GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Menu Sihat Berkhasiat Untuk Anak Berpuasa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ramadhan
Sumber: google images

Pastikan dalam penyediaan juadah berbuka puasa, ibu masak menu yang mengandungi karbohidrat iaitu nasi atau mee, protein dan kalsium seperti daging, ikan, ayam, kekacang dan susu serta jangan lupa sayur-sayuran atau buah-buahan.

Mulakan waktu berbuka puasa dengan mengajar si kecil menjamah kurma terlebih dahulu. Selain terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera, ia juga amalan sunnah Rasulullah SAW.

Kanak-kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa. Oleh itu selain menyediakan makanan berkhasiat, galakkan anak-anak minum banyak air kosong berbanding minuman manis. Ia turut membantu penyingkiran toksin yang terhasil di dalam badan.

Kanak-kanak biasanya kurang berselera ketika bangun bersahur. Bagaimanapun mereka mesti bersahur dengan makanan yang berkhasiat sebagai bekalan tenaga untuk terus berpuasa. Jika mereka tidak berselera menjamah nasi di awal pagi, gantikan dengan makanan berasaskan bijirin.

Bijirin kaya dengan serat dan mampu membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan serat ketika berpuasa sangat penting kerana ia membuatkan anda lambat lapar. Bahkan ia baik untuk penghadaman.

Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makanan ke dalam tubuh. Manakala, serat tidak larut di dalam bijirin dan sayur-sayuran pula memastikan salur pencernaan bebas daripada sebarang halangan. Serat jenis ini turut menyerap air yang membantu anak cepat kenyang.

Tip Ramadhan untuk kanak-kanak
  • Masakan panas boleh menambahkan selera makan anak-anak. Sebaiknya sediakan masakan panas untuk mereka ketika bersahur.
  • Sediakan juadah kegemaran mereka sebagai galakan untuk berpuasa.
  • Pelbagikan menu masakan supaya mereka tidak jemu.
  • Sediakan makanan yang mudah dimakan dan mengenyangkan seperti sup dan makanan berkuah untuk si kecil.
  • Elakkan masakan pedas dan berempah untuk keselesaan perut mereka sepanjang berpuasa.
  • Pastikan menyediakan buah-buahan ketika  berbuka dan bersahur.
  • Pastikan anak-anak minum air kosong ketika bersahur dan berbuka..

Sumber: Karangkraf

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ