GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Suamiku Anak Emak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

Pernah tonton satu drama Melayu... tajuk "Anak Emak" mengisahkan tentang seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki yang dimanjakan oleh ibunya... Sinonim dengan istilah "Anak Emak". 

Kadang rasa gerun pun ada berhadapan dengan lelaki anak emak ni... Sebab lelaki jenis ni cenderung mengikut kata emak... Sehingga kan terbawa-bawa selepas kahwin... Satu cabaran bagi isteri yang berkahwin dengan lelaki anak emak ni... Namun, ada cara hadapi lelaki anak emak. 

Kawal situasi
Lelaki anak emak ini mudah dikenali menerusi personalitinya. Jika sebelum menjalinkan hubungan, dia kerap bercerita soal ibunya, maka benarlah si dia anak emak. Usah bimbang, kerana jika anda bijak mengawal situasi, pasti tidak timbul masalah. Fahami rentaknya dan pasti suasana lebih mudah selepas anda berkahwin kelak. 

Usah berkecil hati
Masalah bila bersama anak emak ini ialah apabila diri sering diperhatikan oleh si ibu mentua. Kadangkala si ibu lebih gemar mengadu perihal diri anda kepada suami. Jika ini terjadi, usah berang dan merajuk hati. Sebaiknya minta suami memberitahu ibunya untuk berterus terang langsung kepada anda. Tidak perlu anak menjadi orang tengah.

Positif
Bersikap positif sangat membantu saat berdepan dengan suami anak emak. Ini kerana walau apa pun tindakan suami dan ibunya, pasti bukan masalah besar buat anda. Bersabar dan berdoalah supaya anda dapat mengharungi masalah dengan tenang. Apabila anda berfikiran sedemikian, soal keutamaan dan kasih sayang bukan masalah lagi buat anda dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Ambil hati
Meski teguran ibu mentua kadangkala menyinggung perasaan namun berlapang dada lah. Layanlah ibu mertua seperti ibu sendiri. Berusaha mengambil hatinya supaya dia lebih dekat 
dengan anda seperti membuat kejutan atau memberi wang saku. [sumber]

Seorang lelaki perlu bijak kawal situasi selepas kahwin... Perlu sedar akan tanggungjawab nya yang bertambah... Isteri dan emak.... kedua-duanya perlu dijaga hatinya... Biasanya lelaki anak emak ni... Sifat si ibu yang begitu menjaga anaknya termasuklah soal jodoh... Jika berkahwin dengan wanita bukan pilihannya... memang menjadi satu cabaran dalam rumahtangga... Jadi, berdoalah... si suami berperanan penting dalam rumahtangga... walaupun anak emak... perlu didik diri selepas berkahwin...kerana si anak sudah ada satu tanggungjawab lagi. Namun, kelebihan lelaki anak emak ni, dia akan utamakan keluarga melebihi segalanya... 

9Ulasan

  1. Teringat kat member office ni. Slealu bercerita yg sominya anak emak ☺

    BalasPadam
  2. Memang terbaiklah sis......

    BalasPadam
  3. ataupun kalau dapat detect bf anak emak tu, blah awal2 he he he..saya dulu ada kawan lelaki yg diet sebab mak dia kata dia gemuk.padehal saya tgk dia kurus je kot..

    BalasPadam
  4. hehe,anak mak... inshaallah kalau kita tak putus asa berusaha mengukuhkan keharmonian keluarga,pasti ada jalan yang Allah swt tunjukkn.

    BalasPadam
  5. sy pon kawen dgn ank emak tp kita kena pndai ambik hati suami & keluarga dia.
    rsnya takda mslh kot.sy siap ckp x halang klau dia nk bg duit kt mak ayah dia byk mn pon sbb tu tnggungjwb dia thadap org tua dia tp ms memula kwen dl bbulu gak la ati ni.asik2 blk umah mak dia ja tp lama2 dh phm prangai pstu ckp elok2 apa kita nk ok je...siap jd mnantu ksygan lg...hihihi

    BalasPadam
  6. yg pling ngeri.... erk. thanks 4 the tips. boleh dgunakn nnti dh kahwin kut2 dpt suami ank emak >.< tp rsa cam xsnggup je!!

    BalasPadam
  7. hihi.suami saya anak mak.anak no 3.
    dari 9 beradik.5 perempuan, 4 lelaki.
    tapi sikit sikit suami la.

    mmg betul mf, itu yg untungnya.anak emak ini lebih mementingkan keluarga..

    saya okje.. asalkan keluarga didahulukan..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ