بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
30 Resepi Untuk Sebulan Sepanjang Ramadhan! | Ramadhan hampir tiba... Bagi ibu-ibu dan isteri-isteri, mula memikirkan resepi juadah sepanjang Ramadhan kan... Zaman GST, tak boleh lagi nak harapkan bazar sepanjang sebulan... Perlu turun ke dapur.. Sehari satu juadah pun dah cukup.. Kerana Ramadhan, mengajar kita tak membazir dan besederhana dalam menikmati makanan dan rezeki Allah... Di sini, MF nak kongsikan 30 resepi sepanjang bulan Ramadhan... Setiap hari, boleh cuba satu resepi... 
| 
Ayam Panggang Bermadu | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
1kg kepak ayam  
1 senduk besar minyak
  bijan  
2 senduk besar madu
  (kalau u suka manis, tambahkan lagi )  
sedikit serbuk lada sulah
  (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)  
sedikit garam secukup
  rasa | 
1.  Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan,
  serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan
  selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....  | 
| 
Udang Masak Serai Wangi  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak:  | 
| 
600 gm udang harimau -
  digoreng setengah masak 
4 batang serai  
100 gm cili kering  
100 gm bawang merah  
100 gm cili merah  
70 gm bawang putih  
70 gm halia muda  
3 sudu besar pati asam
  jawa  
30 gm belacan bakar  
100 gm pati santan  
Garam dan gula secukup rasa  | 
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah,
  cili merah, bawang putih dan halia muda.  
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa
  dan sedikit santan cair.  
3.   Masak atas api sederhana hingga kuah
  pekat  
4.   Masukkan pati santan dan udang.  
5.   Masak hingga naik bau.  | 
| 
Ikan Siakap Kukus  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
1 ekor ikan siakap
  sederhana besar  
3 sudu besar sos
  tiram  
2 susu besar sos
  cili  
2 susu besar sos
  tomato  
1 sudu gula  
4cm halia -
  dimayang  
3 ulas bawang putih -
  dimayang  
3 ulas bawang besar -
  dimayang  
3 tangkai daun
  sup(saderi)  
1/2 biji limau
  nipis  
garam secukup rasa  | 
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus
  lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).  
2.  Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan
  yang dimayang tadi.  
3.   Tuang ketiga-tiga sos tadi.  
4.   Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur
  hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.  | 
| 
Ikan Masak Berlada  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
3 ~ 4 ekor ikan
  sembilang  
10 biji cili merah -
  dikisar  
2 batang serai -
  dititik  
1 ulas bawang besar -
  dimayang kasar  
2 ulas bawang putih -
  ditumbuk  
1 inci halia -
  ditumbuk  
air limau kasturi  
sedikit garam dan gula
  secukup rasa  | 
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan
  kunyit. Goreng dan ketepikan.  
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan
  bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum
  (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan
  biar sampai pecah minyak.  
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan
  gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga
  agak layu.  
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum
  dihidangkan.  | 
| 
Ikan Kerapu Masak Asam Manis  | ||
| 
Bahan-bahan A:  | 
Bahan-bahan B:  | 
Cara memasak: | 
| 
1 ekor ikan kerapu  
120gram tepung
  jagung  
1 biji telur ayam  
Sedikit minyak  
(untuk goreng)  
Garam secukup rasa  | 
5 ulas bawang merah -
  dikisar  
5 ulas bawang putih -
  dikisar  
3cm halia  
1 batang serai -
  dititik  
1 helai daun pandan  
3 sudu cili sos  
1 sudu cili giling  
Sedikit kunyit
  hidup  
3 sudu tomato sos  
3 cawan air  
Sedikit cuka masak  
Garam secukup rasa  | 
1.     Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga
  rangup.  
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang
  merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.  
3.  Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik
  minyak.  
4.  Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau
  sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.  
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas
  hidangan tadi. 
Untuk hiasan:  
1.      
  Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun. | 
| 
Ayam Masak Cendawan Ala Cina  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
1/2 ekor ayam  
8 keping Cendawan hitam -
  direndam 1/2 jam  
1 inci halia -
  dihiris  
1 biji bawang besar -
  dihiris  
6 ulas bawang putih -
  dicincang  
4 ~ 5 tangkai cili
  padi  
Sedikit kicap lemak
  manis  
Sedikit sos tiram  | 
1.     
  Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut
  ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).  
2.     
  Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah
  kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.  
3.     
  Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga
  naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.  
4.     
  Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak
  payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat
  masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.  
5.     
  Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).  
6.     
  Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan
  biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit). | 
| 
Pajeri Nenas  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
Rempah tumis (Kulit kayu
  manis,bunga lawang, pelaga)  
Sedikit serbuk
  kunyit  
4 biji bawang merah
  ]  
2 biji bawang putih ]
  Dihiris memanjang  
Biji sawi  
gula sikit  
garam secukup rasa  
Lada merah/&hijau
  dibelah memanjang (jgn sampai putus)  
Nenas dipotong bulat dan
  4, rebuskan dan ditoskan air  | 
1.     
  Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila
  naik bau masukle serbuk kunyit.  
2.     
  Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam
  secukup rasa.  
3.     
  lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie
  tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu
  sikit-sikit). | 
| 
Mee Hailam  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
1 kg mee/kueh teow/mee
  hoon (6/8 orang)  
6 biji bawang putih
  (tumbuk/penyekkan)  
rencah
  ayam/udang/sotong  
sos tiram  
garam secukup rasa  
6 biji cili api  
3 sudu besar tepung
  jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)  
sayur (kobis
  bunga/sawi/carrot/baby corn)  | 
1.   Tumiskan bawang putih dan cili api.  
2.   Kalau dah garing letakan rencah, kemudian
  letak air 3 cawan dan garam secukupnya.  
3.   Masukkan sos tiram setengah botol kecil.  
4.   Kemudian masukkan air tepung jagung utk
  pekatkan kuah.  
5.   Masukkan sayur2 an dan mee.  | 
| 
Ketam Bertelur  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
2 ekor ketam yang agak
  besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.  
3 sudu sos tiram  
3 sudu sos cili  
3 sudu cili yang dah
  diblend  
7 ulas bawang merah  
1 ulas bawang putih yang
  agak besar  
sepotong halia  
sebiji telur  
garam  
sedikit gula  
sedikit minyak untuk
  menumis  
bawang besar  | 
1.    Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan
  halia tumiskan sehingga bangkit baunya  
2.    Masukkan secawan air  
3.    MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10
  minit  
4.    Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa  
5.    Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan
  telur yang dah dipukul,  
6.    Kacau cepat-cepat supaya telur tak
  berketul.  | 
| 
Ayam Kepak Masak Minyak Bijan  | |
| 
Bahan -bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
Beberapa ketul kepak
  ayam/drumstick ke apa2 lah  
Sesame oil/Minyak bijan  
Serbuk lada hitam  
Fish sauce/Sos ikan  
Bawang putih 5 ulas (
  Potong nipis2)  
Sos tiram  | 
1.    Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos
  tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih
  yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.  
2.    Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada
  hitam (terpulang ikut kepedasan).  
3.    Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang
  30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam
  tadi.  | 
| 
Nehari (Kari Kambing Kashmir)  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
1 camca besar garam
  masala  
4 ulas bawang putih
  dicincang halus  
2 cm halia dicincang
  halus sedikit garam  
2 camca kecil serbuk
  cili  
1 camca besar serbuk
  ketumbar  
1/2 camca kecil serbuk
  buah pala  
1 camca besar serbuk
  jintan kasar  
1 camca besar
  paparika  
4 labu bawang besar
  dihiris nipis  
1kg daging kambing didadu
  ( Bahagian kaki )  
150ml Tairu  
2 camca besar tomato
  puri  
1/2 cawan kacang dhal
  direbus sampai lembut dan dimesin  
1/2 cawan daun ketumbar
  dicincang halus  
2 biji cili hijau dihiris  
Minyak Vesawit untuk
  menggoreng  
Air secukupnya  
Garam secukup rasa  | 
1.    Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam
  dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan.
  Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di
  masukkan semula daging tadi.  
2.    Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam
  daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.  
3.    Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk.
  Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.  | 
| 
Ikan Tiga Rasa  | |
| 
Bahan-bahan  | 
Cara memasak: | 
| 
1 ekor ikan siakap /
  kerapu  
sedikit bawang putih
  (ditumbuk)  
1 inci halia  
2 biji tomato (agak
  masak)  
6 biji cili merah  
10 biji cili padi  
2 sudu sos tiram  
2 sudu sos cili  
1 sudu sos tomato  
sedikit gula, garam  
bhn utk dikisar  | 
1.      
  Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang).
  Toskan minyak.Ketepikan.  
2.      
  Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar  
3.      
  Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air  
4.      
  Tuang atas ikan  | 
| 
Ikan Pari Lemas!!!! | ||
| 
Bahan A:  | 
Bahan B:  | 
Bahan C:  | 
| 
1 bahagian ikan pari yang
  telah di potong (sederhana besar)  
- di basuh bersih  
- sediakan besen sebagai
  acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi,
  kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak
  koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang
  nak balut ikan pari tu.  
- letak ikan pari ke atas
  acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)  | 
5 biji bawang putih di
  hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)  
2 biji bawang besar di
  belah dua dan di mayang halus  
2 batang serai di mayang
  halus  
1 helai daun limau purut
  di koyak empat  
25 biji cili padi di
  mayang halus  
halia sebesar ibu jari
  kaki di hiris nipis dan di potong memanjang  
1biji cili besar (merah)
  di mayang dan dicincang halus  
3 sudu besar minyak
  masak  
2 sudu besar sos minyak
  ikan  
sedikit ajinamoto  
1/2 sudu kecil
  garam  
1/4 sudu kecil gula  | 
10 biji limau
  kasturi  | 
| 
Cara memasak:  | ||
| 
Campurkan kesemua bahan B,
  dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di
  perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama
  15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu
  kukus/bakar selama 20 minit  | ||
| 
Tandoori Kurau  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara: | 
| 
3 keping ikan kurau  
1 biji liamu purut  
1 sudu besar halia
  (dicincang halus)  
2 biji bawang putih
  (dicincang halus)  
5 sudu besar
  yoghurt  
1 sudu kecil serbuk cili
  10 gm serbuk ketumbar  
10 gm jintan halus  
Setangkai daun ketumbar
  (dipotong halus)  
Garam dan lada hitam
  secukup rasa  
2 sudu besar minyak
  sapi  | 
1.    Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk
  cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.  
2.    Ikan kurau dibersihkan dan perap
  sekurang-kurangnya tiga jam.  
3.    Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan
  panggang selama 15 hingga 20 minit.  
4.    Hidangkan bersama roti atau nasi.  | 
| 
Tom Yam  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
Ayam - 1/4 ekor (dipotong
  kecil)  
Daging - 250 gm (dipotong
  kecil)  
Udang - terpulang pada
  tukang masak  
Bahan A –  
Blenderkan Halia  
3 inci Bawang merah  
6 ulas Cili api  
20 biji (seeloknya yg dah
  masak berwarna merah)  
Bahan-bahan lain  
Minyak masak - 1/5
  cawan  
Serai - 6 btg serai
  (diketuk) - lebih pun boleh  
Lobak merah - 2 btg
  (dipotong)  
Bunga kubis - 150
  gram  
Putik jagung - 2
  bungkus  
Tomato - 3 biji (potong
  4)  
Bawang besar - 3 biji
  (potong 4)  
Daun limau purut - 3 atau
  4 helai  
Limau nipis - ambil
  airnya, dan ikut keperluan  
Batang saleri - 2/3 btg
  dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu
  untuk tambahkan kepedasan)  
Sos ikan - dalam 1 atau 2
  sudu  
Air  
Garam  
Bahan perasa - jika
  berminat  | 
1.    Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan
  bahan2 yang dikisar (Bahan A).  
2.    Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis
  sehingga pecah minyak. 
3.    Masukkan daging yang telah dipotong. Masak
  sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !  
4.    ditambah, hanya utk menyempokkan daging.  
5.    Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak
  lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali
  ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.  
6.    Masukkan udang jika berminat. Masak lagi
  hingga air mengelegak.  
7.    Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga
  kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan
  dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati).  
8.    Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta
  batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan
  mengelegak.... dan tutupkan api.  
9.    Akhir sekali masukkan perahan air limau....
  Seimbangkan rasa masin dan masam.....  | 
| 
Nasi Ayam Hakka  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
1 ekor ayam segar  
Kicap cair (Cap
  Camel)  
Minyak Bijian Bawang
  merah 1 biji  
Bawang putih 3 biji  
1 ketul kecil halia  
Beras 2 tin susu  
1 sudu besar garam  
1 sudu kecil
  Ajinamoto  
Sedikit lada putih  | 
1.      
  Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu
  lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha
  ayam dengan senang dapat ditembusi.  
2.      
  Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur
  kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.  
3.      
  Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar
  barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu
  kita memotong ketika panas.  
4.      
  Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita
  tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci
  lebih dari paras beras)  
5.      
  Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu
  garing).  
6.      
  Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam,
  Ajinamoto dan lada putih.  
7.      
  Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam. | 
| 
Mee Rebus  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
1 paket mee kuning -
  celur  
Bahan sayuran:  
50 sen Taugeh -
  celur  
Sedikit daun sup - hiris
  nipis  
Sedikit daun bawang -
  hiris nipis  
Bawang goreng  
4 keping tahu di goreng
  dan dihiris nipis.  
5 biji Cili hijau -
  dihiris nipis  
Limau nipis/limau kasturi
  - di belah dua  
Telur rebus - belah
  dua  
Bahan-bahan kuah:  
Sedikit minyak untuk
  menumis  
4 sudu cili kering yang
  di kisar  
3 biji bawang merah -
  kisar  
3 sudu lengkuas yang di
  kisar  
4 batang serai dikisar
  halus  
2 biji bawang putih -
  kisar  
RM 3 udang kering - kisar
  - lagi banyak lagi sedap.  
300gm udang hidup -
  direbus dan kisar halus  
1 kg ubi keledek merah -
  direbus dan blender halus  
3 sudu gula atau secukup
  rasa  
garam secukup rasa  
Sedikit ajinomoto  
4 sudu sos tomato  
Air - agak-agaklah  | 
1.    Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas,
  serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak
  dan berbau wangi.  
2.    Masukkan udang hidup yang dikisar dan air
  rebusannya sekali.  
3.    Masukkan keledek yang telah dikisar dan
  tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.  
4.    Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan
  dimakan..... | 
| 
Gulai Tempoyak Ikan
  Kembung  | |
| 
Bahan-bahan: | 
Cara memasak: | 
| 
1 kg ikan kembung
  (dipotong dua)  
1 ikat taugeh kasar  
1 cawan tempoyak  
1 batang serai 10 biji
  cili padi  
Serbuk kunyit  
Garam  | 
1.   Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam
  periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik. 
2.   Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya
  tidak terlalu pekat.  
3.   Masukkan serbuk kunyit dan garam  
4.   Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk
  dihidang. | 
| 
Ayam Golek Seri Pahang  | |
| 
Bahan-Bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
1 ekor ayam
  (dibersihkan)  
300 gm bawng merah
  (dikisar halus)  
5 cm halia
  (dititik)  
2 sudu besar rempah kari
  ayam 2 keping asam gelugur  
2 biji kelapa parut
  (diperah 3 cawan santan)  
Garam dan gula secukup
  rasa  | 
1.    Satukan bawang merah, serai, serbuk kari,
  garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian
  didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.  
2.    Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan
  kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak. 
3.    Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api
  selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah
  yang selebihnya.  
4.    Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa
  tersendiri. hidangkan bersama minuman,  | 
| 
Kari Kepala Ikan  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
1 kg kepala ikan  
50 gm bawang merah  
30 gm halia
  (dikisar)  
30 gm bawang putih
  (dikisar)  
50 gm cili kering
  (dikisar)  
50 gm ketumbar  
40 gm serbuk jintan putih
  30 gm serbuk kaskas  
10 gm serbuk lada
  putih  
40 gm serbuk kunyit  
1 liter santan
  kelapa  
20 gm garam  
10 biji kacang
  bendi  
6 biji terung  | 
1.      
  Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah
  yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.  
2.      
  Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau
  hingga sebati.  
3.      
  Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh
  masak.  
4.      
  Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa
  secukup rasa. | 
| 
Black Pepper Steak  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
1/2 kg daging
  (sebaik-baiknya batang pinang)  
5 ulas bawang merah  
2 ulas bawang putih  
1/2 inci halia  
1 sudu teh lada hitam
  biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang
  oomph!)  
1 batang lobak merah
  (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)  
1/2 cawan kicap
  manis  
1 cawan air  
1 ulas bawang besar
  (dihiris membulat setebal 1/4 inci)  
1/2 cawan cendawan butang
  (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah
  buat apa-apa lagi dah) 
1 biji buah tomato
  (dibelah 4 atau 6)  
1/2 sudu teh tepung
  jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)  
1/2 sudu teh gula atau
  secukup rasa  
2 sudu besar minyak
  masak  | 
1.      
  Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan
  ketepikan.  
2.      
  Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada
  hitam.  
3.      
  Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air
  ke dalam periuk yang dalam.  
4.      
  Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan
  kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).  
5.      
  Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu.
  Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.  
6.      
  Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato
  berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup
  rasa.  
7.      
  Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.  
8.      
  Siap untuk dihidang. 
Tips:  
1.      
  Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan
  french fries.  | 
| 
Gulai Tempoyak Ikan Kembung  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
1 kg ikan kembung
  (dipotong dua)  
1 ikat taugeh kasar  
1 cawan tempoyak  
1 batang serai 10 biji
  cili padi  
Serbuk kunyit  
Garam  | 
1.    Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam
  periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik. 
2.    Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya
  tidak terlalu pekat.  
3.    Masukkan serbuk kunyit dan garam  
4.    Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk
  dihidang.  | 
| 
Asam Pedas Tumis (Melaka)  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
ikan
  serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo
  melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan
  parang  
7/8 ulas bawang
  merah  
2 ulas bawang putih  
sebesar ibu jari kaki
  belacan  
kunyit hidup sebesar ibu
  jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)  
air asam jawa  
cili yang telah
  diblander(dapat yang digiling lebih sedap)  
2 sudu besar
  kerisik(kelapa goreng)  
sedikit halba  
sedikit halia (sebesar
  separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.  
garam secukup rasa  
perasa ajinomoto jika
  suka.  | 
1.      
  Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.  
2.      
  kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan
  belacan tumbukkan juga.  
3.      
  Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.  
4.      
  Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak
  boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.  
5.      
  Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk
  tadi.kacau.  
6.      
  Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah
  pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.  
7.      
  Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat
  sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.  
8.      
  Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah
  nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.  
9.      
  Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.  
10.   Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang
  telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.  
11.   Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa. | 
| 
Tips :  
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya
  mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna
  ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya
  mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...  | |
| 
Soto Ayam  |  | |
| 
Bahan A  | 
Bahan B  | 
Bahan c  | 
| 
1 ekor ayam di potong
  ikut suka  
3 biji bawang besar
  (potong 4)  
5 ulas bawang putih (di
  ketuk je)  
2 inci halia (di
  mayang)  
2 ketul sub bunjut (cap
  apa pun tak kisah)  
sedikit kayu kayan (bunga
  cengkeh, bunga lawang, kayu manis)  | 
10 bijik bawang
  merah  | 
Daun sup dan daun
  Bawang  
Di potong dan masukkan
  dalam sup tu.  
Sambal kicap  
Bahan-bahan:  
20 bijik cili api  
2 bijik limau kasturi
  (kalau limau nipis 2 belah)  
2 ulas bawang putih  
kicap  
sikit gula  | 
| 
Cara memasak: | 
Cara memasak: | 
Cara memasak: | 
| 
1.    Semua bahan A nie hendaklah direbus  
2.    Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah
  sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit. | 
1.      
  Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum
  digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat  
2.      
  Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang
  dah masak tu.  
3.      
  Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang. | 
1.    Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah
  lumat  
2.    Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang
  kicap, gula dan perahkan limau.  
3.    Sedia untuk dimakan . | 
| 
NASI PAPRIK  | |
| 
Bahan-bahan: | 
Cara memasak: | 
| 
5 pinggan nasi putih
  panas  
1/2 kilo isi
  ayam/daging  
6 biji cili api,
  dihiris  
3 ulas bawang merah,
  dimayang halus  
2 ulas bawang putih,
  dimayang  
1/2 btg serai
  dihiris  
5 sudu sos cili  
2 sudu sos tomato  
1 sudu sos tiram  
3 btg kacang panjang
  dipotong  
2 sudu bawang
  goreng  
Garam secukup rasa  
sedikit minyak
  masak  | 
1.      
  Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila
  kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,
  serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.  
2.      
  Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi
  putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan. | 
| 
Nasi Dagang  | ||||
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | |||
| 
5 cawan beras nasi dagang
  ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)  
2 cawan santan
  pekat  
4 cawan santan cair  
2 sudu besar halba  
10 ulas bawang merah
  kecil, mayang halus  
6 ulas bawang putih,
  mayang halus  
1½ inci halia, dihiris
  halus (seperti batang mancis)  
Garam dan gula secukup
  rasa.  | 
1.    Didihkan air didalam periuk kukusan  
2.    Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula
  dan garam  
3.    Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih
  (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus  
4.    Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam
  pengukus dan kukus sehingga beras masak  
5.    Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke
  dalam sebuah mangkuk besar  
6.    Semasa masih panas panas, gaul rata-rata
  dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih,
  halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.  
7.    Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal
  kelapa. | |||
| 
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang  | ||||
| 
Bahan A | 
Bahan B | 
Cara memasak: | ||
| 
Dua ekor ikan tongkol
  sederhana besar  
5 keping asam
  gelugor  
2 inci halia, ditumbuk
  kasar  
3 ulas bawang merah
  kecil, ditumbuk kasar  
3 ulas bawang putih,
  ditumbuk kasar  
Sesudu makan garam dan
  sesudu teh gula  
Air untuk merebus
  (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)  | 
Santan pekat dari satu
  biji kelapa  
3 keping asam
  gelugor  
5 ulas bawang merah
  kecil, ditumbuk  
4 ulas bawang putih,
  ditumbuk  
1 inci halia,
  ditumbuk  
Satu peket rempah kari
  Adabi, dibuat pes  
Satu sudu makan cili boh
  (kalau tak suka pedas, tinggalkan)  
1 cawan santan cair,
  dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.  
2 sudu makan gula merah/
  kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")  
Garam secukup rasa  
Minyak untuk
  menumis  | 
Rebus bahan A sehingga
  masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan
  ketepikan.  
Pijarkan minyak di dalam
  periuk  
Tumiskan bawang, bawang
  putih dan halia, sehingga naik bau  
Masukkan rempah kari dan
  cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak  
Masukkan santan cair yang
  telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal
  kelapa). Biarkan mendidih  
Masukkan santan pekat dan
  asam gelugor  
Bila mendidih masukkan
  gula merah  
Masukkan garam dan
  sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)  
Biarkan renih selama 15
  minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang. | ||
| 
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang  | ||||
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak:  | |||
| 
Kelapa parut (sebiji),
  disangrai sehingga perang  
4 sudu makan gula kabung
  (manisan)  
Sekeping ikan tongkol
  rebus, asingkan isinya sahaja  | 
Tumbuk semua bahan-bahan
  sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka
  terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai
  ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan
  acar timun.  | |||
| 
Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)  | |
| 
Bahan-bahan: | 
Cara memasak: | 
| 
1 kg mee kuning  
10 tangkai cili kering
  (buang biji dan rebus, toskan) 
1 labu bawang putih
  (diketuk)  
5 biji bawang merah  
½ cawan udang kering,
  direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus
  juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)  
½ cawan udang hidup  
1 cawan daging rebus
  (dipotong nipis)  
Sawi (sukatan ikut suka,
  potong anggaran 1 inci)  
Kobis (sukatan ikut suka,
  hiris kasar)  
¾ - 1 cawan gula
  pasir  
3 - 4 cawan air rebusan
  daging  
1 sudu makan sos
  tiram  
Telur ayam (mengikut
  jumlah hidangan)  
Garam secukup rasa  
Minyak untuk
  menumis  
Lain lain perencah e.g.
  daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan
  mengikut individual preference.  
Daun sadri & daun
  bawang, jika suka (dihiris)  | 
1.   Blend cili kering, udang kering & air
  rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.  
2.   Pijarkan sedikit minyak didalam kuali  
3.   Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan
  sampai garing  
4.   Masukkan sos tiram  
5.   Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15
  jika ada).  
6.   Masukkan batang sawi dan air rebusan daging
  dan garam. Biar sehingga pekat. 
Tips 
1.   Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap
  masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.) 
1.   Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu
  orang makan)  
2.   Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur,
  sehingga separuh keras.  
3.   Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan
  mee kuning untuk satu orang makan  
4.   Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak
  diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.  
5.   Hidangkan. | 
| 
Gulai nenas ikan kering orang utara  | |
| 
Bahan-bahan: | 
Cara memasak : | 
| 
1 paket serbuk kari ikan
  / ikan kering  
1 biji nenas  
Isi / tulang ikan talang
  kering  
Santan  
garam  
bawang merah  
daun kari  
minyak untuk
  menumis  | 
1.    Ikan talang direndam.  
2.    Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama
  dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan
  santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.  
3.    Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai
  tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)  
4.    Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam
  kuali bersama-sama dengan daun kari.  
5.    Setelah garing masukkan bawang bersama-sama
  minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.  
6.    Kacau sebentar kemudian tutup periuk
  tadi.  
7.    Siap dan boleh dimakan.  | 
| 
Ayam Bercili masak ketumbar  | |
| 
Bahan-bahan: | 
Cara memasak: | 
| 
1/2 kg ayam  
Serbuk kunyit
  gaulkan  
Sedikit garam  
6 biji bawang kecil  
3 ulas bawang
  putihditumbuk lumat  
sedikit halia  
4 sudu besar biji
  ketumbar  
1 sudu kecil jintan manis
  di mesin halus  
4 sudu besar cili
  mesin/cili boh  
2 asam keping  | 
1.   Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing
  bolehlah diangkat dan ketepikan.  
2.   Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat
  sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan
  bahan yang hendak dibuat sambalnya).  
3.   Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah
  minyak.  
4.   Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis
  yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang
  sederhana).  
5.   Masukkan asam keping, sedikit garam dan
  sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan.
  Hidangkan  | 
| 
Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style  | |
| 
Bahan-bahan:  | 
Cara memasak: | 
| 
1 ekor ayam (ayam
  kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))  
30 ulas cili api/padi
  (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)  
1 inci kunyit hidup  
2-3 batang serai
  (dititik)  
santan (dr sebiji
  kelapa)  
2-3 ulas bawang putih
  & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir) | 
1.   Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih
  & merah selumat2nya..  
2.   Bahan g tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali
  beserta serai yang dititik  
3.   Kecutkan ayam vdengan bahan2 tadi supaya mesra
  hingga kering airnya 
4.   Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit
  minyak  
5.   Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak
  perlu..nanti tak pure)  
6.   Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu
  bolehlah ditutup apinya.. | 
| 
Nota: 
Kalau suka kentang, boleh
  masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia 
cepat empuk. | |
Boleh la cuba satu persatu kan... Setiap hari satu, mesti menarik Ramadhan kali ni... Cukuplah sehari satu, banyak-banyak takut tak termakan dan membazir kan... Selamat mencuba...
Diedit dari Whatsapp Group


 
 

hari tu saya terdelete resipi yang maria share kat grop
BalasPadamnasib maria tulis kat blog, blh bookmarked =)
enak-enak belaka resepi untuk sebulan sepanjang bulan ramadhan :-)
BalasPadam