Tips Tutup Aurat!

Maria Firdz
9
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


  • Set dalam minda yang kita nak berada di paras no 8 di mana kita menutup aurat sempurna dengan handsock serta stokin.

  • Kalau ada baju seksi, simpan. Jangan buang sebab kalau gian nak pakai, pakai dalam bilik je. Jgn lupa, dgn family pun kena jaga aurat.

  • Kalau banyak baju yg tak mengikuti syarak, simpan pakai tidur je. Belilah baju yg longgar. InsyaAllah, ada ganjaran berbelanja utk aurat.

  • Tudung. Kalau mereka yg tidak bertudung, pakailah sebab rugi kamu tayang kecantikan kamu pada semua. Lagi cantik bila bertudung.

  • Bagi mereka yg sudah bertudung, labuhkan. Kalau jarang, inner neck banyak skrg jual. Aurat sebenarnya bukan hanya menutup rambut sahaja.

  • Bila bertudung, jgn pakai baju ketat, seluar ketat, sanggul tinggi. Salah tu sebab masih menampakkan susuk tubuh anda.

  • Bertudung tapi lengan pendek? Kalau ada pakai handsock dgn baju pendek, masih dikira nampak bentuk tangan. Aurat tu wahai Hawa.

  • Bertudung labuh tapi tidak pakai handsock atau stokin? Aurat perempuan adalah semua kecuali muka dan tapak tangan.

  • Kalau ada family yg tidak bertudung, ajak mereka sekali. Tak salah ajak mereka berubah. Tak lah kamu rasa kekok kan?

  • Solat jaga tapi tidak menutup aurat. Alhamdulillah jaga solat, tapi jangan lupa menutup aurat pun wajib. Mungkin ada salah dalam solat.

  • Bila nak berubah, dekatkan diri pada benda baik. Macam majlis ilmu, dengar bacaan Al Quran, jaga solat, kawan dgn kawan yg baik.

  • Bila dah berubah, istiqamah. Buat selalu sebab bila kita selalu buat, kita akan rasa kekok bila tak pakai labuh, baju longgar.

  • Ada yg gunakan cara ni, iaitu buat jadual. Buat minggu ni mula pakai baju longgar. Minggu seterus , tudung pulak. Boleh gunakan.

  • Set dalam minda, mati itu pasti. Tak kan nk berubah bila nak mati sebab kita tak tahu ajal kita bila. Banyakkan ingat mati dan istighfar

  • Dekatkan diri dengan Allah dan buat solat taubat nasuha. Kembali kepada Nya dan pohon petunjuk Nya. InsyaAllah, Dia Maha Pengampun.

  • Bila keluar, tanya pada diri "Adakah Allah redha dengan pemakaian aku?" "Cukup tak aku menutup aurat aku semua?"

  • Bila berubah, pekakkan telinga dengan cacian sebab tak mudah untuk ke Syurga kan? Mengadu pada Nya, insyaAllah indah akhirnya.

  • Bila menutup aurat kawan hilang? Allah nak tunjukkan pada kamu siapa kawan, siapa lawan. Dia akan gantikan dgn yg lebih baik, insyaAllah

  • Hawa, itu sedikit perkongsian buat kamu. Semoga bermanfaat. Jadilah bidadari Syurga di dunia dgn seindah perhiasan solehah kamu.
Kredit: Dakwah Anak Muda

marilah, sama-sama kita sempurnakan aurat kita... sangat rugi para suami dan bakal suami jika masih membiarkan susuk tubuh isteri dan bakal isteri menjadi tatapan mata-mata sang lelaki lain, padahal Allah ciptakan Isteri kita istimewa untuk kita... renungkanlah... 

Lakukan perubahan hari ini... Anda mampu mengubahnya... 

Yang dah berubah, berdoalah moga sentiasa istiqamah dalam kebaikan.. insha Allah..

Catat Ulasan

9Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. selamat tga hari..hehee..ambooi laju update blog ye :D
    nice ^_^ tq

    BalasPadam
  2. nice info.. inshaAllah slow2 kita berubah ke arah yang lebih baik.. berusaha untuk berubah.. :)

    psst : jom join segmen anis :)
    adnan-daughter.blogspot.com/2015/01/segmen-bloglist-sakura-blog-qaseh-ku.html

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...terima kasih berkongsi dan mengingatkan...

    BalasPadam
  4. in shaa Allah.
    tima kasih mf berkongsi ilmu ;)

    BalasPadam
  5. moga kita dapat mengubahnya menjadi lebih baik, terbaik dan sempurna.

    BalasPadam
  6. Ada sorang senior doctor yang saya kenal..dia baik orangnya. Tapi, pi kerja pakai skirt kembang paras lutut (tutup lutut). Waktu solat, dia pun pi solat..
    Ermmm...

    BalasPadam
  7. Ada sesetengah org dia bukan menutup aurat, tetapi membalut aurat... wallahualam...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !