7 Cara Elak Lemak Tepu Dalam Badan!

Maria Firdz
5
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Facebook

Bulan puasa sepatutnya badan makin kurus, lemak makin kurang tapi ni tak, makin tembam juga. Pasti ramai yang ada masalah ni.. Sebenarnya sila semak makanan kita ketika berbuka atau bersahur. Adakah kita kumpul lemak tanpa disedari. Kadang lemak tepu tu yang buatkan sukarnya kita nak singkirkan lemak dalam badan. Tetapi ada 7 Cara Elak Lemak Tepu Dalam Badan! agar kita dapat singkirkan lemak secara perlahan.

Kurangkan makan daging merah.
Bulan puasa, kurangkan pengambilan daging merah tak kira daging fresh atau daging beku. Daging merah memang kaya dengan lemak tepu. Jadi elakkan ambil daging merah.

Gunakan lebih banyak minyak zaitun.
Nak sihat dan kurus kena melabur lebih kan. Gantikan minyak masak biasa kepada minyak zaitun terutama ketika makanan bertumis. MF dah gantikan minyak masak biasa kepada minyak sayuran je. Tak pun kengkadang guna Planta. 

Ketahui jumlah lemak yang diperlukan badan setiap hari.
Sebelum makan, ketahui jumlah lemak yang kita perlukan. Dan juga ambil tahu sikit pasal jumlah lemak dalam makanan yang kita beli atau masak. Misalnya, kalau nasi lemak berapa kandungan lemaknya.. Tak susah.. Google je kejap kan... 

Elakkan makanan beku.
Elakkan makanan beku, seperti daging burger atau pizza ready to cook ke.. apa-apa sahaja makanan sejuk beku elakkan.

Panggang daging.
Makanan berasaskan daging ayam atau daging merah, sebaiknya dimasak dengan bakar atau panggang. Buat ayam bakar atau daging salai pun sedap kan.

Tambahkan supplement Omega-3.
Lebihkan pengambilan supplement atau makanan asli seperti oat yang kaya dengan Omega-3... tak kisah apa jenama asalkan halal dan original.

Kurang pengambilan harian produk tenusu.
Produk tenusu maknanya keju atau yogurt perlu dikurangkan untuk pastikan lemak tepu melekat dalam badan. Tapi teruskan pengambilan susu. 

Moga boleh kita amalkan tips ni. Lemak tepu ni berbahaya jika dibiarkan, sebab antara penyumbang kepada penyakit strok dan serangan jantung. Lebihkan air, buah-buahan dan sayuran setiap hari dalam hidangan berbuka atau sahur. 


P/s: Jika lihat menu di bazar, kurang ada menu berasaskan sayuran kan. Padahal sayur sangat murah berbanding lauk. Hmmm... Pergi mana-mana pun sama je kan... Kurang sayur... 

Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. pergh, nk elak, payah gak tu, hahaha

    BalasPadam
  2. hik hik hik, macam tau jer akak memerlukan tips lemak tepu ni...he he he...

    BalasPadam
  3. daging tu memang kurangkan..setahun sekali dua je makan. susu pulak memang minum susu tepung :)
    tq share info :)

    BalasPadam
  4. kapau ada pon sayur salad d nasi ayam.
    itu pon kadang ada kadang x ada.

    BalasPadam
  5. elak mkn mknn berlemak masa berbuka terutama sebelum tidur ...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !