بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Ramadhan
Sumber: Facebook

5 Makanan Kekalkan Tenaga Sepanjang Berpuasa:

Oat: 
Gantikan nasi dengan oat ketika sahur. Tapi spesis MF ni perut Melayu tetap nak makan nasi juga. 

Tembikai: 
Memang sedap makan tembikai time berbuka ni.. Tapi MF tak boleh ambil atau makan tembikai dulu sebelum minum air. Nanti berangin satu badan. Tapi memang kenyang makan tembikai ni, sebab kaya dengan serat dan banyak air. Sebab tu orang jual jus tembikai laku aje kat bazar tu kan. 

Madu: 
Madu pun baik untuk kesihatan. Kandungan gula dan tenaga yang tinggi, boleh bekalkan tenaga extra ketika berpuasa. 

Jus Susu Kurma: 
Yang ni ramai ibu-ibu menyusu ramai dok share resepi ni. MF tak pernah buat. Tapi setiap hari memang pastikan makan kurma dan minum susu. Ketika besahur la terutamanya.

Roti Serat:
Roti gandum pun bagus.. Lama juga tak makan roti gandum ni. Hmm.. Boleh juga amalkan makan ketika sahur. 

Makanan waktu berpuasa ni sederhana pun cukup.. Asalkan jaga adab berpuasa dan untuk dapat keredhaan Allah.. Insha Allah..berkatttt...


4 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. sejak ramadhan ni,satu perangai yang teruk adalah minum ais,sampai makan nasi pun tamo..isk..nak buang la tabiat tu..

    BalasPadam
  2. tulah, tp syg la, tmpt nona xde jus tembikai rm 0.50 tuuu, sobssss ! he he~

    tQ infooo

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah berselang seli makan makanan ni..sentiasa kekal bertenaga especially kalau makan overnight oats tu :)

    BalasPadam
  4. Saya tetap nak nasi juga ketika berpuasa ni...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama