GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Perkara yang Dilupai Setelah Sah Bergelar Suami Isteri!

Perkara yang Dilupai Setelah Sah Bergelar Suami Isteri! | Masa muda asyik bercinta.... Bercinta dan akhirnya hingga ke jinjang pelamin.. sanak saudara, rakan dan taulan bergembira mendoakan moga pasangan bercinta, bahagia hingga ke syurga hendaknya... Namun, kita lalai dan leka setelah bergelar suami isteri... Kita lupa bahawa, bahagia kita itu adakah nikmat atau ujian buat kita... Renungkan apa kata Saudara Ebit Lew buat pasangan suami isteri yang hangat bercinta selepas nikah... 
  1. Kita sangka suami atau isteri kepunyaan kita. Hakikatnya mereka bukan kita punya. Mereka Allah pinjamkan buat kita. Amanah untuk dicintai dan dipimpin atau diikuti untuk ke syurga Allah...

  2. Sebab kita terlalu sayang katanya. Tetapi kita lupa yang meletakkan sayang dalam hati kita ialah Allah. Sehingga kita lupa tuhan yang memberi sayang. Tiada tuhan melainkan Allah. Hakikatnya dia sayang kita lebih dari apa yang kita tahu. Allah sayang kita.

  3. Kita mahu pasangan kita mengikut cara hidup kita. Sebenarnya cara hidup yang berjaya dan bahagia ialah cara hidup Nabi saw. Itulah bahagia. Perkara selain dari itu kita bertolak ansur..

  4. Kita inginkan bahagia. Kita buat pelbagai perkara tetapi terlupa Allah letak bahagia bila bawa perintah Allah dan sunnah Nabi saw.

  5. Cinta ialah memberi bukan menuntut. Bila kita memberi kita pasti akan menerima. Apa yang kita tak dapat mencerminkan apa yang kita enggan beri..berlumba beri khidmat kerana Allah dan bukan harapkan balasan dari pasangan pun.

  6. Syukur rahsia bahagia dalam sebuah rumahtangga. Tanpa syukur segalanya hilang. Jangan lihat apa yang kita ada. Tapi lihat siapa yang beri semua ini..kenapa di beri....

  7. Menarik rahmat Allah. Rahmat, ketenangan, bersama kita bila jaga solat awal waktu. Lelaki berjemaah. Baca Al -Quran, zikir, tahajud sama-sama, buat Talim rumah.

  8. Bersama-sama berjuang di jalan Allah. Bila letak cinta pada membangunkan Islam. Melihat mata pasangan pun memberi erti berbeza. Memegang jari pun mmberi makna. Itulah cinta keranaNya..

  9. Saling berdoa diwaktu malam dengan air mata buat pasangan. Itulah akhirnya di dunia tapi permulaan kehidupan syurga selamanya
Perkara yang Dilupai Setelah Sah Bergelar Suami Isteri!

Renungan bersama... Pasangan kita adalah Anugerah dari Yang Maha Esa, bukan hak milik kita... Ingat! Pasangan kita bukan hak milik... Jadi, tak mustahil jika kita terpaksa melepas ia pergi atau berkongsi kerana bukan milik kita tapi pinjaman dari Allah... Letakkan cinta selepas nikah berasaskan Sunnah... Insha Allah, bahagia yang dicari akan singgah di hati sanubari... dengan menemui cinta yang sejati, iaitu Cintai Kerana Ilahi..

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ