Tips Memilih Minyak Wangi untuk Lelaki! | Biarpun cerewet namun kebanyakan lelaki langsung tidak tahu wangian yang terbaik untuk mereka.
Mereka lebih suka jika si isteri sendiri memilih apa yang terbaik untuk dipakai. Hampir kesemua lelaki mahukan wangian yang dipilih mengikut cita rasa isteri kerana beranggapan si isterilah yang akan sukakan wangian tersebut.
Tapi, kebiasaannya lelaki mahu turut serta apabila isteri memilih untuknya. Jadi jangan pula cuba buat 'suprise' untuk suami kerana takut tidak disukai mereka.
Bagi suami yang merokok, sebaiknya pilihlah wangian yang berbau segar atau bau-bauan bunga kerana apabila wangian ini digabungkan dengan tembakau, ia akan menghasilkan bau kayu-kayuan yang segar. Penyatuan dua bau ini akan membuatkan masalah bau rokok diatasi malah bau hebat pula yang timbul. Antara minyak wangi segar yang disyorkan adalah Purr oleh Katty Perry atau Gucci Flora.
Lelaki tak suka tukar minyak wangi
Lelaki biasanya hanya sukakan satu atau dua sahaja wangian dalam hidup mereka, tidak seperti perempuan yang gemar menukar selera. Oleh itu, pilihlah wangian yang benar-benar disukai suami kerana isteri juga yang akan 'hadap' wangian harum ini.
Jika minyak wangi yang isteri tidak suka, disukai suami tentu sukar bukan. Namun berusahalah memujuknya secara psikologi dengan mengatakan minyak wangi yang isteri pilih adalah daripada jenama yang hebat dan cukup gah untuk seorang lelaki.
Lelaki biasanya sukakan kehebatan dan cepat terangsang apabila disebut akan satu-satu jenama. Tommy Hilfinger, Lacoste, Dunhill, Polo Black, Mont Blanc, Ferrari, Calvin Klein antara jenama hebat paling sesuai.
Cara pilih minyak wangi yang sesuai untuk suami
Ketika membeli minyak wangi, cubalah pelbagai jenis minyak wangi terlebih dahulu dan biarkan seketika ia kering dan meresap dengan bau badan suami kerana bau sebenar minyak wangi akan timbul selepas lima hingga 10 minit dipakai.
Ketika memakai minyak wangi, elakkan menggosoknya di pergelangan tangan kerana ia menjejaskan bau minyak wangi yang sebenar malah strukturnya juga turut berubah. Biarkan sahaja ia kering sendiri.
Suami MF tak suka bauan minyak wangi lelaki... Kami berkongsi minyak wangi... apa yang MF pakai, itulah yang dia pakai... hehe
Sama! Suami saya pun suka minyak wangi wanita. Wangian untuk lelaki tu terlalu mild padanya. HD sukakan sesuatu yang strong macam bau minyak wangi wanita. Masalah, minyak wangi saya boleh bertahan 4-6 bulan tapi kalau kena pada HD, sebulan pun habis ditaramnya!
BalasPadamSamalah kita, hubby cn pun suka perfume pompuan yg cn guna,sampaikan deodoran pun kitorg share..hehe
BalasPadam