GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Langkah Mudah Untuk Berhenti Merokok!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

Rokok, walaupun tahu haram, tapi orang tetap isap, sebab dah ketagih kan.. Tapi itu bukan satu alasan untuk tak berhennti merokok... Kena juga usaha dan kuat semangat untuk berhenti... Berikut ada 5 langkah mudah, dalam usaha untuk berhenti merokok!

Teknik santai 
dan relaks
Jika sebelum ini tabiat merokok dijadikan cara untuk berdepan tekanan, gantikannya dengan aktiviti relaks dan santai yang mampu memberi kesan baik terhadap kesihatan. Antara teknik yang boleh membantu termasuk senaman pernafasan, relaks otot dan amalan berurut serta berlari di taman.

Terapi gantian nikotin
Dapatkan nasihat pakar kesihatan tentang kaedah terapi gantian nikotin untuk membantu mengurangkan ketagihan merokok. Produk-produk seperti semburan hidung nikotin dan ubat-ubatan seperti bupropion (Zyban) dan varenicline boleh didapati di farmasi. Namun, dapatkan saranan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil produk-produk tersebut.

Jauhi perkara yang mendatangkan keinginan
Keinginan terhadap tembakau boleh tercetus dalam pelbagai keadaan, persekitaran dan situasi berbeza. Seseorang itu mungkin cenderung untuk merokok ketika berada di dalam kereta, berdepan tekanan atau berada dalam kalangan rakan-rakan yang merokok. Oleh itu, cuba kenal pasti faktor keinginan anda untuk merokok dan cuba gantikan dengan kaedah selamat.

Kunyah gula-gula getah
Amalan mengunyah gula-gula getah terbukti membantu mengurang dan mencegah keinginan terhadap tabiat merokok. Cuba kunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi kandungan gula yang tinggi. Pada masa sama, selain gula-gula getah, anda juga boleh mengunyah kekacang seperti badam atau lobak merah mentah.

Dapatkan sokongan 
secara dalam talian
Dalam dunia teknologi yang semakin maju pada masa kini, perkongsian ilmu dilihat semakin mudah dan pantas. Kita terdedah dengan media sosial yang semakin ramai pengikutnya. Oleh itu, gunakan peluang ini dengan berkongsi maklumat dan pengalaman berhenti merokok. Cuba bertukar pandangan dan langkah penyelesaian dengan mereka yang berdepan masalah sama.
Rujukan: Utusan Malaysia

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Merokok ibarat membunuh diri dan orang sekeliling dalam senyap.. Usahalah untuk berhenti merokok.. Tiada manfaat pun dalam merokok... Dengan semangat dan iman yang kuat.. insha Allah pasti boleh

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ