Dalam dunia kecantikan, sesiapa pun sanggup untuk melakukan apa saja biar pun ia mungkin menyakitkan atau menggelikan. Tolak tepi rasa membazir atau geli sebaliknya fikirkan kesan yang anda perolehi nanti. Ada berani?
Lulur wajah dengan najis burung Nightingale, Merpati dan Bulbul. Rawatan dengan menyapu najis burung yang dikenali sebagai Geisha Facial ini terkenal di kalangan wanita Jepun. Rawatan yang meloyakan ini semakin popular di seluruh dunia sehinggakan ramai selebriti seperti Tom Cruise dan Victoria Beckham turut mengamalkannya. Sapuan najis ini dikatakan membantu membuka pori, anti-jerawat dan membuatkan kulit lebih cerah.
Basuh wajah dengan madu. Mungkin ada di kalangan anda merasa membazir dan sangat melekit untuk disapu pada wajah. Namun, kandungan madu yang bersifat anti-keradangan dan menyegarkan ini mampu membersihkan wajah dengan lebih mendalam dan menganjalkan kulit.
Sental kulit dengan biji kopi. Selain menjadi minuman kegemaran, anda boleh jadikan kopi sebagai mandian atau skrub pada tubuh anda. Selesai mandian kopi, sapukan dengan losen kegemaran anda untuk mendapatkan kulit yang licin dan cerah. Jika diamalkan selalu, lama-kelamaan selulit pun berkurangan!
Lendir siput rawat parut dan mencegah kedutan. Rahsia pelakon Katie Holmes kini menjadi ikutan apabila kesannya dapat dilihat pada kulit selebriti ini. Rawatan yang mula-mula popular di Korea dan Afrika ini semakin mendapat sambutan sehingga terhasil krim lendir siput yang telah diubahsuai.
Merapi rambut dengan mayonis. Jika anda kehabisan perapi, apa kata gantikan dengan beberapa sudu mayonis yang baru saja dikeluarkan dari peti ais. Sapukan selama 20 minit dan untuk lebih rata dan sekata, gunakan pengering rambut supaya mayonis dapat merebak dari akar hingga hujung rambut.
Membazir atau tidak, sekurang-kurangnya bahan yang digunakan adalah semula jadi dan sudah tentu lebih selamat. Sudah bersedia untuk kembali cantik dengan 'back to basic'?
Sumber: Karangkraf
Memang pelik... Sanggup sapu najis burung kat muka??? Hadoiii... tak berbau ke??? erkkk... Sapu mayonis kat rambut... kalau duit berlambak utk beli mayo je.. ok la kan.. ni pun makan mayonis jimat-jimat.. ada plak nak sapu kat rambut... tak boleh bayangkan... tapi ... namanya pun pelik kan... Hanya orang yang berani boleh cuba untuk kecantikan ni..
mayonis dan madu tu, akak mampu lagi, tetapi yang selebihnya tu...sekian terima kasih...ahaksss...
BalasPadamMemang pelik gile.
BalasPadamNajis burung, lendir siput babi dan mayonis x sanggup dan x akan buat..hehe...x lalu..
BalasPadamnajis burung tu? adehhh... memang tak laaa
BalasPadammana nak cari kulit buah kopi sekarang.. hehe. kalau guna madu, mungkin boleh consider kot. hehee..
BalasPadamNak tak exchange link blog dengan saya?