sumber: facebook |
Taip semula:
Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan..nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.
Tapi kini, tanpa kita sedari..melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'.
Beli barang baru, upload gambar..
Sebelum makan, upload gambar..
Dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank..
Anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak..
Dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tapi realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita tak ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yang kita upload mungkin dah beberapa hari tak makan. Ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja. Ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam. Ada yang tengok gambar kegembiraan kita dan pasangan mungkin dikalangan mereka yang sedang bersedih kehilangan... dan banyak lagi...
"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerana mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerana mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerana mungkin ada yang merana"..
Sesungguhnya, perbuatan MERENDAH DIRI dan TIDAK SUKA MENUNJUK itu amalan yang MULIA...
Yok, sama2 kita berusaha ke arah itu..
Jadikan Fb medan perkongsian ilmu...
Jadikan Fb medan tazkirah...
Jadikan Fb medan maklumat...
Jadikan Fb medan yang boleh memajukan ummah...
Semoga usaha kita yang sedikit ALLAH pandang dan diberi ganjaran...
Aamiin YA RABB.
RENUNGAN KITA BERSAMA.... MAAFKAN DIRI INI, JIKA ADA YANG TERASA...
Terima kasih atas perkongsian ini. Terima kasih.
BalasPadamdeep kak maria..
BalasPadamkadang-kadang,kita sebagai manusia kena selalu bermuhasabah diri untuk kita membataskan setiap apa yang kita lakukan..perkongsian sebegini amat bermanfaat dan berguna..
BalasPadamCara org dulu2 len dr org skrg. Tetibe rindu zaman kecik2, terasa indah sngt
BalasPadamterima kasih atas ingatan :)
BalasPadam"setiap amalan itu bermula dgn niat...tepuk dada tanya iman..."
BalasPadamkita yg sering terkhilaf
BalasPadamMekasih atas perkongsian dan peringatan.
BalasPadamsalams MF,
BalasPadambetul apa yg mar sharekan, akak dan hubby masih mengekalkan pesanan mcm mar tulis tu untuk anak-anak walaupun mrk msh kecil...
Peringatan yg bagus Maria, Nurul selalu juga share makanan kat g+ tapi bukan tujuan nk menunjukan, share info dgn location sekali, ada juga yg share dan Nurul tak mampu contohnya bercuti ke sesetengah negara, Nurul pun tak terasa tapi happy dpt share tengok gambar2 sana, tapi mcm Maria kata tu, hati tak sama, bagi kita ok, mungkin org lain tak so sederhana je la yg sebaik2nya
BalasPadambetul tu
BalasPadamthanks MF kongsikan..
peringatan buat diri sendiri
in shaa Allah