GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Happy International Women's Day!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Menarik tapi pelik google icon hari ni.. 
Rupanya hari ni sempena Hari Wanita Sedunia... 

Hari khas untuk meraikan wanita... 

Kenapa dan apa tujuan diadakan hari wanita sedunia ni???

Hari Wanita Antarabangsa (IWD), juga dikenali sebagai Hari Antarabangsa Wanita Kerja, disambut pada 8 Mac setiap tahun. Di kawasan-kawasan yang berbeza tumpuan perayaan adalah antara perayaan umum hormat, penghargaan dan kasih sayang kepada wanita untuk perayaan untuk wanita ekonomi, politik, sosial dan pencapaian. Bermula sebagai sebuah acara politik Sosialis, cuti dicampur dalam budaya banyak negara, terutamanya di Eropah, termasuk Rusia. Di sesetengah kawasan, hari hilang rasa politiknya, dan menjadi hanya kesempatan untuk lelaki untuk menyatakan cinta mereka untuk wanita dengan cara yang agak sama dengan campuran Hari Ibu dan Hari Valentine. Di kawasan-kawasan lain, bagaimanapun, tema hak politik dan manusia yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berjalan kesedaran yang kuat, dan politik dan sosial perjuangan wanita di seluruh dunia dibawa keluar dan diperiksa dengan cara yang penuh harapan. Hari ini hari yang sesetengah orang menyambut dengan memakai reben ungu. (Wikipedia)

Hari ni wanita ni lebih kurang macam hari ibu, hari kekasih.. biasalah orang barat memang suka tubuh banyak hari-hari untuk diperingati kan.. 

Tapi, dalam Islam... wanita sangat disangjung dan dihargai.. Tiada diskriminasi wanita dalam Islam... Lihat sendiri dalam al-Quran, Allah dan Rasul sanjung seorang ibu sampaikan si anak WAJIB taati ibu tiga kali melebihi si bapa... Kerana apa... Ibu mengandung dan melahirkan... pengorbanan besar yang tak mampu dibalas oleh sianak.... walaupun si anak menggendong si ibu keliling Kaabah untuk tawaf. Tingginya darjat wanita di sisi Islam kan.. 

Jadi, dalam Islam setiap hari adalah hari wanita.. wanita perlu disayangi setiap hari.. bukan pada hari-hari tertentu sahaja.. Tapi kalau suami nak celebrate lebih special hari ni..dialu-alukan.. tapi ada baiknya jadikan setiap hari itu istimewa buat wanita...


SELAMAT HARI WANITA BUAT SEMUA WANITA..
BERUSAHALAH KITA UNTUK JADI WANITA SOLEHAH DAN DIREDHAI ALLAH...

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ