GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hentikan Budaya Menghentam Ibu Bapa Orang Lain!

Sebenarnya, dah lama nak taip entry pasal ni... MF dah lama jadi pemerhati di Facebook tu sebenarnya... sekadar silent reader... kadang bila ada sesuatu isu, ramai yang lebih suka menghentam darimemberi nasihat dan semangat.. ini kes dan isu dalam group wanita dan ibu la... Rasanya group bapa-bapa ni jarang bincang pasal anak-anak dan keluarga... bapa-bapa ni kalau bincang pun pasal kereta, bola dan kerja serta politik isu semasa... jarang nak cite bab keluarga kan.. 

Ibu dan wanita ni suka kongsi dan tanya pasal keluarga, anak-anak dan berkongsi pengalaman.... Bagus kongsi pengalaman kita, cuma yang tak bagusnya bila ada yang rasa pengalaman dan pendapat dia tu betul... cara dia terbaik dan hentam ibu-ibu lain... hinggakan ada yang pernah bergaduh sebab tak sependapat... bahkan unfriend dan juga leave group... hanya disebabkan budaya hentam menghentam... 
sumber: google images

Antara isu yang biasa menjadi topik hangat dalam perbincangan ibu-ibu ialah:

Isu Penyusuan Susu Ibu dan Susu Formula
Masa memula dulu, MF sendiri ada join group untuk mencari ilmu tentang penyusuan susu ibu.. namun akhirnya MF leave group tersebut sebab ramai yang sangat yang obses dengan susu ibu... Geng susu ibu ini, dok menghentam ibu yang bagi susu formula... bahkan ada yang pandang sinis... dan lagi teruk, ada ibu yang kata "anak yang diberi susu formula ialah anak lembu".. sangat tak patut kan... 

Sebenarnya, bab susu ibu vs susu formula ni, tak sama pengalaman semua orang.. bahkan setiap anak pun pengalaman dan rezeki berbeza.. pengalaman MF tentang penyusuan susu ibu sendiri pun berbeza... boleh baca di sini. Semua tu rezeki... fikirkan positif... tak semua orang mampu nak susukan anak sendiri... apakah hina sangatkah ibu yang bagi susu formula??? Susu formula tu racun ke??? MF sendiri pun minum susu formula dari kecil sampai sekarang.. Alhamdulillah... berjaya dan sihat je... semua tu rezeki Allah... janganlah taksub sangat hingga menghentam orang lain.

Isu Bersalin di Hospital Swasta dan Hospital Kerajaan, Aurat Ketika Bersalin
Isu ni pun boleh jadi perdebatan hebat dalam kalangan ibu-ibu... Pasal nak bersalin di mana pun boleh jadi perdebatan kan... Ada yang kata hospital swasta bagus sebab jaga aurat... dan ada yang kata hospital kerajaan tak bagus sebab service lambat dan segala bagai... Namun, sebenarnya apa yang MF perhatikan selama ni, orang yang pergi hospital  swasta tu tak semua sebab nak jaga aurat, tapi sebab banyak duit... ataupun ada juga yang rasa hospital tu ada nama dan terkenal... 

Apa-apa pun, sebenarnya bersalin di mana pun sama je sakit sama je kot... Cukuplah hentam orang bersalin kat hospital mana pun... Asalkan dia bersalin dengan selamat sudah la... Di hospital kerajaan pun dah boleh buat birth planning dan natural birthing... semua nya bergantung kepada usaha kita sendiri.. Masa mengandung tu banyak kan berdoa... jaga perlakuan dan tutur kata... insha Allah, Allah permudahkan semasa kita bersalin nanti....

Isu Vaksin dan Unvaksin
Isu ni pun tiada kesudahan... siap ada group khas di facebook untuk ibu-ibu yang tak vaksinkan anaknya... Vaksin dan tak vaksin itu atas pilihan kita sebagai ibu bapa... Jika anda tak vaksin kan anak anda, jangan disogokkan dengan bermacam-macam info yang mengatakan tentang keburukan vaksin... Janganlah kata ibu yang vaksin anaknya ni seolah-olah ibu tu tak berguna, buat sesuatu yang salah untuk anaknya... dalam memberi ilmu dan berkongsi pengalaman jangan menghentam orang lain pula... 

Isu Cara Berpantang Selepas Bersalin
Berpantang selepas bersalin, setiap orang ada cara yang tersendiri mengikut adat dan budaya tempat tinggal masing-masing... Berpantang tu atas diri setiap orang.... Amalan berpantang tu tak perlu dibandingkan dengan orang lain.. Kita mampu berpantang seberapa lama itu atas diri kita... Tak perlu kita nak hentam orang yang berpantang macam kita buat... Biasa yang dok kena hentam ialah bab pantang makan lah... Makanan ni tak sama atas diri setiap orang, atas penerimaan badan seseorang... Ada badan orang tahan, ada orang tak tahan badannya... Jadi, tak perlu nak hentam... 

Pengalaman MF sendiri pernah dihentam pasal berpantang ni... Memang terasa betul... tapi malas nak layan orang sebegitu... ikutlah badan kita sendiri, kita yang rasa... Mak MF sendiri pun berpantang tak minum ais, tapi MF tak dapat nak ikut pun macam tu... MF minum juga cuma dikawal je... 

Isu Pendedahan Teknologi Kepada Anak-anak
Ada ibu bapa memberi gadjet, telefon dan tablet kepada anak-anak mereka... tak kira lah hadiah hari lahir atau sebab cemerlang dalam peperiksaan... Ada juga yang mendedahkan tablet seawal dari awal hari lahir.. Terpulang lah... itu atas diri sendiri... 

Macam MF sendiri kongsikan cara MF ialah tak mendedahkan teknologi buat anak-anak.... tapi MF tak menolak teknologi... anak-anak masih boleh tengok TV dan video cuma dipasang pada TV... MF akan dedahkan cuma belum masa yang sesuai untuk MF dedahkan... ada ibu bapa yang bagi anaknya tablet untuk pembelajaran... tak dinafikan, teknologi juga membantu anak-anak dalam proses pembelajaran.. Jadi, terpulanglah kepada ibu bapa bagaimana mencorakkan cara pendidikan anak-anak masing-masing dengan menggunakan teknologi terkini.

Isu Cara Mendidik dan Mendisiplinkan Anak-anak
Bab mendidik dan mendisiplinkan anak-anak setiap ibu bapa ada caranya yang tersendiri... Ada yang jenis berlembut, ada yang tegas, ada yang guna rotan dan ada yang menggunakan hukuman... namun, setiap ibu bapa pasti tahu apa yang terbaik untuk anaknya... 

Isu Pendidikan Formal Terhadap Anak-anak
Setiap ibu bapa pasti akan menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anaknya... Ada ibu bapa merasakan Taska yang terbaik... dan ada pula yang mengatakan Taski yang terbaik sebab lebih islamik, ada juga yang mengatakan Taska Chinese dan yang lain kata Sekolahkan anak di KEMAS dan Pra Sekolah itu yang terbaik... 

Ada yang menghantar anaknya bersekolah awal... seawal dua tahun dah hantar, ada yang umur lima atau enam tahun baru nak hantar... dan ada juga yang tak nak hantar sebab nak buat homeschooling... Namun, apa pun pilihannya, semuanya pasti yang terbaik...sebab semua tempat dan pendidikan formal tu ada kelebihannya yang tersendiri... Tak perlu nak bandingkan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain... 

Isu Rancang Kehamilan dan Jarak Kehamilan
Alahai wanita dan ibu, bab ni pun jadi isu ye dak... memang isu... Isu anak ini isu rezeki... Allah bagi rezeki anak ni ikut kemampuan seseorang... Ada yang merancang, dan pasti ada sebab dia merancang... Itu atas kehendak dan perancangan keluarganya sendiri... 

Tiada dalil atau kepastian yang sahih usia dan tempoh untuk jarak kehamilan yang ideal... Namun, rata-rata jarakkan kehamilan sebab faktor penyusuan susu ibu... Namun, ada je yang awal dari itu... Tak perlu lah hentam jika seseorang tu dapat anak rapat-rapat... kerana itulah rezeki dia...

MF sendiri pernah kena hentam, sebab MF merancang anak kedua... kononnya sengaja sekat nafsu... astaghfirullah... MF dan suami ada sebab tersendiri lah kenapa MF merancang... Kami tahu kemampuan kami setakat mana... Segala perancangan kami juga bersandar kepada Allah... kerana Allah juga merancang... Janganlah hentam orang lain.. jika dia merancang atau tidak... itu atas kehendak dan juga pengalaman masing-masing... 

Isu Wanita Bekerjaya vs Suri Rumah Sepenuh Masa
Isu ni MF rasakan remeh, tapi ini pun dijadikan bahan perdebatan hebat... saling mengata dan menghentam... wanita bekerjaya hentam suri rumah sepenuh masa sebab katanya rugi belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya diceruk dapur... ada pula geng suri rumah sepenuh masa ni hentam wanita bekerjaya, katanya wanita bekerjaya rugi sebab tak dapat didik dan bagi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak dan suami... 

Cukuplah hentaman ini... MF sendiri pun pernah terasa hati juga... Wanita bekerjaya, baktinya kepada suami dan keluarga membantu suami mencari rezeki diluar sana... Itu dikira pahala juga.. sama juga baktinya isteri dan suri rumah sepenuh masa... tiada yang kurangnya.. Yang kurangnya, jika suri rumah sepenuh masa, habiskan masa dihadapan sinetron tv, drama bersiri dan facebook menghentam sana-sini... nauzubillah... 

Kesimpulan
Setiap dari kita mahukan yang terbaik dalam kehidupan kita... Perancangan hidup kita bersandarkan perancangan Allah jua.. kerana perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita... Jangan bandingkan pengalaman kita dengan orang lain, kerana segala aturan Allah tidak sama antara satu sama lain... setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya... Setiap orang ada takdir masing-masing... dan setiap orang ada cara hidup masing-masing... Usahlah kita menghentam dan menghakimi orang lain, hanya kerana tidak sependapat dengan kita... Kita boleh berkongsi pengalaman, namun kita tak boleh paksa orang ikut pengalaman kita... 

Di sini juga, MF mohon maaf jika entry-entry MF sebelum ini, yang MF kongsikan sebelum ini buatkan ada yang terasa... Mohon maaf sangat-sangat..sebab MF hanya berkongsi pengalaman dan pendapat MF sendiri...bukan berniat nak hentam atau merendah-rendah orang lain... 

Semoga kita sama-sama dapat perbaiki diri... dan hentikan budaya menghentam dan merendah-rendahkan orang lain... demi membentuk akhlak anak-anak kita pada masa akan datang.. insha Allah. 

10Ulasan

  1. Terbaik MF! Saya sendiri pun memang tak suka ambil port tentang mereka2 sebegini. Elok2 nak dapatkan info dah jadi tempat mengumpat dll yg negatif. Sbb tu saya wat hal saya sendiri. Nak info, rujuk pada pakar yg bertauliah dan positif. Bkn sembang kencang syok sendiri.=)

    BalasPadam
  2. entri yg cukup bermakna..betul tu yg penting kita sendiri tahu dan jgn mengatakan org lain salah dan kita betul..

    BalasPadam
  3. salams, kak mieja baca pon seram....moga dijauhkan dari sifar buruk itu...nauzubillah....

    BalasPadam
  4. aida juga silent reader kpd mereka-mereka yg suka sgt nak marah cara org. spt mana yg MF list kan tu la.
    lain org, lain cara, kan?
    tak semua bagus...
    tak semua tak bagus...

    BalasPadam
  5. terbaik entry ni cikgu
    rasanya semuanya yang ingin dikatakan sudah dikatakan oleh cikgu
    apapun yang pasti, semua mahukan yang terbaik
    tak perlu kita merasakan diri kita yang terbaik
    hanya kerana orang lain melakukan sebaliknya

    BalasPadam
  6. Berpesan-pesan kepada kebaikan, berpesan2 kpd kebenaran... semoga apa yg dikongsikan membawa kebaikan buat semua, in shaa Allah... aamiin.

    BalasPadam
  7. Betul tu...biasalah fb cikgu...isu sedemikian memang salu diluahkan di fb atau pin media massa yang lain..paling cik akak tak boleh terima...bila depa dok kutuk mengutuk..entah napa kerja tak fikir pjg...nak kata tak de akal. Susah lah...itulah manusia...terlalu riak dan obses dengan sesuatu..lebih2 lagi wanita...cik akak tak nafikan lagi.huhu..

    BalasPadam
  8. kalau tak puas hati atau rasa kurang cantik, tegur dengan lemah lembut. kita ni hanyalah manusia yang lemah lagi hina. tak perlu berlagak di atas muka bumi ini dengan menghentam orang lain seperti kita sahaja yang sentiasa betul :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ