GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Review: Gel Mandian Shokubutsu Plant Collagen

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini entry review produk Shokubutsu yang pernah MF dapat percuma dari pihak Southern Lion. Boleh baca entry berkaitan di sini.

Alhamdulillah.. MF guna kesemua produk tu..dah habis bulan lepas, cuma tak sempat betul nak up entry review ni...

Shokubutsu ada mengeluarkan produk sabun dengan haruman gel mandian baru bertema kan "Plant Collagen" iaitu tujuan untuk meremajakan kulit secara semula jadi... Produk ni dah dipasarkan..tapi setakat ini MF tak jumpa lagi kat pasaraya yang biasa MF pergi..  MF dan keluarga kira bertuah la dapat cuba produk ni.. Alhamdulillah..



MF dapat tiga sample gel mandian dengan tema herba spa dan sauna... Warna yang menarik... Oriental Charm warna merah.. memang wangi.. bauan herba..rasa macam kat spa aje.. wanginya gel mandian ni.. melekat lama dalam bilik air.. memang best sangat-sangat...

Tradisi mandi Oriental menjadi kaya oleh penggunaan herba diadun untuk melegakan panas badan. Herba tersebut terutama Goji berguna dengan kepercayaan untuk menggalakkan dan memulihkan kesihatan kulit dan melambatkan proses penuaan.


Gel mandian kedua berwarna hijau bertemakan Mandian Lulur dari kepulauan Bali.. Ada spa betul wangian ni... terasa macam bersauna dan berlulur di bilik air.. wangiannya memang bau herba..tapi tetap wangi... Dan bestnya, lepas mandi..kulit rasa segar dan lembap..

'Mandi Lulur' melambangkan rahsia kecantikan dalam kekayaan tradisi mandi Bali. Lulur adalah gabungan herba aromatik, bunga, biji dan gandum atau buah-buahan untuk membantu memelihara kulit lembap dan lembut dengan itu kulit kelihatan lebih berseri diperbaharui.


Gel mandian ketiga berwarna ungu... menarik warna botol gel mandian ni.. Botol ungu ni bertemakan Ohsen Terapi Jepun.... Baunya..memang wangi dan kuat... melekat dalam bilik air kalau mandi guna gel mandian ni... Memang rasa relax..sebab bauannya tu menenangkan... MF suka bauan ni... sebab lepas balik kerja dan penat... mandi guna gel mandian ni... memang best.. relax je...

Onsen Therapy Jepun adalah tradisi kuno yang dipercayai mempunyai kuasa penyembuhan semula jadi. Air yang kaya secara semula jadi panas dan mineral yang menyerap masuk melalui batu-batu gunung berapi juga membantu untuk memulihkan semula kulit yang cantik.

Ketiga-tiga produk Gel mandian bertemakan herba spa dan sauna ni... memang terbaik.. MF suka... suami MF pun suka.. cuma Gel mandian ni... MF tak jumpa lagi kat pasaran... susah juga nak ada... Hari tu cari.. takde..jadi kami beli jenama Shokubutsu juga tapi Active Guard... MF dan keluarga serasi guna gel mandian Shokubutsu je... Halal, wangi, dan selesa pada kulit... Memang best...


Shokubutsu juga tengah melancarkan contest mudah untuk semua yang berminat.. di Facebook Shokubutsu.. Contest mudah je.. Tonton video dalam lingkungan 3 minit.. jawab soalan mudah.. dan menang 40ml sample percuma produk Shokubutsu... dan contest ini juga melayakkan anda berpeluang memenangi hadiah utama berjumlah RM88,888...

Jom sertai ramai-ramai.. KLIK SINI untuk sertainya..
Tarikh tutup sebelum 28 Februari 2015.

Maklumat lanjut:
http://www.southernlion.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia


Terima kasih buat Southern Lion dan Shokubutsu kerana memilih MF untuk mencuba produk yang hebat ini.. (^_^)

Rugi kalau anda tak mencuba... produk yang memang terbaik di pasaran!!!

9Ulasan

  1. Sabun shokubutsu memang best MF ^_^ family sy pun guna, tapi yang oren la. hehe, wangi je,

    BalasPadam
  2. nak gak try . manalah tahu ada tuah kan ...

    BalasPadam
  3. Tahniah terpilih utk mencuba produk sokobutsu ni..sue pun pengguna jenama yg sama ^^

    BalasPadam
  4. Salam...

    memang tak pernah nampak produk ni kat pasaran... saya pun pengguna Shokubutsu ni tapi suka guna yang limau... kalau ada dipasaran yg ni boleh lah nanti mencuba...

    BalasPadam
  5. paling suka shokubutsu ni sebab wangi kan

    BalasPadam
  6. wah... mcm best jer shower foam baru tu. bolehla try nnt

    zinziemeewah

    BalasPadam
  7. Saya x minat sangat shokubutsu.
    Sebab mandian ni pekat sangat n melekit.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ