Ticker

6/recent/ticker-posts

SURAT SAMAN DARI DBKL YANG PENUH MISTERI!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masuk fasa akhir Ramadhan,  ramai blogger mula hantar kad raya, MF saja la tunggu kan..sekali, bukan kad raya yang sampai... Tapi surat saman. 

Siang tadi, di tempat kerja... Habis mesyuarat, ke pejabat hantar buku rekod kehadiran pelajar, sekali Kerani sekolah bagitau ada surat dari DBKL... Hah!!! Terkejut... Letak buku rekod cepat-cepat, terus ke kaunter ambil surat... 

Memang cepat je buka dan baca... Sekali betul surat saman. Tengok nombor plat... Depannya W... Dalam otak, ligat fikirkan kereta je.. Plat W ni kereta Perdana ni... Hah! Bila pula aku bawa kereta Perdana nih... Tak pernah bawa walau sekali pun... 


Sambil baca, otak ligat memikir.. Terus ke kelas.. Habis kelas, ke surau dan belek lagi surat saman tu... Sekali.. Eh.. Ni no plat motor... Hah.. Betul la motor atas nama aku kan.. Lepas solat... Whatsapp kat suami... Dia pun pelik... Saman??? 

Dah balik rumah... Pakat memikirkan saman ni... Tahun 2012... Tengok tarikh dan tempat...  Jalan Imbi, depan Plaza Lowyat ni... Gigih aku cari kalender nak tengok hari... Sekali tengok hari Jumaat... Mula musykil dah... Tengok jam pula... Lagi tak logik 5.52 petang. Hari Jumaat... Serius aku dan suami tak jenjalan dan tak pernah sesekali ke bandar waktu camtu..  nak cari hapa time tu kan... 

29 Jun 2012 maknanya si kakak belum setahun pun umurnya. Fuh... Ligat otak kami suami isteri fikir... Nak refresh kembali tiga tahun lepas... 

Lepas tu rasa pelik juga... Kalau ada saman biasanya tak boleh nak hidupkan roadtax dan lesen.. Ni tak... Elok je kami hidupkan... Sebab saman DBKL kan macam polis trafik... Kalau de saman tak boleh hidupkan roadtax... Sebab kawan suami pernah de pengalaman camtu. 

Memang rasa pelik dengan saman ni.. Lepas tiga tahun baru nak korek kesalahan orang... Dah tu tarikh dan masa tak logik plak tu... 

Esok suami akan ke DBKL, minta bukti gambar ke hapa.. Kalau aku kaya... Aku saman aje DBKL nih kan.. Jika benar kami salah takpe... Ni tak tahu dan takde bukti kesalahan tetiba kena hukum... Ibarat kalau kat sekolah kan.. Anak korang tak tahu sebab apa, tetiba kena rotan dengan cikgu disiplin... Korang rasa camne kan.. 

Memang cerdik betullah... Dekat nak raya ni kan.. Faham-faham lah... Diorang pun nak cari duit raya juga kan... Memang pandai betul diorang ni cari duit raya kan... 

Catat Komen

12 Ulasan

  1. Perhhhhhh macam ape entahhhh..
    Mmg tak patut lahhh

    BalasPadam
  2. alahaii dorang ni pun ..nak cari duit lebih bermacam gaya ye..dia silap ni

    BalasPadam
  3. time2 ni sibuk nak cari salah org. saman yg entah wujud entah tak. dah bertahun, kalau betul ada saman kenapa baru sekarang bagi. tak logik langsung

    BalasPadam
  4. mmg tak patut kan kalau mcm tu..fiza pun ada dapat..tp mmg betul la salah..hehe

    BalasPadam
  5. siasat sis ..jangan tak siasat. Pelik bin hairan jugak boleh jadik cenggini. Dah bertahun baru surat saman sampai ... itu pun entah betul entah tidak samannya tu

    BalasPadam
  6. aish..pe bende dorg ni....trikh dah lme pulak tu..hmm

    BalasPadam
  7. penah dpt surat saman dr Majlis Perbandaran Sg Petani atas nama arwah ayah.Mcm ni gak la.Plat no. motor arwah ayah yg zaman bila tah.Motor tu dh jual bpuluh tahun dh pon.Sekali mai saman plat motor tp kenderaan kereta dlm awai bln April 2015 cmtu.Ni kira mcm mn plak?Sy & adik mls nk ke MPSP sbb penama pon dh xda 12 tahun dh pon...bkn leh buat apa pon kn...hihihi

    BalasPadam
  8. Kalau ada saman dari local authority memang masih boleh barukan road tax. Saman JPJ yang ada problem sikit, kaan? Awal tahun haritu suami saya pun dapat saman yang backdated macam ni dari DBKL. Dia directly pergi DBKL... mintak tengok apa-apa bukti yang patut n dapat diskaun juga.

    BalasPadam
  9. Alamak ..macam macam hal lapulak ..Main htr surat camtu jer..Aikk pelik bin ajaib ni..

    BalasPadam
  10. Saya pun kena case sama you...
    Surat cakap saya meletak kereta di garisan kuning di jalan barat kuala lumpur....
    Tarikh kesalahan ialah 2 tahun lalu (2013) tapi sekarang baru kirim mari...
    Saya org penang dan tak pernah bawa kereta tu pergi KL...
    Bagaimana boleh dapat saman di KL?
    Phone pi DBKL mereka cakap system down, tak boleh siasat.
    Apa boleh buat? (T__T)

    BalasPadam
  11. hi, i faced the same situation with you, never been that place before but got summon, may i know what is the result after.your husband went to dbkl?

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^