Hadiah Terbaik dan Terburuk!

Maria Firdz
10
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Luqman al-Hakim seraya berpesan: “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” 

Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing iru.

Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu

“Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?” tanya ibu tersebut kepada Luqman.

Luqman menjawab: “Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”

Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan. 

Di dalam hati kita ada nafsu dan iman... jika hati mengikut nafsu maka, buruklah sekalian tubuh badan, jika hati mengikut iman, maka eloklah seluruh tubuh badan kita. 

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah keseluruhan diri manusia itu dan apabila ia rosak maka rosaklah keseluruhan diri seseorang itu. Daging itu ialah Hati. Hati berperanan penting dalam mengemudikan diri manusia, sama ada ia hendak menghala kearah kebaikan atau kearah kejahatan."

Lidah juga memberi kesan kepada kita, jika jaga lidah, maka baiklah hidup kita tapi jika lidah tidak dijaga, maka rosak jugalah seluruh tubuh kita. 

Catat Ulasan

10Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Teringat sepatah nasyid iaitu jagalah hati, jgn kau kotori, jagalah hato, gembira hidup ini..

    BalasPadam
  2. sgt mendalam... yelah kan dr hati lah bermula segalanyer... tajamnya lidah mengalahkan pedang

    BalasPadam
  3. kisah yang memberi kesan kepada saya..saya tak terfikir pula bahagian yang terbaik itu bahagian yg sama

    BalasPadam
  4. Muhasabah diri jap.. nice sharing story ;)

    BalasPadam
  5. Bagus kisah ini dijadikan panduan. Menjaga hati bukannya mudah, adakalanya perkara yang kecil pun boleh buat kita jadi berfikiran jahat. Perempuan dan mulut pun boleh tahan juga.. Kalau tak sungguh, memang tak diam :)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !