Pantun Tudung dan Aurat

Maria Firdz
2

Koleksi pantun tentang aurat dan tudung..
Realiti di zaman ini... 
Renungkan... 


Minum pagi ayaq tea laici
breakfast plok dgn mee laksa
Jangan biaq isteri pakai seksi
Kalau takot kene seksa...

Buka tudung dosanya berat
Dari sedikit jadi sarat
Jangan sebar gambar aurat
Nanti dosa nak kira tak larat

Apa guna tudung berlapis
Jika tak labuh menutup dada
Kalau yang menengok imannya tipis
Memang mudah sangat tergoda

apa guna tudung berlapis,
jika tak labuh menutup dada,
tambah pula semakin nipis,
hingga menggegar iman di dada.

Dari duk galok berpantun,
Baik gi periksa gobok isteri,
Biar si dia pakai bersantun,
Selayaknya taraf sang bidadari.

Sopan santun harus di jaga
Turun temurun adat pusaka
Wajib dijaga aurat keluarga
Kalau takut disambar neraka

Pak Ali naik kuda
Mak Minah baling bata
Jaga mata jangan tergoda
Itu cobaan donia semata

kapal berlabuh diwaktu senja....
angin bertiup sepoi bahasa...
apa guna labuh menutup dada....
jika atas tertutup tapi bawah terbuka...

Pergi sana bawa anak,
Pergi sini bawa serkup,
Apa guna duit banyak,
Jika aurat tak mampu tutup.

Apa guna tudung berlapis
Jika tak labuh menutup dada
Fesyen tak ikut syariat sgt laris
Tak cikup kain dan berbonggol unta.

apa guna tudung berlapis,
jika tak labuh menutup dada,
apakan daya imannya nipis,
tak cukup lagi ilmu di dada.

 Jarujuk padang jumampai..
Paikat laki dadaian kain..
Amun juduhku baluman sampai..
Hakikat hati kada kalain..

Dulu tudung tak menutup dada
Kini sudah labuh menjela
Namun lagi penting apa dalam dada
HATI yang bersih tiket ke syurga

Nasik lemak bungkusan huduh
Kubuka-buka telur pun tiada
Apa guna tudung labuh
Kalau jenisnya melekat di dada

Anak Budin bermain guli
Ramai kengkawan bersama-sama
Guna akal fikir sendiri
Sekadar fesyen atau tuntutan agama..

Dapat alu cari lesung
Tumbuk sambal enak rasanya
Tutup aurat labuhkn tudung
Ingatkn diri turut agama

Dalam semak ada ular tedung...
Ular tedung tidak bersarang..
Orang tegur bini tak bertudung...
Akhirnya serang kita dengan parang....

Tudung bawal tudung kanggaru, 
daku mencari tudung si Elsa
Jaga aurat dan tingkahlaku,
Moga dilindungi yang Maha Esa.

 Pak mail mencangkul busut
Nampak banyak anai-anai tentera
Tudung labuh sampai ke lutut
Perangai nauzubillah malukan agama kita

Pergi pasar ramainya peniaga
Semua baru nak buka meja
Aurat perempuan ramainya jaga
Aurat lelaki dibiar saja

Hujan lebat di malam jumaat
Intai si janda nafsu terangkat
Apa guna hati yg taat
Kalau masih bertudung singkat

 Ayam berkokok hari nak subuh
Berjalan kaki ketepi beranda
Sangat manis bertudung labuh
Manis lagi jika iman penuh didada.

Pergi ke pasar bersama najib
Najib hensem ramai mengurat
Pakai tudung bukanlah wajib
Apa yang wajib menutup aurat

Nampak terbang si burung - burung
Nak juga burung yg cantik
Melaram bukan alasan bertudung
Mesti diiringi niat yg baik

Bersila sedap di atas rumput
Ustaz Azhar syok bersilat
Pakai tudung nampak cikai
Baldi dan saji pun boleh di pakai

Najib hensem ramai mengurat
Tapi sayang berkain pelikat
Wahai wanita tutuplah aurat
Agar dijauh gejala maksiat

Sedap sungguh si wajik sirat
Makan bersama tok lembaga
Kalau ikhlas menutup aurat
In shaa Allah , Allah jaga


Baca dan renungkan bersama...

Koleksi pantun ini adalah hasil kreatif dan nukilan guru-guru dari group KGM... 
Penulis hanya kumpulkan untuk renungan kita semua.. 
Nampak kelakar, tapi ada makna yang tersirat untuk kita semua.. 

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. menariknyaa pantun pantun ni..
    sinis bunyinya tapi betul semua hakikat yang disampaikan.. boleh buat method nak berdakwah gak ni..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..saya minta izin share ya 😊

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !