GuidePedia

9

Masih ingatkah dengan satu kes yang melibatkan ramai-ramai kanak-kanak yang pernah menggemparkan Negara dahulu??? Kes yang melibatkan kehilangan nyawa kanak-kanak… kes culik, rogol dan bunuh kanak-kanak… Kita semua rasa marah kan bila dengar kes sebegitu, namun sepatutnya juga kita kena fikirkan punca kenapa perkara tragis sebegitu berlaku???

Dalam berjalan-jalan di alam maya, membaca dan meneroka mencari ilmu, MF tertarik dengan satu ilmu dan istilah baru… yang dahulu MF sendiri pun tak tahu tapi kini, bila MF tahu, MF rasa wajib MF kongsikan buat pengetahuan dan tindakan kita semua terutama ibu bapa yang ada anak-anak kecil… Terutama yang suka juga upload gambar anak-anak ke laman web, blog, facebook, instagram dan sebagainya… Istilah yang MF maksudkan ialah PEDOPHILIA.

Apakah itu PEDOPHILIA??? Macam nama biskut je… Ke jenama baju atau kasut anak-anak??? OK, jom baca penerokaan ilmu yang MF buat… MF baca, kaji dan buat selidik sikit pasal istilah ni… 
PEDOPHILIA ini ialah salah satu penyakit psikologi… ianya bermaksud:

Pedofilia (ejaan bahasa Melayu) ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa tertarik secara seksual kepada kanak-kanak yang belum baligh. Orang yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks. Ini juga boleh dipanggil penderaan seks kanak-kanak. Sesetengah orang mempunyai perasaan pedofilia tetapi tidak melakukan seks atau mendera kanak-kanak secara seksual.

Baru baca maksud pasti anda dah rasa seram sejuk semacam je kan… Mesti mak bapa juga dah terbayangkan anak masing-masing kan… Itulah hakikat penyakit psikologi pedofilia ni… Orang yang hidap sakit pedofilia ini, kita tak Nampak dia sakit… Nampak normal macam orang lain juga… Cuma fikirnya sahaja tak normal… Bagaimana fikiran dan imaginasi orang yang ada sakit Pedofilia ni??? OK, cuba rujuk gambar-gambar kat bawah;




Seram kan… itulah… kita tak tahu siapa yang ada penyakit ni… bahkan kadang kita tak sedar, ianya dalam keluarga sendiri… sebabkan kurangnya kesedaran dan pengetahuan kewujudan penyakit psikologi ini, itu yang menyebabkan kita tak kisah… kita salahkan orang lain bila berlaku kes culik, rogol kanak-kanak, sumbang mahram pak cik dengan anak sedara, sumbang mahram atok dengan cucu… dan macam-macam kes seksual lagi…

Contoh kes pedofilia yang berlaku di indonesia


Sebenarnya, kita yang berperanan untuk mencegah perkara ini terjadi… Apa peranan kita???

Hati-hati upload gambar anak-anak ke laman social, blog, facebook, instgram dan sebagainya… Lihat dulu baju yang dipakai, jangan dedahkan gambar anak yang sedang pakai baju seksi terutama anak perempuan. Jangan dedahkan gambar anak yang tengah mandi kolam… Jangan…jangan… fikirkan dulu sebelum anda upload ke blog atau facebook… 

Di blog lebih terdedah dengan ancaman ni, sebab setiap gambar yang kita upload akan tersimpan di dalam enjin carian internet… seperti Google Images… kalau tak percaya, taip je nama anak anda, bersepah akan keluar… dan perkongsian pengalaman MF sendiri… setiap gambar yang kita nak delete dari blog memang terus akan terpadam dari blog.. tapi di enjin carian google images akan ambil masa 60 hari baru terhapus sepenuhnya. 

Jadi, hati-hati upload gambar ke internet… bukan mudah nak padam balik.. dalam masa tu macam-macam boleh jadi… fikirkanlah… 

Jangan terlalu dedahkan gambar anak-anak dengan posing-posing yang tertentu…

Kurangkan post tentang anak-anak di laman social… sebab orang yang membaca boleh bayangkan macam-macam… 

Jadi, fikir-fikirkanlah.. 
  • Adakah kita tahu siapa kawan kita dilaman social itu semua kawan yang suci murni pemikiran dan hatinya?
  • Adakah kita tahu siapa yang sedang menilik dan ‘menculik’gambar-gambar anak-anak kita di laman social?
  • Apa tindakan kita buat sebaik sahaja baca tentang Pedophilia?

Kita kena bertindak sekarang… awasi anak kita sentiasa… jangan biarkan main sengsorang… bahkan jika berkawan pastikan pantau siapa rakan di taska, di rumah pengasuh dan sebagainya.. Belum terlambat untuk kita DELETE gambar-gambar anak-anak kita yang tak sepatutnya... Pastikan kalau post gambar anak, dengan gambar ibu bapa sekali... Jangan post gambar anak-anak seorang atau secara sendiri... Kita tak tahu siapa ada Pedophilia ni... Jangan salahkan orang lain jika berlaku sesuatu melainkan kita sudah pun mencegahnya terlebih dahulu.... 

Sumber rujukan: Wikipedia, blogperawat.com, http://www.radioaustralia.net.au
Sumber gambar: google images

Thanks for reading: Pedophilia: Ancaman Berbahaya Terhadap Kanak-kanak!

Catat Ulasan

  1. Seram sejuk kathy. .

    BalasPadam
  2. Takutnya baca...semoga anak kita sentiasa dilindungi olehNYA..

    BalasPadam
  3. Macam penyakit mental pun ada kan?

    BalasPadam
  4. sangat menakutkan. semakin maju teknologi, semakin banyak kejahatan kaum terkumpul di akhir zaman :'( mohon share

    BalasPadam
  5. serious,,menakutkan bila iqha baca pasal ni,,isk isk..thank you for information ye..
    btw..iqha singgah sini sambil main2 klik nuffnang :))

    BalasPadam
  6. uih ni sakit bahaya nih! semua semua dilindungi <a href="http://kerusiburok.blogspot.com/2014/12/hadiah-tak-dituntut.html>hadiah tak dituntut</a>

    BalasPadam
  7. Hisy sangat bahaya untuk baby atau kanak2,,, seram pulak dengan gejala org yg ada sakit Pedophilia ni. Ya, Allah... jauhkanlah kami sekeluarga dari perkara-perkara seperti ini.

    BalasPadam
  8. huhuhu zmn skrg nih mmg kite kene lebih berhati2... semakin canggih manggih dunia nih, semakin banyak yg perlu kita berhati2

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.saya jumpa jawapannya dlm entry ni. tima kasih MF berkongsi.

    MF tahu tak sebelum ni saya dh pernah terpikir, kenapa dan mengapa tetiba MF tukar header sebelum ni (ada gambar family kn)
    pastu MF buat keputusan x nk upload pic anak anak MF, nk tnya tapi mungkin ada alasan tersendiri. so, just diamkan diri..

    pa pe pon tima kasih MF berkongsi..

    bukn sahaja pd kanak kanak tapi pada kita yg dewasa juga kan sbagai peringtan.

    akan cuba.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top