GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Ibu Bekerjaya Menjaga Anak!

sumber: google images

✔TIPS 1 
Pertama sekali, jangan rasa bersalah dan jangan cuba untuk melakukan segala-galanya pada satu masa hanya kerana anda tidak mempunyai banyak masa dengan anak anda. Ada cara-cara yang mudah untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan anak anda, walaupun anda bekerja sepenuh masa:

✔TIPS 2 
Tetapkan rutin supaya anak anda tahu bila dia dapat berjumpa anda. Contohnya, pada hari bekerja, pastikan andalah yang mengejutkannya dari tidur, memberinya sarapan, dan jika boleh, membawanya ke pusat penjagaan. Pada waktu petang pula, ambillah dia dari pusat penjagaan dan berbual-buallah tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukannya pada hari itu.

✔TIPS 3 
Apabila anda besama anak anda, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Maka padamkanlah telefon bimbit, televisyen dan komputer supaya anda bebas bermain dan bermesra dengannya. Ini sangat penting terutamanya jika anda hanya dapat bersamanya pada hari minggu.

✔TIPSa 4 
Jadikan waktu makan waktu yang istimewa. Galakkan anak anda membantu anda memasak atau menyediakan makanan seperti mencuci sayur-sayuran atau beras. Kemudian, duduk bersama sebagai satu keluarga dan gunakan masa itu untuk berbual tentang aktiviti masing-masing pada hari itu. Walaupun jika anak anda masih belum boleh bercakap, dia pasti gembira dapat melihat anda dan makan bersama-sama.

✔TIPS 5 
Jika waktu bekerja anda panjang, sekurang-kurangnya cubalah untuk bersama-samanya ketika makan malam, mandi dan waktu tidur.

✔TIPS 6 
Luangkan hari minggu dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti pergi ke taman permainan, membuat kerja seni bersama-sama, atau pergi berenang.

✔TIPS 7 
Apabila anda sedang bekerja, cuba elakkan sebarang gangguan. Rancangkan tugas-tugas rumah tangga pada waktu yang tetap setiap hari supaya ia tidak mengambil waktu bekerja anda. Maklumkan waktu bekerja anda kepada rakan-rakan dan ahli keluarga dan mintalah supaya mereka tidak menghubungi anda pada waktu tersebut. 

✔ TIPS 8 
Anda juga perlukan ruang untuk bekerja. Jika anda tidak mempunyai bilik khas sebagai ruang bekerja, anda mungkin boleh mengambil sedikit ruang di ruang tamu, di tepi tangga, dalam bilik tidur, ruang kosong di tepi rumah ataupun stor.

✔TIPS 9 
Secara idealnya, carilah tempat di mana kerja anda boleh ditinggalkan tanpa anda perlu mengemasnya setiap kali. Jika perlu, simpan bahan-bahan yang anda gunakan untuk bekerja di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda seperti di rak yang tinggi atau dalam almari yang berkunci.

✔MOMS extra tips
Jika anak anda merajuk apabila anda pulang pada waktu petang atau pada hari minggu, cubalah bersabar dan jangan salahkan diri anda. Kemungkinan besar dia cuma rindukan anda dan ingin dibelai dan diberi perhatian. 

Ibu bekerjaya juga suri rumah... Jadi, jika suri rumah luangkan banyak masa dengan anak-anak, ibu bekerjaya tentu juga boleh.. manfaatkan masa bersama.... kerana itu harga yang terindah....dan setiap detik lebih berharga untuk ibu dan anak... Ibu bekerjaya juga buat yang terbaik... insha Allah... jangan rasa bersalah tinggalkan anak....tetapi fahami anak kenapa kita bekerja.... Insha Allah, Allah memberkati usaha kita... 


Pstt:
Tak habis-habis isu nak bandingkan wanita bekerjaya dan suri rumah sepenuh masa... huhu...

3Ulasan

  1. terima kasih berkongsi kak...saya salah seorang ibu berkerjaya...memang cemburu dengan suri rumah sepenuh masa....tapi bila bersama keluarga, saya hargai sangat2...tips yang baik untuk saya amalkan mana tips yang tidak saya amalkan lagi...^_^

    BalasPadam
  2. Mencabar tugas ibu bekerjaya sekarang ni. Nak mengimbangi kehidupan personal dan kerjaya. Kadang tu memang rasa bersalah tak cukup menghabiskan masa bersama anak-anak tapi tuntutan kerja pun tak boleh diabaikan. Dua-dua tanggungjawab besar sebagai ibu bekerjaya.

    BalasPadam
  3. Masa cuti skola ni sgt2 bermakna utk luangkan masa bersama anak

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ