GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Video Bayi Didera dan Bayi Dikerat 15 Meregut Naluri Keibuan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dua kes melibatkan bayi beerlaku semalam... Kes pertama yang MF bayi ialah kes bayi dikerat 15 dan dibuang di dalam perangkap sampah. Kes itu berlaku di Johor Bahru... 

Sumber gambar: Sinar Harian
Johor Bahru: Mayat bayi dipotong 15 tanpa kepala dijumpai dalam perangkap sampah di pusat kumbahan sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kempas Permai di sini, pagi semalam. 
Mayat bayi itu ditemui oleh kontraktor kumbahan kira-kira 10.30 pagi ketika melakukan kerja mengambil sampah di perangkap sampah loji itu. 
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira 1.30 petang selepas penyelia syarikat kontraktor berkenaan mengesahkan bahagian anggota badan yang ditemui pekerjanya adalah bayi selepas ia dibasuh. 
"Ketika mengambil sampah, kontraktor menjumpai beberapa bahagian anggota badan yang terperangkap di perangkap sampah. 
"Apabila dikumpul dan dibasuh, ia adalah mayat bayi, namun kepala bayi berkenaan masih belum dijumpai," katanya. 
Beliau berkata, pihaknya kini giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti wanita yang baru melahirkan anak di kawasan perumahan itu serta klinik berdekatan. [HM]

Kes kedua, ialah video bayi didera.. Video dengan durasi 52 minit tu tersebar luas melalui laman sosial termasuk whatsapp.. MF ada juga tengok... Tak sanggup nak tengok.. Geram, sebak... dan tak tahu nak gambarkan camne perasaan tu... Video bayi tu dicampak, dilambung dan diganyang macam buat roti canai... bertambah sebak dengar tangisan bayi tu... minta simpati... Alllaaaaahhh... 

Sedih sangat bila berlaku kes macam ni... kemana pergi sifat perikemananusiaan seorang wanita?? Seorang ibu??? Ya Allah... kita ni dengar anak menangis dah tak tentu hala jawabnya.. apatah lagi nak biarkan dia sakit begitu...

Bila nafsu menjadi raja...
Bila hati dah dirasuk syaitan...
iman dah tiada..
akal dah takde makna.. 

Nak salahkan siapa??? huhu... MF tak nak salahkan sesiapa... tapi pedoman buat MF yang ada dua orang anak perempuan.. Tanggungjawab dan amanah yang berat untuk dipikul... nak didik, nak bimbing, nak dilembutkan hatinya.. agar imannya teguh dan tak mudah goyang dengan godaan dunia... bukan mudah.. tapi MF terima amanah Allah ini.. dan moga Allah beri kekuatan untuk kita didik anak-anak kita sebaiknya... 

Kes begini, begitu meregut hati dan perasaan MF sebagai ibu.. bahkan MF pasti semua ibu bapa punyai perasaan yang sama... Moga kita cari punca dan amik iktibar... 

11Ulasan

  1. bayi dikerat tu tak sanggup nak tengok..ingat ayam apa kerat-kerat gitu..hishh..

    BalasPadam
  2. X snaggup rasanya nak tgk berita pasal baby kena buang...
    Pastu tetibe terbaca yg kena kerat nie.. Geram jer raser..
    Kenapalah dia buat mcm tu.. kesian baby tuh..

    BalasPadam
  3. Allahu kesiannyaaaaa.. Tak sanggup ena nak tengok kalau ternampak videonya

    BalasPadam
  4. kesian bayi yang jadi mangsa kekejaman manusia berhati binatang ni.

    BalasPadam
  5. Kesian sangat..tak tergamak nak tgk..sedih..

    BalasPadam
  6. tak sanggup nk tgk...sgt la kejam :(

    BalasPadam
  7. kejam sungguh manusia zaman sekarang... siapa yg salah?

    BalasPadam
  8. tira tengok video tu separuh je MF. tak sampai hati. sedih! kes bayi dikerat tu pun memang buat panas hati. harap si pembunuh tu ke tali gantung cepat

    BalasPadam
  9. kan.
    sy ada tgk video baby yg kena pusing pusing tu..
    gerammmm sangat...

    smga ibunya itu mndpt hidayah.. aamiin

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ