GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Qana'ah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


"Barangsiapa yang merasa qana'ah (cukup), maka hatinya tenang."

1. Pengertian Qanaah
Dari segi bahasa bererti merasa cukup. Menurut Istilah qanaah bererti merasa cukup atas apa yang telah dikurniakan Allah swt kepada kita sehingga mampu menjauhkan diri dari sifat tamak, sifat tersebut berdasarkan pemahaman bahawa rezeki yang kita dapatkan sudah menjadi ketentuan Allah swt. A

Firman Allah swt:
Maksudnya: "Dan tidak ada sesuatu binatang melata pun di bumi ini, melainkan Allahlah yang memberi rezekinya." (QS Hud: 6)
Ayat diatas menjelaskan bahawa setiap rezeki yang kita peroleh adalah dari Allah swt, Akan tetapi, tidak bererti kita mesti pasrah tanpa usaha, justru kita dituntut untuk berusaha yang terbaik demi meningkatkan kesejahteraan hidup.

Sifat qanaah tidak membuat orang mudah putus asa atas ujian dan dugaan yang diberikan Allah swt, baik berupa ketakutan, kelaparan, bencana, dan kekurangan harta benda. Akan tetapi, mereka akan tetap bersabar menerima ujian tersebut dan tidak patah semangat untuk menjalani kehidupannya kembali. Hal ini sebagaimana Firman Allah swt dalam Al qur`an surah Al Baqarah: 155)
Maksudnya: "Dan sungguh akan kami berikan dugaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. "(QS Al Baqarah: 155)

Orang yang mempunyai sifat qanaah merasa cukup dengan apa yang dia dapatkan walaupun sedikit. Dengan demikian, hati kita boleh menjadi tenang dan jauh dari sifat ketamakan. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad saw, yang menjelaskan bahawa seseorang yang dapat melaksanakan hidup dengan sifat qanaah, maka ia termasuk orang-orang yang beruntung.

Sabda Nabi Muhammad SAW.
Maksudnya: "Dari Abdillah bin Umar ra berkata Rasulullah SAW," Sungguh beruntung orang yang masuk Islam mendapat rezeki secukupnya dan ia merasa cukup dengan apa yang telah Allah berikan kepadanya. "(HR. Muslim)

Contoh Sifat Qana'ah
Diantara beberapa contoh yang mencerminkan sifat qanaah adalah sebagai berikut:
* Menerima dengan ikhlas setiap rezeki yang diberikan Allah swt.
* Sentiasa berfikir positif menerima ujian, dugaan, kegagalan, bahkan nikmat dari Allah swt.
* Bekerja keras dan tetap optimis.
* Tidak berlebih-lebihan ertinya membelanjakan harta sesuai keperluan.

Jom didik hati dengan sifat Qana'ah... Syukur dengan apa yang ada... dan usah melampau dalam mencari rezeki...dan yakinlah segala rezeki kurnia Allah SWT.

3Ulasan

  1. Sejak okje berhenti kerja dan bergantung sepenuhnya dgn duit cik abe ni rasanya.....tebal dah sifat qana'ah okje ni hihi....
    Jenuh le bersabar tengok benda benda yg berkenan di hati yg kebanyakan nafsu....

    BalasPadam
  2. kena latih hati rasa bersyukur.. tapi nak berusaha untuk lebih itu boleh..
    benda yg kita ada skrang mungkin org lain dying nak dapatkan.. jadi kena rasa cukup..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ