Jom Kenali Jin

Maria Firdz
6
Perihal tentang Jin oleh Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus

Jom Kenali Jin

Jom Kenali Jin

✔ Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

✔ Apabila ALLAH Ta'ala memerintahkannya supaya tunduk nenghormati Nabi Adam,mereka telah ingkar. ALLAH Ta'ala melaknat dan perintah turun ke bumi. 

✔ Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

✔ Makanan jin dari Api (asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menggunakan kemenyan kerana jin paling suka dengan asap yang busuk. Tapi orang-orang Melayu degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Ustaz menambah orang2 yang suka hisap rokok itu...adik beradik jin lah tu...( terkono lah kan...? )

✔ Tempat tinggal jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (macam KLCC), tandas dan kubur.

✔ Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca ” SalaMun, ‘Ala Sulaiman, Fil‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

✔ Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun
atau bomoh yang tahu menilik- nilik nasib, pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

✔ Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

✔ Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi...jin suka tinggal dekat situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

✔ Jika budak menangis tengah- tengah malam...azankan 7-10kali...jika tidak bacakan Ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

Sumber: Page Rahsia Perkahwinan

Catat Ulasan

6Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. org yg smoking 2 dari jin la kan?hehehhe sebb org smoking dyorg mengeluarkan asap

    BalasPadam
  2. Info yg menarik.. dan berguna.. tmbh2 yg part last sekali tu.. :-)

    Thanks for sharing.. :-)

    BalasPadam
  3. Nice sharing... Sekarang ni mudah sangat orang kena gangguan jin kan tambah2 yg tak solat 5waktu... Lagi senang jin nak ganggu...

    Jemput BW blog saya 😊

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat :D

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !