بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Semalam sempat la layan Drama Bersiri, Suamiku Encik Sotong... Entah macam mana aku boleh terjebak dengan drama ni... hehe... Satu-satu nya drama bersiri yang sempat MF layan... Suami terpengaruh sekali plak tu... Owh... MF tengok mula episod kelima... Sebab terhibur dengan watak si sotong tu... Buatkan rasa nak tengok je... Haha...
Semalam episod kedua terakhir... Minggu depan episod akhir dah.. Dan kuar jugalah promo untuk Drama Bersiri baru... Juga adaptasi novel iaitu:
"ISTERI SEPARUH MASA"
MF tak tahu la nak tonton ke tak... Tak pun cari novel je la baca kan... Sebabnya Astro dah nak tamat kontrak dah.. Memang tak kan sambung dah... Jadinya...kalau nak tengok pun tengok online je la...
Sinopsis Cerita Isteri Separuh Masa:
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.
Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.
Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?
Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?
Amacam??? Best tak sinopsis... Cite ni dilakonkan oleh Emma Maembong... Sekadar hiburan boleh la... Pengajaran MF sendiri pun tak tahu... Sebab tak layan lagi cite ni... Tapi rasanya drama kali ni ada relate dengan isu wanita bekerja juga kot...
Tapi... Entah sempat ke tak layan tv lepas ni... Anak dah besar nih memang tak sempat nak layan novel dah...
Tapi... Tak sabar juga nak tunggu kisah akhir si sotong... Agak2 dia sotong lagi ke tak... Hehe...
Kahwin paksa tak lari dari drama adaptasi..
BalasPadamNice gak bunyi...ala cerita cinta klise zaman skang...huhu..
BalasPadamAnyway nice layout baru...cantik n simple
suka baca cerita dari penulis ini
BalasPadamisteri separuh masa memang bast
BalasPadam