GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Awet Muda Dengan Tiga Buah Hebat!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kesibukan tugas sebagai ibu kadang kala membataskan ibu untuk ke salon bagi membuat rawatan kecantikan. Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak menjagai kecantikan diri. Sebaliknya ibu boleh mengamalkan cara semula jadi yang mudah dan murah dengan syarat perlu rajin dan berdisiplin mengamalkannya.

Selain penggunaan produk, penjagaan kulit wajah juga boleh dilakukan dengan amalan pemakanan buah-buahan yang berkhasiat. Buah-buahan seperti avocado, tomata, tembikai nyata bagus untuk membuatkan kulit kekal awet muda.

Avocado
Buah ini kaya dengan vitamin E yang berfungsi mencegah penuaan awal. Kandungan potasium di dalamnya pula mencegah kekurangan cairan dalam badan. Buah hijau ini juga baik untuk megawal tahap kolesterol kerana ia sumber lemak tidak tepu yang sihat untuk badan. Selain dimakan, ia juga boleh digunakan sebagai masker pada wajah dan rambut.


Tomato
Lycopene, salah satu bahan yang sering ada dalam kebanyakan produk perawatan kulit ternyata terdapat dalam buah tomato! Ia berfungsi menghalang radikal bebas sekaligus melindungi kulit daripada pancaran sinar matahari.





Tembikai
Buah yang murah dan mudah diperoleh ini mengandungi banyak bahan yang efektif sebagai anti penuaan awal untuk kulit. Kandungan nutrisi seperti zink, lemak essential, selenium, vitamin E, vitamin C, vitamin B dan A penting untuk menghalang radikal bebas di sekitar kita.


Tomato dan tembikai suka makan... avacado tak pernah makan, sebab tak reti nak makan camne,,, tapi memang bagus amalkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk awet muda.... Lepas ni kena la makan tomato dan tembikai selalu... :)

10Ulasan

  1. Avacado tu buang kulit dengan biji lepas tu makan je..boleh buat salad jugak.dulu masa anak kecik saya buat juga puri avacado kat dia..sekarang dah besar dia tak makan pulak..tak beli la dah..heheh...saya pun suka tembikai..beli barang dapur mesti beli tembikai sekali..beli kat pasaraya murah sikit..kalau beli kat kedai buah sebiji sampai 10-11 ringgit

    BalasPadam
  2. Itulah. Sha pun Selalu makan tembikai dgn tomato, tapi x tau khasiat diorang pun. Makan je tau, hehe :D. Pehni kena makan byk2^^

    BalasPadam
  3. Baru tahu 3 buah nie sangat berguna...

    BalasPadam
  4. buah avocado tu... first time ainaa dgr. hehe tp mcm pernh trnmpk buahnya, mnkala tomato n tembikai pulak memng fevret ainaa. kalau mask, mesti letak lebih2 tomato. sedaaap. masam2 gitu ^_^

    BalasPadam
  5. Tak pernah cuba avovcado lagi sis..

    BalasPadam
  6. Kalau tomato memang dari kecik I suka :) makan macam buah je haha. sebab ibu cakap elok untuk kulit. Tembikai pulak baru tau ni haa and avocado lagi lah tak pernah try :'D ! nice info hehe me likey! btw,meh la jenguk jenguk ke blog saya and support my first giveaway :*

    http://frauananas.blogspot.com/2015/03/ananasgoodmood-tiny-giveaway-p.html

    hehe sudi lah join ya. Jemput ~

    BalasPadam
  7. kalau tomato tu selalunya saya tumbuk sampai lumat pastu lumurkan kat muka...biarkan kering, dan lepas tu basuh...memang kulit rasa best sangat lepastu..

    BalasPadam
  8. avokado sedap kak.blh makan mcm tu j x pon buat jus alpukat/ avokado

    tembikai suka sangat.tp pantang lagi .hihi
    tomato suka buat ulam atau msk dlm tomyam j

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ