Sumber: google images |
Penjagaan kesihatan dan kecantikan diri boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit yang banyak. Ia hanya menggunakan sayur-sayuran yang ada di sekeliling kita. Kita sedia maklum, sayur-sayuran merupakan sumber makanan yang menyihatkan. Oleh itu amalkan banyak makan sayur-sayuran untuk kesihatan tubuh badan kita.
Kubis
Bagi yang inginkan pelembap muka daripada bahan semula jadi, cubalah cara ini. Ambil beberapa kelopak kubis, kisar sehingga halus. Kemudian, gaulkan bersama satu sudu madu lebah dan sedikit air. Sapukan ke muka dan leher anda selama kira-kira 20 minit. Selepas itu bersihkan dengan kapas lembap.
Bayam
Jika anda ada masalah kurap, tumbuk beberapa helai daun bayam sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.
Daun salad
Ia dikatakan boleh menenangkan dan melapangkan fikiran. Jadi, jika ingin sentiasa berasa tenang, makanlah daun salad selalu. Salad mengandungi karotena, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan turut bertindak melancarkan sistem pernafasan.
Kacang panjang
Jika ada masalah kurang selera makan dan membuang air besar, amalkan makan kacang panjang kerana khasiat di dalamnya membantu menyelesaikan masalah ini. Kacang panjang kaya antioksida yang berfungsi sebagai anti bakteria, anti virus dan anti kanser terutamanya kanser payu dara.
Sawi
Kepada ibu-ibu yang hamil dan selepas bersalin yang mengalami kesukaran membuang air besar atau masalah sembelit, makanlah sayur sawi yang ditumis dengan sedikit minyak dan air. Amalkan setiap hari.
sumber: Karangkraf
Sayur bukan sahaja untuk kecantikan tapi untuk kesihatan juga...
oohh..baru tau pasal salad tu...boleh cuba la mcam ni..
BalasPadammasa berpantang dulu mmg hari2 makan sawi..hihi
BalasPadambanyak khasiat sayur kan..
BalasPadamKita suka sayur...yang kat atas ni semuanya favorite...
BalasPadambab makan daun salad tu yg saya suka tu..
BalasPadamsayur memang bagus untuk kesihatan dan kecantikan.kena makan sayur lebih ni
BalasPadamDah beso ni br boleh mkn syur,masa bdk2 mmg xmkn sayur! Hehe
BalasPadamAlhamdulillah.. saya tak ada masalah utk makan sayur malah tak best klu makan tak ada sayur2an.
BalasPadamsayur memg byk khasiat
BalasPadamSayur n buah rich of vitC mmg very good for skin.
BalasPadamVege n fruits rich in Vit C akan bagi kulit cantiks.
BalasPadamKak Lya suka daun salad ...Basuh cuci dan makan macam tu jerrrrrr
BalasPadam