GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kelebihan Menyimpan Janggut Dari Sudut Kesihatan!


Menyimpan janggut adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w... Antara hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan sunnah ini ialah:

Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu. H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.
Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab. Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani.
Dari Aisyah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut. H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn Majah. 
Dari Ibn Umar ra berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka. H/R Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani.
Dari Abi Hurairah ra : Bersabda Rasulullah s.a.w : Bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong janggutnya, maka janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu. H/R al Bazzar.
Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai mereka. H/R Muslim.
Dari Abi Hurairah berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : Di antara fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan memelihara janggut, bahawasanya orang-orang Majusi memelihara misai mereka dan memotong janggut mereka, maka janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu potong misai kamu dan peliharalah janggut kamu. H/R Ibn Habban.

Dari Abdullah bin Umar berkata : Pernah disebut kepada Rasulullah s.a.w seorang Majusi maka beliau bersabda : Mereka (orang-orang Majusi) memelihara misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka (janganlah menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka. H/R al Baihaqi.


Kelebihan Menyimpan Janggut:

  1. Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.
  2. Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagiaan muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.
  3. Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.
  4. Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih bijak.
  5. Menghindarkan daripada penyakit tekak dan gusi.
  6. Mengelak daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan sistem penafasan seperti asma.
  7. Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara.
  8. Melindungi kulit dan seterusnya mengurangkan kedutan akibat penuaan.


Kekurangan Mencukur Janggut
Mencukur janggut boleh menyebabkan sel-sel semula jadi pada bahagian muka terhakis. Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang berisiko tingi untuk mendapat kanser pada bahagian muka.

Setiap sunnah atau perintah Allah dan Rasul serta amalan Nabi s.a.w.. pasti ada hikmah kan... rugi kalau tak buat.. 

2Ulasan

  1. saya suka tgk lelaki berjanggut nipis ... heeee

    BalasPadam
  2. Baru Zumal tahu apa kebaikan menyimpan janggut ini. Terima kasih kerana berkongsi....

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ