GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Buatlah Walau Terpaksa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Siang tadi... Ada sedikit luahan seseorang di facebook... Bukan main marah lagi dia kepada seseorang yang menegur kerana tak bertudung... Katanya, cara teguran tu yang tak kena... Tak pasti apa masalahnya kan... Tapi, biasalah manusia... Bila ditegur... Tegur baik pun kata salah bila hati gelap dan ego kuasai diri... 

Buang ego dan terima kebenaran... Tutup aurat tu wajib... Tak boleh nak elak...kena usaha untuk tutup aurat... 

Buatlah walau terpaksa... Kerana selepas keterpaksaan itu, Allah pasti akan lembutkan hati... Insha Allah... Alaahhh... Macam kita tengok drama Melayu la kan.. Kahwin paksa... Mula-mula tak suka... Akhirnya sayang kan... Gitulah... 

Hidayah Allah Mahal sangat... Banyak duit macam mana pun kita tak mampu nak beli hidayah Allah... Jadi, kena usaha... Tak boleh tunggu... 

Usahalah..mohonlah hidayah Allah..  Berkawanlah dengan orang yang baik-baik...buang ego.. Letakkan tujuan utama...akhirat dan syurga melebihi segala yang lain... Letakkan dunia ni d telapak kaki sahaja... Kerana yang adaa di dunia tak kan kekal selamanya... 

Berdoalah... Usahalah... Tawakallah dan Istiqamahlah... Moga Allah rahmati segala usaha kita ... Insha Allah... 

3Ulasan

  1. manusia ni kadang2 apa yang orang lain nasihatkan untuk kebaikan bukan nak dengar... tapi tu la, keimanan kita yang membezakan antara satu sama lain.. yes, betul tu ! Hidayah Allah perlu dicari bukan cuma menunggu je.. Sama-sama la kita jadi seoarang manusia yang diredhai Allah :)

    BalasPadam
  2. Setuju sangat, kadang-kadang kita perlu paksakan diri utk lakukan benda tu, tapi kalau dah lama-lama di paksa akan terbiasa juga kan

    BalasPadam
  3. itulah dinamakan manusia.. apapun semoga kita dapat menjadi insan yang terbaik..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ