GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Punca dan Makanan Yang Buatkan Anak Sembelit!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

Anak sembelit.. memang paling tidak sekali mana-mana ibu akan pernah hadapi juga... tak masa kecil, masa anak besar... Memang kesian tengok anak sembelit... Bahkan kita yang dewasa ni pun rasa seksa kalau sembelit kan... Naik sebu badan, dan rasa tak selesa badan. 

Apakah punca sembelit? Berikut adalah punca yang menyebabkan sembelit: 

• Tidak mengambil serat yang mencukupi seperti buah-buahan, sayuran dan bijirin.
• Perubahan dalam rutin harian atau cara hidup contohnya perubahan dengan tabiat pemakanan.
• Kurang privasi semasa menggunakan tandas
• Tidak menghiraukan rasa untuk ke tandas
• Kurang pergerakan atau senaman
• Tidak minum air dengan secukupnya
• Demam
• Kurang atau lebih berat badan
• Kebimbangan atau tekanan perasaan
• Masalah psikiatri

Cara terbaik untuk mengelakkan sembelit adalah dengan tidak mengambil makanan yang menyebabkan sembelit. Di sini disenaraikan makanan yang lazimnya menyebabkan sembelit.   

Persamaan dalam makanan-makanan ini adalah kekurangan serat di dalamnya. American Dietetic Association menyarankan seorang dewasa untuk mengambil 20 sehingga 35 gram serat pada setiap hari.

• Produk tenusu
Keju, aiskrim dan produk tenusu lain biasanya menjadi punca sembelit. Ini disebabkan produk ini mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan kurang serat. Produk tenusu boleh menyebabkan sembelit terutama pada kanak- kanak. Untuk mengelakkan sembelit, cubalah sorbet buah-buahan.

• Daging 
Pengambilan daging yang berlebihan serta pengurangan serat dalam hidangan adalah salah satu punca sembelit. Pastikan hidangan stik anda di lengkapi dengan makanan tinggi serat seperti kentang dengan kulit dan salad untuk mengelakkan sembelit.

• Kerepek
Snek seperti kerepek kentang termasuk di antara makanan penyebab sembelit kerana kandungan serat yang sangat rendah. Di samping itu, pengambilan snek tinggi lemak seperti ini melambatkan proses penghadaman sekali gus menyebabkan rasa terlalu kenyang dan menyebabkan sembelit. Untuk mengelakkan sembelit, ambillah snek kurang lemak yang mengandungi bijirin penuh untuk meningkatkan pengambilan serat.

• Makanan sejuk beku
Kebanyakan makanan sejuk beku memang mudah didapati tetapi mempunyai kandungan nutrisi yang rendah. Malah kebanyakannya mengandungi kandungan sodium yang sangat tinggi yang menyebabkan kekurangan air sekali gus menyebabkan sembelit.

• Biskut 
Biskut dan makanan tinggi karbohidrat seperti pastri, kek dan kerepek mempunyai tiga ciri yang boleh menyebabkan sembelit, iaitu rendah serat, rendah kandungan air dan tinggi lemak.

• Pisang 
Pisang boleh menjadi punca dan juga penawar bagi sembelit bergantung kepada tahap keranuman. Pisang hijau atau belum ranum boleh menyebabkan sembelit. Tetapi pisang yang telah ranum mempunyai kandungan serat yang sangat tinggi dan membantu dalam proses nyah tinjaan.

Nampaknya memang si kakak suka makanan yang disenaraikan di atas... Memang kena kurangkan dia makan makanan tersebut... dan banyakkan dia minum banyak air... Tambah si kakak suka juga makan coklat... memang kena sekat dan kawal... Hmmm... Tapi adakah sembelit ikut genetik juga ek... Ada kemungkinan juga ikut genetik ibu juga.. sebab menyusu ibu... Paling tidak terikut la juga kan... 

3Ulasan

  1. Nice sharing Maria.. pengambilan ubat-ubatan tertentu pun bole mengakibatkan sembelit

    BalasPadam
  2. Anak2 saya pula yang paling jadi punca ialah coklat..memang kalau sehari makan lebih je coklat mula la sembelit..

    BalasPadam
  3. anak sy hri tu masa mula lahir ok.
    lps tu seminggu sekali je.tnya nurse nurse kata normal kalau nyusu badan.
    lepas tu makin turun makin turun.
    7 hari ke 6, 6 ke 5.. hingga la skrg.
    alhamdulillah..


    pppstt: a’aa kn. saya telan air liur j masa njrse bgtau.
    yg penting bmi normal .

    pelan peln kayuh..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ