11 tahun atau dalam sistem pendidikan Malaysia, pelajar darjah 5 melahirkan anak. Mula dapat berita ni di TV1... Terkejut??? Hmm... Nak kata terkejut sangat tu tak la.. sebab ada kemungkin di rogol? Tapi kat Harian Metro ni kata budak ni ada teman lelaki... Tak tahu la kan.. 

Bila dapat berita camni apa peranan kita??? 

Bila ada anak perempuan ni, berita sebegini amat merisaukan MF juga... MF ada dua orang anak perempuan. MF tak nak komen pasal keluarga dia ke, pasal budak tu yang selamat bersalin, atau pasal teman lelaki dia... Tapi MF nak komen, apa peranan kita bila lihat, dengar dan tahu berita sebegini??? Apa kita buat??? Adakah kita biarkan saja perkara sebegini berlalu.. dengan kata "Alah..dunia akhir zaman", "biasalah budak zaman sekarang."

Ramai dari kita nak dapat anak perempuan... seronok tengok anak perempuan... tapi masa kecik semuanya indah... baju perempuan cantik dan comel.. itu masa kecil... tapi mendidik anak perempuan banyak juga cabarannya. 


Mencegah lebih baik dari mengubati... 
Melentur buluh biar dari rebungnya
Kepimpinan melalui teladan

Ketiga-tiga pepatah Melayu ini, MF guna sebagai prinsip mendidik anak perempuan... 
Kerana fikirkan cabaran sebegini, MF gunakan kaedah mencegah lebih baik dari mengubati... Biar anak kita menangis hari ini, daripada kita menangis di kemudian hari. 

Melentur buluh biar dari rebungnya
Didik anak tentang aurat seawal usianya... Seawal 1 tahun MF mula ajar anak pakai baju longgar dan labuh. Terutama bila keluar dari rumah. Baju tanpa lengan dan seluar legging langsung tak pernah beli. Semuanya beli baju labuh dan longgar. Baju Gaun pun yang berlengan dan labuh sampai ke betis. Pernah juga, orang tegur sebab kami pakaikan anak baju besar... Tapi, pedulikan..itu cara kami.

Pergaulan anak-anak tak didedahkn lagi sebab belum bersekolah... Tapi, tetap ada peraturan bila dia bergaul dengan sepupu lelaki... Terangkan awal walaupun dia tak faham... Contohnya, kakak dah besar nanti, tak boleh salam tau dengan sepupu kakak... Allah marah... Walaupun dia mengerti... tapi kena fahamkan dari awal.

Kepimpinan Melalui Teladan
Ibu bapa adalah corak tauladan kepada anak-anak... Masa kecil nilah kita nak didik... Jika kita beradab, insha Allah.. anak kita mengikut... Contohnya, bab pakai tudung... jika kita mula pakai tudung... tanpa disuruh...dia akan mengikut... 

Memang mencabar mendidik anak zaman sekarang... Banyak pengaruhnya. Tu pun MF dah tamatkan siaran Astro... anak-anak hanya ditayang kartun tentang binatang, kartun Upin Ipin..tu pun ditapis, Pada Zaman Dahulu dan kartun yang tiada unsur ganas, lawan dan pakaian yang mencolok mata.

Anak-anak zaman sekarang mudah terpengaruh... Jadi, dia perlu dikawal... Ada ketika kita perlu berlembut.. Dan ada ketika kita perlu bertegas... MF bukan nak kata pandai dalam mendidik anak... Cuma, kongsi pengalaman... Kadangkala MF juga salah... Sebab kita semua ibu bapa yang sedang belajar mendidik anak generasi Y.

Pendidikan Seks Dalam Islam
Dalam Islam cukup jelas dah pasal pendidikan seks... Selain ajar pasal aurat... Ajar tentang pergaulan dalam keluarga...  Antaranya boleh baca di entry Asingkan Tempat Tidur Anak.

Anak-anak sekarang juga suka bertanya... Jadi, kena jelaskan bab seksual seawal usia...dengan jawapan yang munasabah dan yakin... Jadi, bukan senang kan jadi mak bapak ni... Hari-hari kena cari gali ilmu...

Kenapa kanak-kanak sekarang cepat baligh dan matang
Kajian psikologi mengatakan, antara punca kanak-kanak sekarang cepat baligh dan matang kerana faktor evolusi, persekitaran dan juga pemakanan... Jadi, kawal pemakanan anak...di rumah dan juga di sekolah...  Kalau boleh ajar anak bawa bekal...dan elakkan anak-anak terdedah dengan makanan yang dimasak oleh orang fasik secara kerap... Elakkan makan luar la lebih elok sebenarnya...  Masak sendiri... Lebih berkat...

MF nak cakap panjang pun tak tahu... Apa-apa pun perkara sebegini bermula dari rumah.. Atas ibu bapa tu sendiri bagaimana mencoraknya... MF cuma kongsi ilmu dan pengalaman...

Moga Allah lindungilah zuriat keturunan kita dari terjebak dalam perkara yang Allah murkai... Banyakkan berdoa.. Dan mantapkan iman ahli keluarga kita... Peranan bapa sebagai ketua keluarga...dan ibu sebagai pendidik dan pengasuh anak-anak...

Tarbiah Sentap:
Jangan tahu buat anak... Tapi lepaskan macam ayam... Nak mengandung nak beranak kadang mudah..sebab kita ada tempoh dan masa tertentu... Tapi nak jaga amanah Allah dan mendidik jadi manusia beriman dan yang Allah redha sampai ke akhir hayat...

Maaf jika ada yang terasa dengan entry ini... Moga kita ambil iktibar dan pengajaran... Serta fikirkan sesuatu dan bertindak sekarang jika tak nak peristiwa sebegitu jadi pada keluarga kita... Ujian Allah untuk orang lain sebagai pengajaran untuk dia dan juga kita semua...


8Ulasan

  1. kan?/kena didik anak supaya ada rasa malu..untuk anak lelaki kena ajar dia tentang hormat pada wanita .Didikan agama kena cukup..

    BalasPadam
  2. Ruginya zaman kanak kanak budak tu.huhu

    BalasPadam
  3. Betul..jadi pedoman untuk PC juga masa masa mendatang insha Allah amin..

    BalasPadam
  4. Risau sangat.. Kathy ada dua orang anak dara ni.. Moga anak² kita di lindungi Allah.

    BalasPadam
  5. Tulah kan... apa kisah orang nak trendy tapi kita bagi anak pakai baju besar.Tapi baju muslimah pun cantik-cantik aje dan sesuai untuk anak-anak dara kita.Terserah ibu bapa untuk mendidik cara anak-anak berpakaian agar lebih selamat dari nafsu lelaki.

    BalasPadam
  6. paper skrg ni keluarkan cerita berlainan. sekejap kata ada boyfriend, sekejap kata kena rogol. entahlah....apapun moga semua kebenaran terbongkar.

    BalasPadam
  7. kalau dulu dengar kes pelik kat negara luar aje
    sekarang dalam malaysia pun ada
    yang menggerunkan yang buat pelik tu, melayu islam

    moga keluarga kita dilindungi dari perkara seperti itu

    BalasPadam
  8. menakutkan!
    bagi aida yg ada 2 anak dara, Allahu Akbar, menakutkan!

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ