div id='header-inner'>

Punca dan Tanda-tanda Apendiks

Punca dan Tanda-tanda Apendiks | Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kelima suamiku menjalani pembedahan apendiks... Alhamdulillah, dah beransur pulih cuma masih terasa bekas yang ditebuk untuk buang apendiks tu. Cuti selama dua hari dari bekerja kerana menjaga suami. Naik sekolah je, rakan-rakan sibuk tanya kenapa kena apendiks, macam mana boleh kena, apa tanda-tandanya... Betul ke makan pedas boleh sebabkan apendiks???

Punca dan Tanda-tanda Apendiks


Apa itu apendiks???

Apendiks adalah satu bahagian organ dalam usus manusia di mana ianya terletak di hujung usus besar. Fungsi sebenar apendiks tidak diketahui tetapi yang pasti manusia boleh hidup tanpa apendiks. Allah je lah yang tahu kenapa Dia cipta apendiks ni. Jadi, kena ingat, setiap dari kita ada apendiks dan kiranya ada risiko juga nak kena serang keradangan apendiks.

Apa punca apendiks???

Menurut Pakar Runding Pembedahan Am, Dr . Jonah Azariah, punca sebenar apendiks tidak diketahui... Tetapi beliau berpendapat, amalan pemakanan yang tidak menentu dan makanan yang tidak bersih, boleh jadi punca kena apendiks. Jadi, orang yang selalu makan kat luar, beli kat gerai-gerai tepi jalan atau makan kat kantin ke, boleh ada risiko kena apendiks. Jadi, orang yang jarang makan pedas juga boleh kena apendiks. Selain itu, orang yang kurang minum air putih, dan malas bersenam juga berisiko kena apendiks. 

Apa tanda-tanda awal apendiks???

Berdasarkan pengalaman suami aku sendiri. Tanda-tanda awal tu dah ada tapi tak suspeks pun itu apendiks... sebab sakit apendiks ni tak terus menyerang sebelah kanan. Tanda-tanda awal:

  • Muntah
  • Badan rasa berangin je..
  • Cirit-birit
  • Kurang selera makan
  • Dedar (badan panas tapi tak kuat)
  • Sakit perut seakan-akan gastrik yang menyerang sekitar pusat. 
Selepas dua tiga hari, barulah keradangan tu menyerang kuat pada sebelah kanan perut. Sakit kuat tu menyucuk sampai tak boleh bangun dan tak boleh nak gerakkan kaki kanan. Kalau dah sakit sampai macam tu memang ke hospitallah jawabnya.

Cara mengesan apendiks:

1. Ujian darah


Doktor akan ambil darah untuk melihat sama ada sel darah putihnya meningkat atau sebaliknya. Kalau ada kuman dalam darah, pun boleh jadi itu salah satu tanda apendiks. Tapi, perlu jalani ujian selanutnya.

2. Ujian Urine

Selepas ujian darah barulah kita ambil sampel air kencing. Prosedur ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti penyakit secara tepat kerana penyakit kencing kotor juga mempunyai tanda yang sama.

3. Scan

Tapi yang ni suami tak kena buat, doktor pakar memang sahkan apendiks selepas ujian darah berdasarkan tanda-tanda yang ada. Jika kena scan pun, mungkin bagi yang kes tak teruk lagi la kan.. Biasanya dimasukkan kamera untuk lihat dari dalam. 

Rawatan:

Pembedahan membuang apendiks dilakukan jika sah itu memang apendiks. Sebab jika dibiarkan, kuman yang ada dalam apendiks akan merebak ke bahagian organ dalaman yang lain.. Ini boleh mengancam nyawa. 

Dua jenis pembedahan dilakukan mengikut tahap keradangan apendiks iaitu Appendicectomy terbuka atau appendicectomy laparoskopi (kaedah lubang kunci). Suamiku kena  appendicectomy laparoskopi (kaedah lubang kunci) sebab apendiksnya baru bengkak, kalau yang dah pecah memang kena bedah terus la.. 

Itulah sedikit pengalaman pasal apendiks. Memang tak boleh buat main-main kalau sakit perut sebab komponen organ kat bahagian perut sangat banyak dan rumit.... Sakit je, cepat-cepat la buat rawatan awal.. takut dibiarkan makin melarat. 
Sumber rujukan: Utusan Malaysia , Harian Metro

Catat Komen

14 Ulasan

  1. Dulu pun adik kita yang lelaki kena apendiks jugak. Masa sakit dulu, kalau jalan badan mesti bongkok tak boleh tegak. Mula-mula ingatkan sakit perut biasa, rupa-rupanya kena apendiks. Doktor cakap apendiks dah pecah , kena buat operation. Perkongsian yang menarik kak :)

    BalasPadam
  2. Perkongsian bermanfaat untuk rujukan kita semua..

    BalasPadam
  3. orang selalu kata kalau makan biji jambu, biji cili atau benda-benda gitu boleh kena apendiks

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian
    hari tu sepupu kene operate sbb apendiks
    uihhh ngeri plak tgk

    BalasPadam
  5. Semoga suami Maria cepat sembuh....terima kasih atas perkongsian ni. Maklumat baru untuk saya...takut juga kalau2 terkena..

    BalasPadam
  6. hopefully suaminya dah beransur pulih
    saya dulu ada kawan yang dah pecah pun apendiks dia
    tapi bukan ajal, hidup lagi
    cuma kita yang mendengar rasa seram

    BalasPadam
  7. Semoga suami maria cepat smbuh...bgus share info ttg apendiks..xsume org tau

    BalasPadam
  8. kena berhati hati dalam pengambilan makanan seharian.apepun semoga husband kak maria kembali sihat.

    BalasPadam
  9. betul ke jarang makan pedas boleh kena apendiks?

    BalasPadam
  10. Dah 3 hari sy rasa sakit kt bwh perut sebelah kanan. Bdn pns skit tp tk demam mcm selalu. Selera mkn kurang. Dr umur7 tahun sakit mcm ni tp dlu lagi teruk sampai bongkok tk boleh nk tegakkan bdn. Adakah itu tanda2 apendix?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lamanya sakit... Dapatkan pemeriksaan doktor la...

      Padam
  11. HAritu adik saya baru lepas makan ramen spicy korean tu, baru je letak sikit perencah, esok tu terus cirit-birit. Bahagian belah kanan memang terasa sakitlah. Lepas dah cek doktor, doktor cakap tu simptom apendiks, kalau dah makan ubat still rasa sakit, kena rujuk hospital besar. Skrg adik dah okay, takde sakit perut lagi dah. cuma jaga pemakanan jela, sebab takut je apendiks tu kot ada dalam perut dah :/
    Nice sharing :) http://minimeyra.blogspot.com/2016/08/testimoni-turun-berat-badan-bawah-rm.html

    BalasPadam
  12. akak, apa akan jadi jika saya ade sakit apendiks dan masa yang sama saya pregnant 2 bulan.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)