Perut Hampir Terburai, Bekas Jahitan Bersalin CaeserianTerbuka!

Maria Firdz
6
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Seorang ibu muda berdepan detik cemas apabila bekas jahitan pada perutnya selepas bersalin melalui pembedahan, terbuka menyebabkan tali perut dan ususnya hampir terburai.

Kejadian itu berlaku ketika dia berada di rumahnya, di Liphook, Hamsphire, baru-baru ini.

Menurut laman web mirror.com, kesakitan yang ditanggung ibu muda itu, Sam Bell, tidak terhenti di situ sahaja, apabila dia terpaksa pula menunggu selama 40 minit sebelum ambulans tiba untuk membawanya ke hospital.

Tiga hari sebelum itu, ibu muda berusia 28 tahun itu dibenarkan keluar dari hospital selepas bersalin melalui pembedahan Caeserian di Hospital St. Hellier.

Beberapa hari kemudian, dia didatangi seorang bidan yang mahu membuka bekas jahitan pembedahan tersebut.
Katanya, ketika mahu membuka jahitan itu, dia merasakan ada sesuatu yang melekat pada perutnya.

“Ketika itu saya merasakan kesakitan seperti ada sesuatu yang tersekat pada bahagian perut saya, menyebabkan saya membuka seluar yang saya pakai.

“Saya terkejut melihat jahitan kesan pembedahan di perut saya sudah terbuka menyebabkan isi perut dan usus saya hampir terkeluar,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.

Dia kemudian terus menahan bahagian perut sambil menjerit memanggil suami dan bidan untuk meminta bantuan dan mereka terkejut melihat kejadian itu.

Bell kini berada dalam keadaan sihat selepas diberi rawatan dan sudah dibenarkan keluar hospital serta menjalani rawatan susulan di hospital berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Itulah risiko bersalin Czer kan.. Ngeri pula memikirkannya... bersalin normal pun da risikonya juga... Kedua-dua sama je... Bersalin normal atau czer..ada cabarannya... Ada risiko berkaitannya... itulah perjuangan seorang ibu untuk anaknya... 

Catat Ulasan

6Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. rasa takut pulak nak bersalin ni...harap dipermudahkan urusan bersalin nanti..insya allah

    BalasPadam
  2. takutnyer ... tp itulah wanita yang bergelar itu semua kesakitan akan hilang bila menatap wajah anaknyer ;) wahai anak-anak semua kasih dan hormatilah ibu anda okew ... tak der ibu tak der anda kat dunia nieee plusss ayah sekali ... huhuhuhuhhh

    BalasPadam
  3. Tu kata... kadang orang ingat czer ni biasa je... tapi bab jaga tu... aduhai... sha banyak kali kena bedah.... nak menjaganya azab kemain.... tapi bedah bukan sebab beranak laa.. pasal keluar masuk buah pinggang ^_^

    BalasPadam
  4. Allah....ngerinye dgr.mcm mn blh jd gtu huhuhu

    BalasPadam
  5. ritu sblm kuar spital doc buka plaster yg tmpl kt czer pstu x tmpal balik.boleh pi tnya ''x tbuka ka nanti x tmpal dgn plaster?'' huhuhu...risau sbb pestime czer.Rupanya mmg cmtu.xyh tmpal dah tp seksa ya amat bl nk bgn sbb sakit n tkut tbuka

    BalasPadam
  6. ngerinya...saya pun bersalin caeseran...syukur la sihat walafiat...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !