GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Mudahnya Akikah dan Qurban dengan EZ Qurban


Sekarang musim orang kurban kan... belum habis lagi sebab baru raya kedua. Semalam tengok kat TV9 pasal syarikat EZ Qurban buat korban di Filiphina... jadi, aku nak kongsi pengalaman aku menggunakan perkhidmatan dengan EZ Qurban ni. 

Masa yang terhad untuk mengurusakan akikah untuk si Faiqah dan Faqiha antara sebab aku memilih untuk buat akikah untuk anak-anak aku secara online... Ealah, kos nak buat kenduri dan masa nak buat agak terhad... Jadi, aku memilih untuk buat akikah online dengan EZ Qurban. Faktor utama pilih syarikat ni, sebab pengiklanannya meluas, jadi mestilah boleh dipercayai kan... 

Untuk Faiqah, kami dah lama buat, masa umur dua bulan lebih masa tu, ikutkan sunnah hari ketujuh kelahiran, tapi nak buat camne, rezeki takde masa tu, jadi umur dia dua bulan lebih kami buat. daftar online je dengan EZ Qurban. 

Mudah sangat nak uruskan. 
Langkah pertama bank in kan jumlah pembayaran akikah kat no akaun syarikat EZ Qurban. 
Kemudian, isi je borang akikah online di laman web EZ Qurban. 

Sebab kena bank in dulu, ialah nanti masa isi borang tu, kena attach bukti pembayaran sekali. Mudah je, guna bank in transfer melalui mesin deposit atau ATM. Lepas bank in, amik gambar dan isi borang. 

Selesai isi borang, nanti pihak syarikat akan hantar email pengesahan. 
Pakej Aqiqah Online 2020
Sijil Akikah Adik

Dah selesai tu, kita tunggu ajelah, nanti diorang akan telefon bagitau bila akan dibuat. Masa buat untuk kakak agak lama, mungkin dia kumpul beberapa ekor, baru buat kan.. ealah sebab diorang buat kat luar negara dan kat tempat yang betul-betul miskin. (boleh tengok kat page EZ Qurban tempat-tempat yang diorang buat tu... dhaif sangat... ) Tapi yang adik ni tak lama mana la.. dalam tiga atau empat bulan dah buat. Bila dah dibuat, pihak EZ Qurban akan hantar resit dan juga sijil sebagai bukti yang diorang dah buat Aqiqah untuk adik.


Alhamdulillah, selesai sudah akikah untuk kedua-duanya... untuk kenduri biasa, nanti bila-bila kita boleh buat kan... buat dulu online ni, sebab tak nak bertangguh la bab akikah ni.. walaupun sunat, tapi sunat yang sangat digalakkan untuk buat.

Sekarang ni lagi banyak pakej aqiqah online di internet, antaranya Pakej Aqiqah Online 2020. Boleh tengok dan usyar. Yang pasti buat online ni mudah. 


Bagi yang terfikir-fikir atau takut-takut, jangan risau insha Allah syarikat EZ Qurban ni banyak dah buat Akikah dan Qurban. Dah masuk TV dan akhbar lagi... jadi, insha Allah mereka buat yang terbaik. 

Kisah akikah Faiqah ada DI SINI

Bagi yang nak buat boleh hubungi:


Alamat: No. 126-1A, Jalan 3,
Batu Caves Centrepoint,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

email: ezqurban.adm@gmail.com 
Pejabat: +603 618 619 11
Handphone: +6013 238 6000
Fax: +603 6186 7872
Whatsapp: +6013-318 6984

3Ulasan

  1. Kami hantar duit kepada pak mentua di Tashkent sana untuk kedua-dua anak. Sebab kata suami nak buat aqiqah atau qurban, lebih baik buat di negaranya kerana masih ada ramai fakir miskin.

    BalasPadam
  2. sekarang semua benda boleh jadi mudah dengan online kan

    BalasPadam
  3. belum pernah guna perkhidamatan mereka
    pernah merancang, tapi en suami tak selesa servis seperti ni

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ