GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kenapa Kita Mesti Berdoa???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


PENGERTIAN DOA
Doa ialah memohon sesuatu daripada Allah.

KEPENTINGAN BERDOA
  • Untuk mencapai sesuatu hajat atau kejayaan.
  • Sebagai saluran untuk kita memohon sesuatu daripada Allah SWT.
  • Sebagai senjata umat Islam.
  • Untuk menambah pahala &  bekalan di akhirat
  • Sebagai tanda syukur sebagai hamba yang lemah

MUTIARA NABI SAW
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang kamu berdoa maka hendaklah dimulakan dengan memuji Tuhannya, berselawat ke atas Nabi, kemudian pohonlah apa-apa sahaja yang dia mahu.” (Hadith Riwayat Al-Tarmizi)

ADAB BERDOA
  • Membersihkan diri drpd kekotoran & najis serta suci drpd hadas kecil dan besar.
  • Didahulukan dgn amal soleh seperti sedekah dan menunaikan solat hajat.
  • Menghadap ke arah kiblat.
  • Berdoa dengan penuh yakin.
  • Mengangkat kedua-dua tapak tangan ke atas berbetulan dengan bahu.
  • Memulakan doa dgn memuji Allah, berselawat ke atas Nabi.
  • Sebaik-baiknya berdoa dgn “doa ma’thurat” iaitu doa yg bersumberkan Al-Quran & Hadith.
  • Menyapu muka dgn dua tapak tangan apabila selesai berdoa.

WAKTU MUSTAJAB :
  • Satu pertiga malam.
  • Hari Jumaat dan malamnya.
  • Bulan Ramadan terutama mlm Lailatulqadar.
  • Hari Arafah.
  • Khatam Al-Quran.
  • Setelah mendengar azan & di antara 2 khutbah.

TEMPAT MUSTAJAB :
  • Di hadapan Kaabah.
  • Di dlm masjid terutama Masjidil Haram.
  • Multazam, antara rukun yamani dgn Makam Ibrahim.
  • Di Padang Arafah.
  • Di Raudhah, antara mimbar dgn Makam Rasulullah.
  • Di medan peperangan menentang musuh Islam

DOA YANG DITERIMA
  • Doa orang yang dizalimi.
  • Doa orang bermusafir.
  • Doa ibubapa terhadap anaknya.
  • Doa orang yang berpuasa.
  • Doa pemimpin yang adil.
  • Doa hamba yang ikhlas.
  • Doa seseorang untuk sahabatnya ketika bersendirian di luar pengetahuan sahabatnya

DOA YANG DITOLAK
  • Doa orang yang melakukan maksiat.
  • Sumber makanan, minuman, pakaian ketika berdoa daripada sumber yang haram.
  • Berdoa dengan hati yang lalai dan tidak khusyuk.
  • Berdoa dalam keadaan riak.
  • Memohon perkara yang dilaran oleh Allah SWT

KESAN TIDAK MENGAMALKAN DOA DALAM KEHIDUPAN
  • Tiada keberkatan dlm hidup.
  • Tiada pertolongan daripada Allah.
  • Tidak bersungguh-sungguh melakukan amalan
  • Menjadi manusia yang sombong dan takbur kpd Allah apabila mendapat kejayaan.
  • Mudah berputus asa apabila gagal dlm hidup.
  • Menjadi manusia yang lalai kepada Allah.
sumber: Sukatan Pendidikan Islam T2

DOA TANDA KEHAMBAAN...
BERDOALAH, SESUNGGUHNYA KITA SEMEMANGNYA HAMBA YANG LEMAH...
TIADA DAYA DAN KEKUATAN MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH... 

JANGAN SOMBONG!!!
BERDOALAH DAN BERSERAH DIRILAH KEPADA YANG MAHA MENCIPTA!

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ