GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Tabiat Ini Harus Dihentikan Untuk Kekal Sihat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Mungkin kita tak sedar, apa yang kita buat setiap hari boleh membahayakan kesihatan.

Memakai seluar jeans yang terlalu ketat, menyilangkan kaki ketika duduk atau mendengar ‘walkman’ semasa tidur.

Kebiasaan inilah yang boleh meningkatkan risiko terkena penyakit tertentu.

Macam pelik tapi ada kebenarannya.


7 Tabiat Ini Harus Dihentikan Untuk Kekal Sihat!


7 Tabiat Ini Harus Dihentikan Untuk Kekal Sihat!

#1 Silang kaki

Duduk dengan menyilang kaki boleh meningkatkan tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah) sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%.

Sebaiknya, elakkan menyilang kaki lebih daripada 15 minit dan jangan duduk dengan posisi dan tempat yang sama lebih dari 45 minit.

#2 Tidur meniarap sepanjang malam

Posisi ini memang membuatkan kita lebih mudah untuk tertidur.

Namun, elakkan dari tidur terlalu lama dalam posisi ini kerana leher anda boleh mengganggu peraliran darah.

Posisi tidur yang baik adalah terlentang atau mengiring sambil memeluk bantal di antara kaki.

Hukum tidur meniarap

Tidur meniarap juga dihukumkan makruh dalam Islam:

Memang terdapat hadis dari Nabi SAW mengenai larangan untuk tidur secara meniarap. Ini sepertimana riwayat daripada Ya`ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari RA bahawa pada suatu hari ketika beliau sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang menggerakkanku (membangunkanku) dengan mengunakan kaki lalu berkata:

إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ. قَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah. Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW.

Riwayat Abu Daud (5040) & al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad (1187)

Dalam hadis dengan lafaz yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:

قُمْ وَاقْعُدْ فَإِنَّهَا نَوْمَةٌ جَهَنَّمِيَّةٌ

Maksudnya: Bangun dan duduk, sesungguhnya ini adalah cara tidurnya penghuni neraka. [Riwayat Ibn Majah (3725)]

#3 Pakai tali pinggang terlalu ketat

Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga boleh mengganggu sistem penghadaman dan akan menekan perut serta organ dalaman.

Kesannya, proses penghadaman tidak berjalan dengan baik.

Pastikan mengenakan tali pinggang dengan ukuran yang normal. Duduk dengan selesa, tidak membongkok dan bernafas dengan normal.

#4 Beg tangan di sisi

Kebanyakan kita membawa beg tangan yang disangkut di bahu pada sisi yang sama. Kebiasaan inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan menyebabkan rasa sengal.

Sebaiknya, jangan membawa barang terlalu banyak dalam beg dan keraplah berganti antara bahu kiri dan kanan.

So, alasan ni boleh jadi untuk beli beg tangan baru ... sling bag atau backpack ok kan.. hehe

#5 Terus lakukan rengangan ketika bangun tidur

Ketika bangun tidur, biasa melakukan regangan badan.

Jangan begitu, kerana kebiasaan ini boleh merosakkan sendi pada tulang belakang.

Kesannya kita sakit pada bahagian punggung dan leher. Disarankan selepas bangun tidur, lebih baik terus bangun, berjalan di sekeliling rumah, minum air putih atau menggosok gigi.

#6 Kerap membongkok

Dengan membongkok, ia boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan member tekanan kepada tulang belikat.

#7 Memakai jeans ketat

hukum pakai skinny jeans

Skinny jeans atau jeans terlalu ketat memang menjadi trend sekarang ini.

Namun, jika dipakai setiap hari, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana ia menghadkan gerakan badan dan merasa kurang selesa dengan aktiviti yang lakukan. Malah, jeans terlalu ketat juga berpotensi menekan pengaliran darah.

Itulah hikmahnya kenapa Islam tu suruh pakai pakaian yang longgar dan labuh... Selain untuk jaga aurat tapi untuk jaga kesihatan juga. 

Ada juga yang MF buat... Lepas ni kena ubah la perangai...sebab suka sangat duduk silang kaki... Huhu... Beg tangan pun dah patut kena pakai bagpack dah sebab banyak barang...




Rujukan:
Mufti Wilayah
Karangkraf

7Ulasan

  1. terima kasih berkongsi...dulu rajin juga duduk silang kaki...tapi lepas dapat info macam ni, terus stop...mulanya susah juga nak ubah...tapi Alhamdulillah, bole...^_^

    BalasPadam
  2. duduk silang kaki sambil goyang2 .. layan

    BalasPadam
  3. silang kaki dan buat regangan tu kena elakkan la pasni ye, baik2 ^_^

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ