GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Etika Berpurdah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

No 1: Niat berpurdah.
Tepuk dada, tanya Iman, tanya diri sendiri. Kalau niat kita lurus, syukur.
Kalau niat salah? 
Lebih baik betulkan dulu, sbb bila terpesong niat, apa yg kita buat, orang akan mudah nampak, terutama yg bersih hatinya. 
Percayalah.
Walaupun niat dah lurus, kalau boleh, tiap Kali nak ikat purdah kat muka, cakap dgn diri sendiri, ini semua demi menuntut keredhaan Allah.
Dah lepas etika 1? Alhamdulillah. Ops! Tunggu dulu! Ada lagi etika lain.

No 2: Purdah, perlu ke istiqamah?
Sebab tu nak pakai purdah kena faham. Ada orang pakai purdah utk keselamatan. Jadi bila dia yakin tak diancam, tak salah dia buka.
Cuma,
Kenalah tahan sikit dgn persepsi masyarakat.
Kalau istiqamah? 
Lagi baik! 
Allah takkan kurang kan ganjaran utk orang yg sentiasa berusaha, kan?
Kalau rasa tak mampu hadap, maka anda dah tersekat dlm etika no 2.
Kalau mampu? 
Alhamdulillah!
Jom teruskan!


No 3: Bergambar dgn purdah, bagaimana?
Pertama, digalakkan bergambar beramai-ramai. Jangan difokus kat muka juga bila bergambar.
Kedua. Kalau nak bergambar seorang, biarlah tak fokus kat muka, setegasnya tak bertabarruj (berhias lebih²) dan sekurang-kurangnya separuh badan nampak.
Tak perlulah buat posing comel, posing yg orang-awam-taknak-tengok-orang-berpurdah-buat. 
Faham kan?
Kalau rasa ada gambar² berpurdah yg tak kena dgn etika, eloklah dipadam dan muhasabah diri masing².
Kita dah lepas ketiga-tiga etika?


No 4: Pemakaian berpurdah.
First, kita kena faham. 
Penerimaan purdah dan niqab dlm masyarakat Malaysia berbeza dgn masyarakat Arab.
"Eleh, lantak la diorang punya penerimaan. Yang penting, niat!"
Salah. 
Salah sangat.
Sebenarnya dgn purdah kita boleh dakwah. Dakwah melalui contoh kpd diri sendiri.
Mulakan dgn warna lembut. Pastikan warna tak menonjol/berwarna-warni. Bila hati dah kuat utk istiqamah, silalah pakai warna gelap. 
Hitam itu adalah sebaik-baik warna yg tak menarik perhatian. 
Islam itu kan menyenangkan?
Purdah tu, tak perlulah bermanik hias bagai. Pakai jelah biasa² punya dan tak aneh² sampai menarik perhatian orang.
Cukuplah ada macam² style tudung, sekarang purdah pula?


No 5: Kenapa nak harapkan purdah kalau aurat pun tak cukup sempurna??
Wahai adik², wahai teman² yg Ku sayang.. 
Kalau kita pakai purdah tapi tudung tak lepas bahu, siap ada bonggol, sanggul tinggi, baju menonjol sgt dgn warna-warni, nampak bentuk badan, so, apa point kita sebenarnya berpurdah?
Sekadar nak tunjuk kita berpurdah kat orang awam? 
Fahamilah konsep.
Menutup aurat dgn SEMPURNA itu WAJIB.
Allah swt sendiri berfirman mengenai menutup aurat dgn sempurna akan dilindunginya.
Berpurdah itu pakaian isteri² Rasulullah. Ianya mcm tambahan lepas tutup aurat dgn sempurna. 
Kalau tutup aurat dgn sempurna pun tak lepas, macam mana nak selamat dengan purdah? 
Lain lah kalau dah tutup aurat dgn sempurna, tapi rasa lebih selamat dgn purdah. Itu barulah betul.
Tolong. 
Betulkan niat dan fahami konsep dgn teliti. 
Islam itu kan halus?


No 6: Purdah dan akhlak.
Nak berpurdah, tapi takut tak kena dgn perangai. Perangai macam mana tu?
Kalau mencarut-carut, alamak, memang perlu baiki dulu. 
Kalau ramah, apa salahnya?
Kenapa, semua orang berpurdah kena senyap² je ke? 
Kena jadi pendiam gitu?
Cuba kita tengok si purdah luar negara. Diorang siap masuk televisyen, demi tegakkan kebenaran.
Kita? 
Duduk diam²? 
Jadi bayang²?
Oh tidak. 
Siapa kata jadi si purdah tak boleh aktif? Lain orang, lain personaliti.
TAPI! 
Kita kena tahu had limit kita. 
Kita sedar kedudukan kita, kita sedar tahap kita, kita sedar batasan kita. Cukuplah dgn segala kesedaran tu, kita buatlah mcm orang normal.
Tapi selalunya bila pakai purdah ni kan, automatic kita akan sentiasa jaga adab kita. 
Percayalah.


No 7: Pandai² la cari suami.
Tau tak wujud lelaki yg bila kita kahwin, suami dia tak izinkan dia pakai purdah?
Yup! 
Lelaki macam ni wujud kat luar sana. So salah satu etika aneh yg mana nak istiqamah berpurdah, tanya bakal suami dulu redha atau tak bila kita pakai purdah.
No 8: Bila peraturan tak izinkan pakai purdah.
Ada segelintir si purdah kat IPTA atau kerja kerajaan yg tak boleh pakai purdah dilema dgn peraturan tu.
Ikut jelah peraturan tu. Bukan bermaksud mengalah tapi benda macam ni kena ada tolak ansur. Asalkan dia tak kata kakitangan LANGSUNG tak boleh pakai purdah. Tu lagi naya.
Bayangkan kalau kita tolak ansur, tak pakai purdah waktu kerja. Pekerja² lain pun tak boleh cakap apa. Paling kuat pun cakap, 
"Eh, dia kat luar pakai purdah tau" 
Tapi tu ayat normal la.
Bayangkan, kalau kita tetap degil nak pakai. Bos bagi surat amaran, pekerja² pun ngomel. 
"Dia ni tak faham bahasa ke? Purdah tu bukan wajib pun. Sibuk nak pakai."
Kemudian si purdah dilabel 'Si Degil' dan kalau ramai si purdah buat macam ni, maybe pihak atasan akan mula tapis utk ambil si purdah sebagai pekerja. Tak ke naya semua orang?
Dan kalau nak pakai jugak, buatlah surat pengecualian. Guna jalan baik. Jangam memberontak, ikut kepala kita sendiri.
Mudah²an bermanfaat, mudah²an si purdah dan bakal si purdah faham betul² ttg etika purdah ni. 
Tolong kaji dan fahami sepenuh hati tentang purdah. Lepas tu nak pakai, pakailah. Biar kita pakai dgn ilmu penuh kat dada. Bila orang tanya nanti, takde la tersedak, terkilan. Jangan jadi nila setitik yg merosakkan susu sebelanga. 
Kerana seorang si purdah yg cacat cela berpurdah tanpa ilmu, masyarakat hukum semua si purdah yg ada depan mata.

Pegang erat² pernyataan ni, 
"Bidadari dunia tidak memandang dan tidak dipandang."


Sumber: Facebook


Nota: Insha Allah satu hari dalam hati ingin juga tutupi wajah ini, hanya dibenarkan lihat kepada yang halal bagiku... setakat ni, cuma sekat gambar dari dipertontonkan oleh orang lain.. Jadikan wajah kita mahal untuk dipertontonkan oleh orang lain.. 

7Ulasan

  1. Betul tuh.. Niat kena betol.. Istiqamah..Nice sharing..

    BalasPadam
  2. Perkongsian menarik, semoga apa yang diniatkan menjadi ikutan orang lain.

    BalasPadam
  3. tak semudah perkataan nyer yg ada 6 huruf, kan?
    ada cara... ada modus operandi.
    kita kena jaga agar bila berpurdah ni semua tu lengkap.
    Allahu Akbar... indahnya...

    BalasPadam
  4. apa2 pun, niat memang tak menghalalkan cara...terima kasih atass ingatan ;-)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ