GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Keju yang Dilarang Ambil Ketika Hamil!

sumber: google images

Adakah anda salah seorang penggemar keju? Jika ya, anda harus berhati-hati menikmati keju ketika diri sedang hamil. Ini kerana ada beberapa jenis keju yang tidak selamat dimakan oleh ibu hamil.

Antara jenis keju yang tidak selamat dimakan oleh wanita hamil adalah keju jenis lembut (soft cheese) yang memiliki lapisan putih pada luarnya seperti berikut:

*Keju brie

*Feta

*Camembert

*Keju dari susu kambing

* Danish blue (keju biru)

*Gorgonzola

*Roquefort

Keju-keju tersebut tidak selamat dimakan oleh ibu hamil kerana ia mempunyai paras keasidan yang lebih rendah dan mengandungi kadar air yang lebih tinggi daripada keju jenis keras (hard cheese). Faktor tersebut membuatkan bakteria berbahaya sangat mudah untuk membiak seperti bakteria Listeria.

Bakteria Listeria boleh menyebabkan keracunan makanan dan jangkitan. Bahkan ia juga boleh mengakibatkan keguguran janin, kematian bayi dalam kandungan hingga menimbulkan penyakit yang boleh membawa maut kepada bayi.

Sedikit sahaja jangkitan daripada bakteria Listeria ini boleh mengakibatkan kematian kepada bayi dalam kandungan. Oleh itu ibu hamil juga dinasihatkan agar mengelakkan daripada makan/minum susu atau produk susu yang belum dipastur.

Tetapi jangan risau wahai penggemar keju kerana bukan bermakna anda tidak boleh makan keju ketika hamil. Ada beberapa jenis keju yang sudah diproses terlebih dahulu atau dibuat daripada susu yang sudah dipastur selamat dinikmati oleh ibu berbadan dua.

Keju tersebut adalah seperti cottage cheese, mozzarella, keju krim, paneer serta ricotta. Keju cheddar dan parmesan selamat dimakan kerana ia merupakan jenis keju yang keras dan memiliki keasidan yang tinggi dengan kadar air yang rendah.

Namun jika tidak dapat mengelakkan daripada makan keju lembut, pastikan keju tersebut sudah dimasak dalam suhu tepat seperti membakar untuk memastikan bakteria yang ada dalam keju benar-benar sudah mati.
Sumber: Majalah PaMa

3Ulasan

  1. saya tak tahna perut kalau makan keju ni
    asyik nak ke bilik air je

    BalasPadam
  2. Ohh ada pelbagai jenis cheese rupanya..kena amek tahu ni..tq kak for the info

    BalasPadam
  3. Ooo bru akak tau xsemuakeju boleh mkn..good info

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ