Ada orang lebihkan kawan dari saudara kandung sendiri... Entah kenapa hebatnya kawan dia kita pun tak tahu.
Adik beradik dianggap musuh... Tegur sikit muncungnya bertahun... Dendamnya tersemat dihati.
Sebaik mana pun kawan, itu adalah kawan... Tapi adik beradik ni saudara yang pertalian darah dengan kita. Sampai mati tak boleh putus... Bahkan di akhirat nanti pun saudara sedarah ni akan dicari dulu.
Susahnya nak tegur saudara sendiri bila ada salah... Takut tu lah... Nanti jadi musuh... Salah tegur..masam muka... Kadang bersaudara di facebook tapi, salah post boleh terus block dan unfriend dah...
Saudara kita tegur sebab sayang... Tanpa saudara siapalah kita... Ingat!! Janganlah sombong apa yang kita ada hari ni.. Kerana mungkin doa saudara kita lah kita jadi seperti hari ini...
Bergaduh adik beradik tu biasa... Tapi jangan simpan dendam dihati sampai ke mati. Kerana sayanglah adik beradik tegur kita... Kalau tak...dia biar je kita nak jadi hapa pun...
Berpadalah berkawan... Jangan sampai putus silaturrahim dengan saudara sendiri..
Renungan bersama...
P/s: Luahan perasaan...sebab memang realiti ada macam ni...
Pesan mak... Kalau mak pak dah tak da... Jangan putus hubungan adik beradik.. Itulah pesanan mak yang sentiasa teringat di minda bila sebut tentang adik beradik ni..
Antara Adik Beradik dan Kawan!
7/04/2015 04:20:00 PTG
2
sepatutnya memang kena jaga pertalian adik beradik ni..susah senang bersama
BalasPadamHa ah kan...kadang2 sebab berebut harta...adik beradik jadi musuh..
BalasPadam