Isu Semasa: Bot Tempur TLDM Hilang!!!

1

Pencarian MH370 masih diteruskan.. dan kini, satu lagi aset negara pula yang hilang... Bot Tempur milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hilang diperairan Sabah. Operasi masih giat dijalankan hingga ke saat ini... 

Bot jenis CB90 membawa 7 orang anggota TLDM berpangkalan di Sepanggar yang dalam perjalanan ke Stesen Uniform berdekatan Pulau Layang-Layang, Labuan terputus hubungan, jam 11.00 pagi tadi.

Sehingga kini bot berkenaan masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dilaksanakan termasuk bantuan dari Kapal Diraja (KD) Lekiu dan KD Serang.

Difahamkan bot CB204 dipercayai berlepas dari pangkalan TLDM Sepanggar ke Stesen Uniform pada jam 5 pagi bersama KD Paus. Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 23 batu nautika di Pulau Mengalom, keadaan laut bergelora dan KD Paus membuat panggilan pada jam 10.35 pagi ke pusat operasi di pangkalan TLDM untuk berpatah balik berikutan cuaca tidak mengizinkan. Bagaimanapun, CB204 gagal dikesan dan hilang dari pemantauan KD PAUS sebelum terputus hubungan pada jam 1.05 petang.

CB90 adalah antara aset terpenting milik TLDM kerana kemampuannya untuk tiba ke lokasi sasar dalam masa terpantas.

Bot tempur itu juga boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik. Bot ini turut digunakan oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh.
sumber: harian Metro

Sama-samalah kita berdoa moga misi pencarian bot tempur CB204 dan pesawat MAS MH370 berjalan lancar... Dugaan demi dugaan Allah bagi untuk negara kita tahun ni... semuanya untuk peringatan kita... Tetapi hanya orang yang berfikir dan orang beriman yang akan fikir ini adalah teguran dan peringatan Allah, orang yang lalai dan leka, anggap ini satu mainan dunia... 

Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan negara kita demi agama, bangsa dan negara kita.. 



p/s: fikir-fikir balik, rasa gerun juga... kiamat dah dekat..negara pun rasa tak selamat... Ya Allah peliharalah keselamatan kami, dan matilah kami dalam iman... :'(

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. aritu ada memula baca terkejut juga
    tapi alhamdulillah semua selamat kan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan