بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
30 Resepi Untuk Sebulan Sepanjang Ramadhan! | Ramadhan hampir tiba... Bagi ibu-ibu dan isteri-isteri, mula memikirkan resepi juadah sepanjang Ramadhan kan... Zaman GST, tak boleh lagi nak harapkan bazar sepanjang sebulan... Perlu turun ke dapur.. Sehari satu juadah pun dah cukup.. Kerana Ramadhan, mengajar kita tak membazir dan besederhana dalam menikmati makanan dan rezeki Allah... Di sini, MF nak kongsikan 30 resepi sepanjang bulan Ramadhan... Setiap hari, boleh cuba satu resepi...
Ayam Panggang Bermadu
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak
bijan
2 senduk besar madu
(kalau u suka manis, tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah
(sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup
rasa
|
1. Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan,
serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan
selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....
|
Udang Masak Serai Wangi
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
600 gm udang harimau -
digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam
jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa
|
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah,
cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa
dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah
pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.
|
Ikan Siakap Kukus
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
1 ekor ikan siakap
sederhana besar
3 sudu besar sos
tiram
2 susu besar sos
cili
2 susu besar sos
tomato
1 sudu gula
4cm halia -
dimayang
3 ulas bawang putih -
dimayang
3 ulas bawang besar -
dimayang
3 tangkai daun
sup(saderi)
1/2 biji limau
nipis
garam secukup rasa
|
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus
lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan
yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur
hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.
|
Ikan Masak Berlada
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
3 ~ 4 ekor ikan
sembilang
10 biji cili merah -
dikisar
2 batang serai -
dititik
1 ulas bawang besar -
dimayang kasar
2 ulas bawang putih -
ditumbuk
1 inci halia -
ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula
secukup rasa
|
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan
kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan
bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum
(garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan
biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan
gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga
agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum
dihidangkan.
|
Ikan Kerapu Masak Asam Manis
|
||
Bahan-bahan A:
|
Bahan-bahan B:
|
Cara memasak:
|
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung
jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa
|
5 ulas bawang merah -
dikisar
5 ulas bawang putih -
dikisar
3cm halia
1 batang serai -
dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit
hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa
|
1. Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga
rangup.
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang
merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik
minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau
sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas
hidangan tadi.
Untuk hiasan:
1.
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
|
Ayam Masak Cendawan Ala Cina
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam -
direndam 1/2 jam
1 inci halia -
dihiris
1 biji bawang besar -
dihiris
6 ulas bawang putih -
dicincang
4 ~ 5 tangkai cili
padi
Sedikit kicap lemak
manis
Sedikit sos tiram
|
1.
Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut
ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2.
Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah
kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
3.
Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga
naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4.
Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak
payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat
masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5.
Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6.
Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan
biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).
|
Pajeri Nenas
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
Rempah tumis (Kulit kayu
manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk
kunyit
4 biji bawang merah
]
2 biji bawang putih ]
Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau
dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan
4, rebuskan dan ditoskan air
|
1.
Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila
naik bau masukle serbuk kunyit.
2.
Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam
secukup rasa.
3.
lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie
tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu
sikit-sikit).
|
Mee Hailam
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
1 kg mee/kueh teow/mee
hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih
(tumbuk/penyekkan)
rencah
ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung
jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis
bunga/sawi/carrot/baby corn)
|
1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian
letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk
pekatkan kuah.
5. Masukkan sayur2 an dan mee.
|
Ketam Bertelur
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
2 ekor ketam yang agak
besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah
diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang
agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk
menumis
bawang besar
|
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan
halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan air
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10
minit
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan
telur yang dah dipukul,
6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak
berketul.
|
Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
|
|
Bahan -bahan:
|
Cara memasak:
|
Beberapa ketul kepak
ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas (
Potong nipis2)
Sos tiram
|
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos
tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih
yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada
hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang
30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam
tadi.
|
Nehari (Kari Kambing Kashmir)
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
1 camca besar garam
masala
4 ulas bawang putih
dicincang halus
2 cm halia dicincang
halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk
cili
1 camca besar serbuk
ketumbar
1/2 camca kecil serbuk
buah pala
1 camca besar serbuk
jintan kasar
1 camca besar
paparika
4 labu bawang besar
dihiris nipis
1kg daging kambing didadu
( Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca besar tomato
puri
1/2 cawan kacang dhal
direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar
dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak Vesawit untuk
menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
|
1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam
dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan.
Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di
masukkan semula daging tadi.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam
daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk.
Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.
|
Ikan Tiga Rasa
|
|
Bahan-bahan
|
Cara memasak:
|
1 ekor ikan siakap /
kerapu
sedikit bawang putih
(ditumbuk)
1 inci halia
2 biji tomato (agak
masak)
6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
bhn utk dikisar
|
1.
Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang).
Toskan minyak.Ketepikan.
2.
Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar
3.
Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
4.
Tuang atas ikan
|
Ikan Pari Lemas!!!!
|
||
Bahan A:
|
Bahan B:
|
Bahan C:
|
1 bahagian ikan pari yang
telah di potong (sederhana besar)
- di basuh bersih
- sediakan besen sebagai
acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi,
kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak
koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang
nak balut ikan pari tu.
- letak ikan pari ke atas
acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)
|
5 biji bawang putih di
hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di
belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang
halus
1 helai daun limau purut
di koyak empat
25 biji cili padi di
mayang halus
halia sebesar ibu jari
kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah)
di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak
masak
2 sudu besar sos minyak
ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil
garam
1/4 sudu kecil gula
|
10 biji limau
kasturi
|
Cara memasak:
|
||
Campurkan kesemua bahan B,
dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di
perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama
15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu
kukus/bakar selama 20 minit
|
Tandoori Kurau
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara:
|
3 keping ikan kurau
1 biji liamu purut
1 sudu besar halia
(dicincang halus)
2 biji bawang putih
(dicincang halus)
5 sudu besar
yoghurt
1 sudu kecil serbuk cili
10 gm serbuk ketumbar
10 gm jintan halus
Setangkai daun ketumbar
(dipotong halus)
Garam dan lada hitam
secukup rasa
2 sudu besar minyak
sapi
|
1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk
cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
2. Ikan kurau dibersihkan dan perap
sekurang-kurangnya tiga jam.
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan
panggang selama 15 hingga 20 minit.
4. Hidangkan bersama roti atau nasi.
|
Tom Yam
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
Ayam - 1/4 ekor (dipotong
kecil)
Daging - 250 gm (dipotong
kecil)
Udang - terpulang pada
tukang masak
Bahan A –
Blenderkan Halia
3 inci Bawang merah
6 ulas Cili api
20 biji (seeloknya yg dah
masak berwarna merah)
Bahan-bahan lain
Minyak masak - 1/5
cawan
Serai - 6 btg serai
(diketuk) - lebih pun boleh
Lobak merah - 2 btg
(dipotong)
Bunga kubis - 150
gram
Putik jagung - 2
bungkus
Tomato - 3 biji (potong
4)
Bawang besar - 3 biji
(potong 4)
Daun limau purut - 3 atau
4 helai
Limau nipis - ambil
airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg
dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu
untuk tambahkan kepedasan)
Sos ikan - dalam 1 atau 2
sudu
Air
Garam
Bahan perasa - jika
berminat
|
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan
bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis
sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak
sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak
lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali
ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi
hingga air mengelegak.
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga
kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan
dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati).
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta
batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan
mengelegak.... dan tutupkan api.
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau....
Seimbangkan rasa masin dan masam.....
|
Nasi Ayam Hakka
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap
Camel)
Minyak Bijian Bawang
merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil
Ajinamoto
Sedikit lada putih
|
1.
Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu
lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha
ayam dengan senang dapat ditembusi.
2.
Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur
kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
3.
Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar
barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu
kita memotong ketika panas.
4.
Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita
tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci
lebih dari paras beras)
5.
Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu
garing).
6.
Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam,
Ajinamoto dan lada putih.
7.
Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
|
Mee Rebus
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
1 paket mee kuning -
celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh -
celur
Sedikit daun sup - hiris
nipis
Sedikit daun bawang -
hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng
dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau -
dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi
- di belah dua
Telur rebus - belah
dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk
menumis
4 sudu cili kering yang
di kisar
3 biji bawang merah -
kisar
3 sudu lengkuas yang di
kisar
4 batang serai dikisar
halus
2 biji bawang putih -
kisar
RM 3 udang kering - kisar
- lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup -
direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah -
direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup
rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah
|
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas,
serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak
dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air
rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan
tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan
dimakan.....
|
Gulai Tempoyak Ikan
Kembung
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
1 kg ikan kembung
(dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji
cili padi
Serbuk kunyit
Garam
|
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam
periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya
tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk
dihidang.
|
Ayam Golek Seri Pahang
|
|
Bahan-Bahan:
|
Cara memasak:
|
1 ekor ayam
(dibersihkan)
300 gm bawng merah
(dikisar halus)
5 cm halia
(dititik)
2 sudu besar rempah kari
ayam 2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut
(diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup
rasa
|
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari,
garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian
didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan
kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api
selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah
yang selebihnya.
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa
tersendiri. hidangkan bersama minuman,
|
Kari Kepala Ikan
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia
(dikisar)
30 gm bawang putih
(dikisar)
50 gm cili kering
(dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih
30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada
putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan
kelapa
20 gm garam
10 biji kacang
bendi
6 biji terung
|
1.
Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah
yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2.
Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau
hingga sebati.
3.
Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh
masak.
4.
Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa
secukup rasa.
|
Black Pepper Steak
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
1/2 kg daging
(sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam
biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang
oomph!)
1 batang lobak merah
(dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap
manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar
(dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang
(kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah
buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato
(dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung
jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau
secukup rasa
2 sudu besar minyak
masak
|
1.
Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan
ketepikan.
2.
Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada
hitam.
3.
Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air
ke dalam periuk yang dalam.
4.
Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan
kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
5.
Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu.
Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6.
Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato
berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup
rasa.
7.
Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8.
Siap untuk dihidang.
Tips:
1.
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan
french fries.
|
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
1 kg ikan kembung
(dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji
cili padi
Serbuk kunyit
Garam
|
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam
periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya
tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk
dihidang.
|
Asam Pedas Tumis (Melaka)
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
ikan
serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo
melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan
parang
7/8 ulas bawang
merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki
belacan
kunyit hidup sebesar ibu
jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah
diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar
kerisik(kelapa goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar
separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa ajinomoto jika
suka.
|
1.
Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2.
kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan
belacan tumbukkan juga.
3.
Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4.
Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak
boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
5.
Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk
tadi.kacau.
6.
Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah
pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
7.
Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat
sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8.
Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah
nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
9.
Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang
telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
|
Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya
mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna
ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya
mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...
|
Soto Ayam
|
|
|
Bahan A
|
Bahan B
|
Bahan c
|
1 ekor ayam di potong
ikut suka
3 biji bawang besar
(potong 4)
5 ulas bawang putih (di
ketuk je)
2 inci halia (di
mayang)
2 ketul sub bunjut (cap
apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga
cengkeh, bunga lawang, kayu manis)
|
10 bijik bawang
merah
|
Daun sup dan daun
Bawang
Di potong dan masukkan
dalam sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi
(kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula
|
Cara memasak:
|
Cara memasak:
|
Cara memasak:
|
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah
sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
|
1.
Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum
digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat
2.
Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang
dah masak tu.
3.
Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
|
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah
lumat
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang
kicap, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .
|
NASI PAPRIK
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
5 pinggan nasi putih
panas
1/2 kilo isi
ayam/daging
6 biji cili api,
dihiris
3 ulas bawang merah,
dimayang halus
2 ulas bawang putih,
dimayang
1/2 btg serai
dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang
dipotong
2 sudu bawang
goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak
masak
|
1.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila
kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,
serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
2.
Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi
putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
|
Nasi Dagang
|
||||
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
|||
5 cawan beras nasi dagang
ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan
pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah
kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih,
mayang halus
1½ inci halia, dihiris
halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup
rasa.
|
1. Didihkan air didalam periuk kukusan
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula
dan garam
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih
(seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam
pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke
dalam sebuah mangkuk besar
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata
dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih,
halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal
kelapa.
|
|||
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang
|
||||
Bahan A
|
Bahan B
|
Cara memasak:
|
||
Dua ekor ikan tongkol
sederhana besar
5 keping asam
gelugor
2 inci halia, ditumbuk
kasar
3 ulas bawang merah
kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih,
ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan
sesudu teh gula
Air untuk merebus
(sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
|
Santan pekat dari satu
biji kelapa
3 keping asam
gelugor
5 ulas bawang merah
kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih,
ditumbuk
1 inci halia,
ditumbuk
Satu peket rempah kari
Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh
(kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair,
dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/
kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk
menumis
|
Rebus bahan A sehingga
masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan
ketepikan.
Pijarkan minyak di dalam
periuk
Tumiskan bawang, bawang
putih dan halia, sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan
cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang
telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal
kelapa). Biarkan mendidih
Masukkan santan pekat dan
asam gelugor
Bila mendidih masukkan
gula merah
Masukkan garam dan
sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15
minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
|
||
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
|
||||
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
|||
Kelapa parut (sebiji),
disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung
(manisan)
Sekeping ikan tongkol
rebus, asingkan isinya sahaja
|
Tumbuk semua bahan-bahan
sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka
terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai
ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan
acar timun.
|
|||
Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering
(buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih
(diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering,
direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus
juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus
(dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka,
potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka,
hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula
pasir
3 - 4 cawan air rebusan
daging
1 sudu makan sos
tiram
Telur ayam (mengikut
jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk
menumis
Lain lain perencah e.g.
daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan
mengikut individual preference.
Daun sadri & daun
bawang, jika suka (dihiris)
|
1. Blend cili kering, udang kering & air
rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan
sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15
jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging
dan garam. Biar sehingga pekat.
Tips
1. Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap
masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu
orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur,
sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan
mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak
diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.
|
Gulai nenas ikan kering orang utara
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak :
|
1 paket serbuk kari ikan
/ ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang
kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk
menumis
|
1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama
dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan
santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai
tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam
kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama
minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk
tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.
|
Ayam Bercili masak ketumbar
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit
gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang
putihditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji
ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
di mesin halus
4 sudu besar cili
mesin/cili boh
2 asam keping
|
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing
bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat
sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan
bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah
minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis
yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang
sederhana).
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan
sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan.
Hidangkan
|
Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
|
|
Bahan-bahan:
|
Cara memasak:
|
1 ekor ayam (ayam
kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
30 ulas cili api/padi
(ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai
(dititik)
santan (dr sebiji
kelapa)
2-3 ulas bawang putih
& merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)
|
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih
& merah selumat2nya..
2. Bahan g tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali
beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam vdengan bahan2 tadi supaya mesra
hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit
minyak
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak
perlu..nanti tak pure)
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu
bolehlah ditutup apinya..
|
Nota:
Kalau suka kentang, boleh
masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia
cepat empuk.
|
Boleh la cuba satu persatu kan... Setiap hari satu, mesti menarik Ramadhan kali ni... Cukuplah sehari satu, banyak-banyak takut tak termakan dan membazir kan... Selamat mencuba...
Diedit dari Whatsapp Group
hari tu saya terdelete resipi yang maria share kat grop
BalasPadamnasib maria tulis kat blog, blh bookmarked =)
enak-enak belaka resepi untuk sebulan sepanjang bulan ramadhan :-)
BalasPadam